Saturday, October 15, 2011

BUKAN YOUTUBEWALKING OKEH~

TAPI VLOGWALKING

Meh korang sini! Tengok video-video ni... Cool~



HAHAHA!!



Nasib baik bukan aku yang ambil order.. sangat cool.. :D



Cool giler!



Peringatan: jangan jadikan orang yang main dengan lego dan captain america dan spiderman jadi reference korang! hahaha


Favourite aku? T-Shirt WAR!! :D


Friday, October 14, 2011

MY HAPPIEST MOMENT


Pernah tak satu hari, duduk rumah tak ada aktiviti nak buat? Seharian duduk termenung je tak tahu nak buat apa, mundar mandir dari dapur pergi ruang tamu, guling-guling atas katil, last sekali berbual dengan dinding~ Bosan kan? Macam nak muntah je kalau macam tu hihihi

Masa ni la bila buka facebook, friendster, myspace satu notification pun takda. Nak YM kawan semua tak online. Perghhh.. BOSAN!!!!

Pernah suatu hari tu, aku bosan sangat. Jadi rancang dengan kawan-kawan nak keluar sebab asyik terperuk je kat rumah sikit hari lagi boleh jadi kera sumbang. huhuhu.. Rancang punya rancang, jadi semua setuju pergi ke Putrajaya sebab ada Hot Air Balloon Fiesta.

Wahhhhhh!! Memang seronok sangat. Macam-macam jenis belon ada kat situ. Dari belon udara panas, belon pasar malam, belon Spongebob dan...

buih sabun yang tiup-tiup tu~ =-='

Belon buih pun kira sebagai belon ke? hahaha

Memang sangat gembira! Dapat keluar, jalan-jalan.. Tengok hot air balloon. Gosip-gosip. CUCI MATA (hehehe). Makan. Makan. Makan. :P

Memang seronok bila tengok semula gambar-gambar yang diambil masa tu. Teringat semula saat-saat manis, kelakar.. dapat bayangkan cuaca masa kat sana.. suasana masa tu memang meriah. Budak-budak kecil lari sana sini. Mak-mak kejar budak-budak kecil. Bapak-bapak duduk tengok mak budak kejar budak kecil~ *sigh sigh sigh* T-T


Dan ini saat paling gembira kami yang dirakamkan dengan hasil yang sangat manis~ weeee~ :D

Saat gembira bersama kawan-kawan semasa Hot Air Balloon Fiesta

Untungkan dapat rakam gambar masa-masa yang gembira? Tiba-tiba rasa rindu nak ke masa tu semula kan? haaaaa...

TAPI

Gambar tu semua diambil dari kamera orang lain.. T-T
Diri sendiri masih guna kamera telefon yang hanya 2.0 megapixels~ sob sob sob.. Jadi kalau nak gambar cantik memang kena guna kamera orang lain yang melampau canggih lagi cun! Kesian beebot kan?

Jadi beebot pun check-it-out kamera-kamera ni.. OLYMPUS PEN!


OLYMPUS PEN Lite


OLYMPUS PEN Mini


 ni, sini, layan video ni~ ohh wahhhh~


satu lagi!!!



Memang cun~  (eh yang mana satu yang cun? theehehe :P)

Beebot nak satu kamera cun tu, nak ambil gambar banyak-banyak, simpan semua memori manis dalam satu album gambar dan bila tiba suatu hari yang bosan akan selak semula album gambar dan mengelamun membayangkan saat-saat manis, ceria dan gembira... (senyum sorang-sorang... ngee~ :D)



HAPPY!! HAPPY!!! HAPPY PHOTOGRAPHY!!


MARI TENTUKAN JANTINA OTAK KORANG

Alahai pagi tadi pergi mem-blogwalking satu blog ni ha. Jalan punya jalan (mata la yang jalan) sekali berhenti kat satu post dia. Kelik sini bagi yang curious dan comel. Sila test otak korang.

Okay, test kat sini pun boleh...


"Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN"



So? Korang punya otak lelaki ke perempuan? hahaha aku buat dapat 3 je.. lepas tu kira semula dapat 5 je pulak.. DAMN! mau dekat 20 minit nak cari bagi jadi 6 F!

