Thursday, January 19, 2012

AKU GILA... kot~

Aku dah gila rasanya sebab aku selalu tunggu Hadi ni update blog dia. Sebab dia suka buat karangan mengarut. Hahahaha.... Kalau tension mesti okay lepas baca blog dia (tapi kadang-kadang ada gak yang buat kepala hangin)

Antara blog favourite untuk buang tension lepas blog anak mat nor yang dah tak update tu. Dia pindah ke kisahjuno (pun dah lama tak update T-T).

Okay, Khamis 19 Januari 2012. 7:58 pagi. Logout blog.
Mari bekerja. SEMANGAT! duh~



Monday, January 16, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BAGI TAHUN 2012

JENG! JENG! JENG!

Keputusan tawaran nak keluar dah ni. Hahahaha teruja lebih pulak, gedik~

Okay, semakan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 20 Januari 2012. Boleh pergi website MARA atau pun pakai sms je : mara<jarak>mrsm<jarak>angka giliran dan hantar ke 15888.

Get it? Okay ulang.....

Semak mulai: 20 JANUARI 2012
Cara:

1.  Melalui website MARA > www.mara.gov.my

                        atau

2.  Melalui sms: mara<jarak>mrsm<jarak>angka giliran dan hantar ke 15888.






GOOD LUCK!!
berjaya?
TAHNIAH!!!
nak masuk MRSM tingkatan 1 tak berjaya?
CUBA LAGI UNTUK TINGKATAN 4 NANTI!!
nak masuk MRSM tingkatan 4 tak berjaya?
ITS OKAY.. ITS NOT THE END OF THE WORLD. BUAT YANG TERBAIK DALAM SPM NANTI. BELAJAR KAT MANA-MANA PUN BOLEH BERJAYA KALAU KITA RAJIN BERUSAHA!!!!!!!




Sunday, January 15, 2012

DIKELAR LEHER.. DAN DICUTIKAN


Jangan terlalu kecewa, ini bukan cerita ngeri.
..... okay tipu, memang ngeri
Ingat tahun baru ni boleh senang lenang macam tahun lepas? Memang tak. 
3hb Januari 2012. Tempat kejadian, Hospital Putrajaya.

Sebenarnya, masuk hospital sebab nak operation buang tiroid. Tahun lepas boleh kata setiap bulan kena pergi hospital periksa leher aku. Diorang confirmkan tiroid belah kanan tu dia besar sikit dari normal. Lepas tu buat ultrasound la, ambil sampel tisu la. Keputusan dari tisu yang diambil tu, pihak hospital masih tak dapat nak kenal pasti tiroid tu biasa je ataupun kanser. ATAUPUN KANSER! Gila kau? Tapi ini serius~ *tune dia macam si Ming-Ming Wonderpets tu huhui~

Selain tiroid, aku ada cyst kat leher belah kiri. Cyst aku tu contains fluid. mmmmmmm....  So, bincang punya bincang.. aku setuju untuk buang cyst, dan juga tiroid yang kejadahnya tak dapat dikenalpasti tu.. duh~

Operation ni sebenarnya dah dua kali tunda atas sebab... yang pertama, doktor bedah semua pergi seminar.. yang kedua, aku nak pergi interview hehe. Okay nasib baik yang ketiga ni tak ada apa-apa yang boleh jadi punca lagi.

So, 3hb Jan 2012 daftar masuk wad. Adik-adik hantar hoh tengs! Jadi menetap la dekat hospital tu. Wad 3B katil 9 hehe ingat lagi :D

Malam tu nurse hantar baju hijau yang baru. Tukar sehari sekali je okay~ T-T
DAN!! 
Kat atas baju hijau tu ada satu kain warna putih, aku ingat selimut extra sebab wad tu gilaaaaaa sejuk! 


TAPI!!




Gambar kat bawah ni buat hati cemas susah nak tidur!!





Baju untuk operation! Aduh... kan dah menyesal. Terus rasa seram lepas tu susah nak tidur hahahaha


Nasib baik bawa bantal busuk. Tekup muka. HAHAHA zzzzzz~


Dalam lebih kurang 9.30 pagi, nurse dah panggil. Tukar baju putih tadi tu. Lepas tu baring atas katil, tolak terus sampai bilik bedah. Teruja kot masuk bilik bedah sampai tergelak sendiri. Pelik doktor tu tengok aku hahaha. Bengong aku ni.

Kena ubat tidur, langsung tak sedar apa. Sedar pun sebab nurse kejutkan. Masa tu dah keluar bilik bedah.  Lepas lebih kurang 3 jam juga la kena operasi hohoho. Bila sedar, leher dah siap kena tebuk. 



Adoiiii~ memang sakit. Lepas dalam 10 minit sedar, nurse tolak semula pergi wad. Kepala memang pening gila masa tu. Ha kau gelak sangat masa masuk bilik bedah tadi? Padan muka. Sampai depan lif, habis muntah. Petang tu, makan pun tak lalu. Tapi kena gak isi perut sebab tak makan dari pukul 10 malam sebab kena puasa. Untungla kakak dengan kawan baik aku datang bawak makanan. Hihihi *tapi lepas makan muntah lagi 2 kali... bluekkkk~ Asyik muntah, nurse kata kesan ubat bius tak habis lagi huhuhu




Terima kasih kepada kakak aku, Kakyan sebab datang bawa majalah milo air panas laptop (letak koma dimana perlu thehehe), terima kasih kawan baik aku, Ain dan suami yang datang melawat.. belikan pau biskut air epal siap beli belon 'Get Well!' lagi terharu aku weh! Dia belikan gak minyak cap kapak sebab aku pening-pening lepas operate tu huhuhu.

Tak lupa gak ucapkan terima kaih kepada doktor-doktor dan nurses dan student praktikal kat Hospital Putrajaya. Doktor Zam, Doktor Hisham, Doktor kat wad 3B dan semua!! 

Sehari lepas operate doktor bagi balik rumah dah... yeay!

TAPI!!

Kena balik dengan botol drain.. sebab tiub pada leher tu tak buka lagi. Huhuhu seksa tau kena jaga tiub dekat leher. Jangan sampai kena infection ke hapa-hapa ke. Terima kasih kepada gaya tidur free style aku, tiub dah lari sikit, kulit koyak sikit, darah keluar sikit....... HAHAHAHA < ada hati lagi nak gelak?




9hb Jan 2012 datang hospital lagi cabut tiub tu. Hah lega~ 

Dari masuk hospital tu, aku dicutikan dari kerja selama 2 minggu!! hehehe

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah kerana semua berjalan dengan lancar. Terima kasih Allah. :D