Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN

Selamat menjalani bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ibadah dijalani dengan ikhlas dan jangan mengumpat orang, berdosa besar astaghafirullah~

niat puase jangan tak baca,
bangun sahur jangan lupa,
buka puase biar berpada,
nanti terawih tak larat la pula.

ok tak? ah gasak lah~

TO MUSLIM ALL OVER THE WORLD, err.. good luck with your fasting, be good to each other, dont lie because Allah can see whatever you do.

betul ke bahasa omputih aku neh? lain macam je..



jom niat puasa sama-sama:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala






TERIMA KASIH NUFFNANG, TGV!!

Wahahahaha!! Khamis lepas pergi kutip hadiah sebeday dekat ofis Nuffnang! Hari tu memang dah minta cuti la kan. So hari tu cadang nak pergi kutip < macam pelik kan 'kutip' > anda orang putih, sila refer 'collect'...... pagi dalam jam 10 la. Tapi sebab malas, keluar la jam 2 petang. 

Meh cerita sikit perjalanan ke sana.. sebelum pergi dalam kepala cakap dalam nada separa angkuh: 'jalan Yap Ah Shak je pun... duh~'  haha petang tu park kereta kat ERL Putrajaya amek (bahasa pasar sangat mengujakan) tren sampai ke B. Tasik Selatan.. la la la~ Then, naik LRT sampai ke Hang Tuah.. la la la~ selepas itu nye pun, naik monorail sampai Medan Tuanku.. masih la la la~ lepas tu amek cab.. pakcik cab ni memang banyak cerita, aku yang tengah dalam mood kutip hadiah layan je lah..

cab driver: Semallam sini jam tau....
beebot: nape? eksiden ke?
cab driver: tada.. sini semallam pasang bendera lekat kereta...
beebot: ooowh~
cab driver: cuba tengok, mana ada orang lekat?! Dulu Mahathir punya tak payah suruh, semua mau lekat bendera juga! Tapi sekarang nga, you suruh lagi dia orang tamau lekat!
beebot: ahaaaa~
cab driver: dulu PM mana ada gambar banyak? Sekarang Najib ahh semua bus stand dia punya muka juga ada!
beebot: uncle, nanti kat sane senang tak nak dapat cab?
cab driver: .............................. you kena jalan depan sikit baru boleh dapat....
beebot: (LOL! < dalam hati)

cab driver: okay, sudah sampai.. saploh ringgit
saploh ringgit.. saploh ringgit..
beebot: (DEMME! < dalam hati) ..... wtf.. PERBUALAN SETERUSNYA TELAH DITAPIS KELUAR



naik terus ofis Nuffnang, tekan loceng pintu (doorbell.. lol) yang tulis 'we love to party!! Just kidding! We are very hardworking people' < macam tu la kot, aku tak ingat dah.. takyah bagi tau berapa kali aku tekan T-T.. 

loceng tu kat pintu lagi satu


ni hadiah dia!!


la la la~ ha ha ha~ Valid sampai 31 Ogos 2011 tp siapa nak tengok wayang masa raya ye tak? Lepas kutip passes tu, pergi mesej kawan-kawan hohoho, jadi Ahad sebelum puasa kitorang akan bergejimba tengok wayang. Pergi The Mines kowt ah~ *wink*

heh! tenkiu Nuffnang and tenkiu juga TGV.. sweet~


Penutup diari: Kau nak sangat kutip hadiah petang, amek kau tren padat dengan penyokong bola sepak Malaysia nak pergi stadium tengok Malaysia lawan Singgapo dah cit banyak drama asik tergolek je keje kau padan muka keeper dapat kad kuning!


Ni bukti visual sebahagian penyokong yang kena tinggal sebab tren dah padat tak dapat menampung walau seorang manusia lagi


'text: weh aku otw g stadium weh.. kasi gegar!'

The best fb status update malam tu


SETUJU!!


