Tuesday, October 19, 2010

MAKAN! MAKAN! MAKAN! huuu sedapnye~

Sesekali lepak dengan member- member memang seronok! Mana taknya? Semua gila- gila hoho~ Macam- macam nak diceritakan, itu belum lagi gosip dan jugak 'menjadi stalker beramai- ramai'!!! hahaha semua tu jadi bila Beeb ber'BBQ' bersama kawan- kawan masa sekolah.



Okay sekarang cerita pasal BBQ je...


Chef kami adalah Aimi. Dan kepayahan membakar arang dikongsi bersama oleh Shima, Manisah dan Beeb. Puding karamel oleh Masyuni, coleslaw oleh Beeb. Dan gambar adalah dari kamera canggih chef kami.


Inilah gambarnye~




Waaaah... Waaaah...    +[]+

vegetable skewer yang colourful

Garlic bread hoh!! walaupun keras, makan sampai licin~ :D

vegetable skewer, honey roasted chicken wing, coleslaw, garlic bread,
deep fried dory with tartar sauce, mashed potato, roasted lamb
/\
adalah makanan yang ada malam tu. Banyak giler kot~ o-o'
hehehe


Tuan rumah selaku penaja lokasi BBQ kitorang! Tuan Manisah~


Baca doa sebelum makan [tengok muka masing- masing] hahaha

Kenyang tak ingat makan malam tu. Jadi lepas kenyang makan, kitorang kemas- kemas, borak- borak, stalking- stalking, tidur.... dekat pukul 3 pagi jugak la baru tidur, hebat.. hehe



Esoknya, Masyuni pulak nak balik awal sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu dia. Jadi dia gerak semua orang untuk bergambar ramai- ramai! Dalam mata yang mengantuk, inilah hasilnya...


Dari kiri: Manisah, Shima, Masyuni, Beeb, Kuning dan Aimi
[kuning adalah kucing tuan rumah ye]




Gambar lompat di ambil oleh Masyuni. Okay Beeb buat balet~ 0-0'
hahaha


Lepas Masyuni pergi, sambung tidur...

zzzzzz~

Korang semua tak perlu tahu apa yang si kuning baca sampai tertidur! hahaha


p/s: Semua gambar di atas diambil dari facebook Aimi.



Apa Pulak Lagi: Sebenarnya, sebelum pergi BBQ sempat lagi pergi hari bersejarah untuk Sakinah. Dia ialah junior masa sekolah rendah dulu. hehehe selamat Pengantin Baru Kinah. 16.10.2010.


Lepas amek gambar ni la gelabah gila macam aku je yang nak kawen sampai jatuhkan bunga telur sampai tergolek- golek. Malu siot! =_='

No comments:

Post a Comment