Saturday, June 23, 2012

MELASAK KE BUKIT TABUR! hoh!!!

Lama giler tak update blog. 3 bulan kot hahaha.. Sementara tak meng'update' tu dah merata-rata dah kaki melangkah. Tapi sebab utama tak update adalah kemalasan hehehe :D

Tapi tiba-tiba datang pula mood nak menaip kat sini semula.

Banyak aktiviti yang aku dah buat.. Kayak dah, flying fox dah, futsal dah paintball pun dah! Hah! Tapi aktiviti yang baru-baru ni memang pertama kali. MENDAKI BUKIT. Omak ai~ Memang pengalaman yang sangattttt penat hahaha. Sebelum ni pernah rancang nak daki Bukit Broga tapi last minit tarik diri < takut la tu~ hehehe

Bukit yang aku daki tu Bukit Tabur nama dia. Pergi pula dengan geng melasak kitorang. Budak-budak office. Bukit Tabur dekat dengan Kg Klang Gate. Taman Melawati, KL. Kitorang gerak dari Medan MARA ada la dalam 20 minit.

Kalau nak tahu dari mana nak mula mendaki, cari pintu masuk ke Puncak Niaga. Macam dalam gambar kat atas ni. Tak nampak? Maafkan kami yang gila bergambar sampai tak nampak Puncak Niaga hehe.. Kitorang park kereta dekat tepi bukit ni je. Sebelah kanan tu rumah orang so kalau korang nak park kereta jangan sampai hadang jalan orang ye :D


Ni starting point dia. Kecil je.


Pesanan kepada hikers.


PARTNERS IN CRIME!!
heh ye la tu.. Dari atas, Fadlin, As, Mel, Abg Syed, Kak Nor, Kak Rod dan yang bawah tu aku! thee he he


Antara hikers yang kitorang jumpa masa mendaki. Khamboiii siap bawa gitar. Kellas kau..


Ada satu kawasan kat situ yang 'gravity free'..... tipu je, camera trick tu hehehe
Pokok dia macam creepy je ek?


Permukaan bukit sepanjang mendaki tu 70% adalah batu. DAN, ada antara batu tu tak lekat sangat dengan tanah. Jadi kalau nak melangkah, rasa dulu pijakan kaki, pastikan tangan korang paut pada batu yang yang betul-betul lekat pada tanah atau ranting pokok yang kuat. Ada juga ranting dan batang pokok yang dah mati dan sangat bahaya untuk kita bergantung harap pada mereka ahakss..


Hehehe 'lunch break'


Ada banyak stage sebenarnya. Tapi kitorang sampai ke stage 10 je. Sebab stage seterusnya sangat ngeri dan menakutkan. Ye la, kitorang ni amatur. Aku first time kot buat kerja gila ni?!








I DID IT!!!!!!



Dah sampai atas apa lagi? Cam whore la!!
Memang cantik pemandangan dari atas ni. Angin sepoi-sepoi bahasa. Tak ingat dah sakit kaki, tak ingat dah semput masa naik tadi :D




Terjun nak? Ngeri weh!!




Dalam kitorang sibuk bergambar sana sini klik klik klik tiba-tiba cuak sebab Abg Syed yang tengah ambil gambar kitorang terkejut. Sekali kitorang toleh belakang nampak abang yang dalam bulatan tu. AIKK?!!! Kitorang terdiam sambil pandang muka masing-masing. "Abang ni bukan dah turun ke tadi?" Sebenarnya kitorang jumpa abang tu masa separuh perjalanan kitorang naik ke stage 10, masa tu dia turun bukit. Then, tiba-tiba dia ada kat atas semula. Hebat gila dia ni!! Aku dah fikir yang bukan-bukan dah. hahaha =_='


Okay, lepas cuak-cuak tu kitorang pun mulakan perjalan untuk turun bukit. Mak bapak seksanya nak turun. Memang kalau nak turun bukit ni lagi susah daripada mendaki. Sabar je la.

Alhamdulillah semua selamat. Aku je la yang kejang kaki. Nasib baik ada team member bawa koyok. Meh kongsi gambar yang kitorang ambil dari sana.



Pertama kali jumpa kala jengking.


Wahhhhh cantiknya pemandangan.... Subhanallah~
Ada orang kata boleh nampak Genting Highland dari atas ni, tapi aku pun tak tahu yang mana satu entah ahhahahaha


Kawasan perumahan sekitar Bukit Tabur.


Tasik..... tasik apa entah..


Tempat ni memang cantik, redup dan nyaman... wahhh~


Bangunan bumbung hijau tu UIA ke?

Saranan untuk sesiapa yang nak mendaki Bukit Tabur ni.

1. Bawa air minuman yang banyak sebab sepanjang perjalanan korang akan kepenatan dan kalau korang kurang minum air mungkin terhidrasi dan mungkin akan berbahaya kalau korang teruskan perjalanan dalam keadaan macam tu. Bawa la sandwich atau makanan ringan untuk lapar dan dahaga di atas bukit nanti.

2. Pakai pakaian yang bersesuaian. Jangan pakai seluar jeans, selipar, tak payah la nak make-up bagai naik sini. Kalau boleh, bawa sarung tangan sebab masa turun bukit korang akan berpaut pada batu so tangan akan luka dan susah nak grip batu.

3. Kalau pertama kali naik, pastikan ada orang yang kuat contohnya lelaki atau wanita kental yang akan tolong korang sepanjang perjalanan. (TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN SEBAB TOLONG ORANG NAIK BUKIT NI!!! sobs... terharu)

4. Kalau korang suka bergambar, pastikan korang tidak terlalu teruja dan hilang kawalan. Sebab kiri dan kanan korang mungkin adalah GAUNG dan kalau terjatuh, 'Selamat tinggal dunia'.

5. Jangan buang sampah merata-rata. Jagalah keindahan alam semula jadi. Jangan spoil kan pengalaman indah pendaki lain.

6. Bawa lah ubat sapu, koyok dan sebagainya. Kalau-kalau ada kecemasan, semua tu boleh bantu sementara korang nak turun ke bawah dapatkan bantuan etc.

7. Jangan bagi makan kat kera dalam hutan ni kalau korang tak nak kena kejar T-T.. ingat tu!

8. Hati-hati dengan langkah korang. Selalu ingatkan kawan-kawan supaya tak terleka.


HEH YEAY!!! Best sangat tempat ni. Cuma terkilan tak dapat mandi air terjun sebelah Puncak Niaga tu sebab kotor dan tak terjaga. Apa pun, tempat ni dan kawan-kawan aku memang TERBAIK!!