Friday, July 22, 2011

ke 24... not bad~

Assalamualaikumdan selamat sejahtera.. :D

okeh, okay, orait... seronok sambut birthday hari ni. kat office.... siapkan kerja... sampai malam... ter-miss makan free akak aku nak blanje damn!....sampai rumah jam 10.40 malam... cool~ T-T

balik rumah, sempat tgk Masterchef Australia, Marion keluar.. time birthday aku la kau nak kene eliminte kan?

bukak facebook... wow!!!!
tq kepada kawan-kawan yang wish my birthday :D
hihihi

You guys made my day! :D

tengok ni, meriah~
officemates~



adik beradiks

yang tomey tomey hahaha :D

yang simple... enjoy

AMIN~! hehehehe



/\
dan! ada jugak attached dgn video sekalik...
tenkiu babe, BFF! 
love u so much!


terima kasih sangat-sangat ye kawan-kawan.. yang mesej kat hp tu pun tenkiu gak :D

Wednesday, July 20, 2011

MENJELANG HARI TUA..... setahun..

Okay, update blog sehari sebelum birthday biar nampahk dramatik sikit. Eja 'nampak' pun salah, kau betulkan la, aku penat. Huk aloh? Abaikan kecelaruan emosi perempuan ni...

Kita cerita pasal birthday.............. stress.. umur............. 24.. eh stress............


Soalan cepucemas yang ...

Orang 1: "Kau bila nak kahwin?"
Orang 2: "Ntah kau ni.. Aku siap dah ada anak 2 orang dah"
Orang 1: "Dua dah anak ko? walawey~ hahaha"
Orang 2 + Orang 1: "bla.. bla.. bla.."
beeb then blah: wtf?

Orang 1 dan 2 jangan la cemas sangat pasal aku tak kahwin lagi. Bukan senang tahu tak nak cari lelaki yang jiwa dia padan ngan aku ni.. dah la emo~ tsk..

Ape nak kecoh? Baik buat iklan ke ape kan.. macam ni


SUAMI MITHALI DICARI!!

Ciri- ciri:
1. Kelakar
2. Baik hati budi
3. Tak merempit
4. Tak MEREMPAT
5. Beriman........... 

Markah tambahan kalau anda ada ini:
1. Kereta sendiri, motor taknak, nanti awak asik kua ngeteh je kat kedai mamak..
2. Rumah sendiri, beli jgn sewa! Kalau nak duduk dekat dengan rumah mak awak, make sure jarak dalam 1 jam menaiki kereta.. Eh.. rumah mesti fully furnished
3. Kerja hebat
4. Bukan anak sulung (eh... kalau dah jodoh takpe la)

*
*
*
*
*


rasa-rasa segan tak kalau buat macam ni?
ah kamon la~ doktor pun buat iklan cari isteri tahu tak?
tak percaya? klik sini > MUSIC..bla..bla..bla..BEAUTIFULLY


kan? dah cakap dah.. bukan senang nak cari partner, soul partner lagi la~
kalau dah jodoh tak ke mana, tunggu je la.. draft iklan siap-siap, mana tahu tahun depan boleh siarkan dekat suratkhabar metro ke hape...........

sudah la kau~ (ayat bos aku)

Sunday, July 3, 2011

SERABUT, NYAH KAU!

Dah berminggu-minggu buat kerja yang sama (mungkin jugak berbulan-bulan), dah muak ngadap pc menaip itu ini, dah CUAK bos asyik tanya "kerja dah siap?", "dah siap ke?", "siap belom?" dan last skali "siapkan hari ni!"... at least dapat gak release tension tengok budak-budak ni...



dak comel dr MRSM MUAR.. lokasi: Ruang legar Medan MARA


ni hanya perasaan aku atau korang pun nampak gak pelangi-indah-awan-damai?
hilang dah suara bos aku hahaha..
hebat dak MRSM MUAR ni berzapin, rasa nak menari sama dah masa tu hahahakk!! jangan terlalu kecewa dengan kualiti gambar kerana kamera telefon hanya 2.0 megapixels tsk~ dan juga bakat mengambil gambar blur dah tu goyang-goyang... atau pun aku yang dok goyang-goyang badan tengok dorang menari ntah?

Anyway, ringan sikit kepala lepas tu huih....