\/
\/
\/



FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

6 F kan? HAH!


Wednesday, October 12, 2011

DERMA DARAH: BLOOD DONATE

"derma darah adalah untuk orang yang kental hatinya"
-beeb beebot (11-10-2011)-



Hahaha siap nak buat quote.. comel kan~

Kalau kita cerita pasal derma darah, apa korang akan bayangkan? Mesti ada yang bayangkan darah tu.. merah, pekat, mengalir.. nak lagi ekstrem? Bayangkan darah tu mengalir keluar dari tangan melimpah atas lantai, atau pun bayang kan ulat tengah sedut darah korang macam lintah tapi ni bukan lintah ini ulat tahu tak gigi dia tajam sedut darah korang sampai kering OK! STOP! melampau kau eh beebot?

Bayangkan jarum tu besar macam straw yang buat sedut air sirap selasih WEH! WEH! DAH! last-last aku yang seriau~ LOL

Ada yang takut nak derma darah sebab takut darah @ hemophobia. Takut jarum @ trypanophobia. Boleh jadi doktor tak aku ni? Hebat kan? hahaha Takut doktor @ doktorpunnaktakutkephobia eh eh tak yang tu tipu, tapi memang ada yang takut jumpa doktor kan kalau sakit? Macam...... doktor.... gigi? (beebot angkat tangan) kan? Kalau tu punca takut derma darah, aku tak tau nak tolong macam mana hohoho

Selain tu ada juga yang takut derma darah sebab mitos. Mitos? ye mitos. Mitos? Fakta salah la senang cerita..

Salah satunya adalah 'derma darah boleh buat kau jadi gemok wek wek' ish SALAH tu! Mungkin la selera makan akan bertambah, tapi sendiri kena kawal la. Jangan la ikut nafsu.

'derma darah nanti tekanan darah kau rendah siot~' SALAH!!
'nanti korang kene AIDS doh' CHOI! SALAH!!
dan sebagainya yang salah-salah belaka.. Sila rujuk sini  <(klik cepat) untuk keterangan lanjut


Kalau korang derma darah korang boleh la dianggap sebagai wira yang gagah perkasa menyelamatkan orang lain yang memerlukan darah. Tanpa menghiraukan sakit tangan kena cucuk jarum sebesar straw (lebih-lebih pulak). Dan anda berpuas hati walaupun ganjarannya hanyalah sebungkus roti krim dan air kotak. Eh dapat pahala gak la kan.. sebab tolong orang.

Jadi marilah kita menghargai wira-wira yang berhati kental dan gagah!! Terima kasih wira <3



wirawati beebot hihihi pasan



wirawati Kak Ida

"Eh kak Ida, suami kak Ida ade ngan orang ah hahaha"



Wirawan Abg Mus, suami kak Ida



wirawati kak P

kak P nak kene sosok *cocok *cucuk

DAN!! Tak lupa juga kepada semua yang lain! Walaupun first time derma darah.. ye la... tahniah la~




Kak Rod a.k.a Melur tengah nebes isi borang hahaha!!



dan juga akak CC kami.. huhuhu syabbas


So? Kalau kami boleh, kenapa tidak anda? Ada macam iklan radio tak? hahaha


DERMALAH DARAH, SELAMATKANLAH NYAWA




Monday, October 10, 2011

ARRGGHHHHH!!!! COBAAN!

Assalamualaikum... dan selamat sejahtera? Dan selamat sejahtera

hari ni aku puasa, habis kerja stay sekejap kat office surfing internet....

damn!! sekarang aku menyesal! sebab terbuka satu blog makan yang sangat omnomnom~ T-T

AH! NENGOK NEH!


dan ini..






dan yang terus buat air liur mengalir laju.. adalah gambar bawah ni!!






alawww~ nak sikit~

huhuhu kek ni nama dia Chocolate Salted Caramel Cake. aha kan~ memang menggiurkan.. kenapa letak gambar anak dia makan chocolate tu? kan dah bergolak perut ni mintak makan hahahaha T-T

nak resipi? pergi klik sini > curlybabe's satisfaction
alang-alang dah klik tu pergi la buat kecur air liur tengok resipi dia yang lain- lain tu huhuhu

dah la bai~ (sabar perut sabar)