Thursday, October 28, 2010

PUTIH ITU SUCI, TAK SEMESTINYA

Heh, rilex.. rilex peeps! Putih memang melambangkan kesucian, kudus (mdm Suhaila, lecturer c++ suka sebut ni hahaha nostalgia~).. Hati tenang je dengan benda putih ni, tapi kalau tengah malam nampak 'benda' putih seriau gak la!

Tapi jangan risau. Ni bukan pasal 'benda' putih a.k.a hantu tu. Tapi pasal kegilaan ramai orang untuk memutihkan kulit.

Bila tengok iklan- iklan kecantikan kat tv rasa menyampah pulak. Lagi- lagi bila dengar ayat ni "dulu, saya benci tengok muka saya sendiri" lebih kurang macam tu la ayat dia. WTH?!! Lain kali nak buat iklan buat ayat yang bijak/ sopan sikit. Ada ke benci dengan pemberian Allah? Apa- apa je la..

Semua orang nak jadi putih, nak kulit konon- konon suci, mulus, kudus. Pakai produk itu ini. Kulit menggelupas merah- merah macam udang terbakar je. Cantik ke tu? Orang kat sini punya la taksub nak putihkan kulit. Tapi awek- awek kat barat tu dok tanning kulit nak bagi gelap. hoh~

Cuba bayangkan kalau semua orang kat bumi kulit warna putih............. b.o.r.i.n.g~ Kalau semua kulit gelap? b.o.s.a.n~ hah, sebab tu la warna kulit kita berbeza. Takda la kau muntah hari- hari tengok orang muka putih, pucat.

Yang penting, bersyukur... Syukur seadanya. Haa lagi satu fakta penting, produk pemutihan kulit selalunya banyak kesan sampingan jangka masa pendek atau jangka masa panjang.


Tengok dia ni!
Tak putih, tapi dia gojes! okay GORGEOUS!!


I Love You, Dayang..
Gambar dari Dayang punya Facebook fanpage



2 comments: