Wednesday, October 6, 2010

MENDAKAP GIGI

Pakai pendakap gigi atau braces.


Mak kata itu adalah pagar gigi namanya.. what? Iyelah mak..




Merujuk kepada gigi yang bersepah ni, jadi hari ni baru nak ambil inisiatif memagar gigi. Walaupun dah 23 tahun dengan gigi macam ni..... T___T  Jadi, waktu rehat tengahari tadi pergi la buat research sikit.


Lepas tu teringat ada satu klinik gigi dekat Bandar Baru Salak Tinggi ni. Dulu pernah cabut gigi kat situ. Okay la. Jadi google nama klinik tu untuk dapatkan nombor telefon. (Apa la, kau susah- susah kenapa? Operator kan ada? Dial je 103!) Hoh! Bila dah dapat nombor telefon terus la dial. Lepas tu tanya la dia kalau nak buat pendakap gigi rasa- rasanya dalam berapa? (Merujuk kepada bayaran) Sekali dia cakap RM5000 da!!! ye LIMA RIBU RINGGIT MALAYSIA. Mak aih, selama ni ingat kalau nak buat braces tak sampai seribu. Hahaha hambek kau.. 


Dulu ada kawan kata boleh buat (buat ke pasang? ah whatever) braces dekat klinik pergigian kerajaan. Jadi, google lagi untuk cari nombor telefon dia. Bila telefon, dia kata klinik pergigian Sepang tak buat braces. Dia kata Seremban dengan Kajang ada. Heh... Tanya lagi rupa- rupanya khidmat membuat braces kat klinik kerajaan untuk budak sekolah menengah je... what the?


Jadi tiada pilihan lain, klinik swasta saja. Hohoi! Tapi, kalau la RM5K bayarannya... kumpul duit sebulan RM200, wah!!! lagi 3 tahun baru boleh bikin braces hoh!! Rasanya lagi 3 tahun lagi mahal nak kena bayar..



Macam mana nak pagar gigi ni? hadoyai~

Sesiapa ada info? Gigi oh gigi...

apa pulak lagi: tadi ada baca satu forum kat website mana ntah, dia orang kata boleh bayar ansuran. HAH! ESOK NAK TELEFON KLINIK GIGI BANDAR BARU SALAK TINGGI TU SEMULA!!



[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

since ramai yang view post pasal braces dekat blog ni, so I bagi link ke blog A Dentist. Dia ni dentist kat Bangi. Tapi lama dah kot dia tak update blog. Alamat dan contact number semua da kat blog dia. Sila lawat :D

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

8 comments:

  1. Bab GiGi...akak paling TAKUT

    ReplyDelete
  2. sama la... uhhh setahun sekali pun jarang.. kalau da sakit sgt baruuu la pegi hahaha SERAM~

    ReplyDelete
  3. darling, x payah pagar2 dh.. ur smile still sweet ^_^

    ReplyDelete
  4. e'eh mas-you-nie aha!
    hehehe masih dalam pertimbangan ni huhu~

    ReplyDelete
  5. boleh bagi nama klinik dan no telefon di bandar baru salak tinggi tu? TQ!

    ReplyDelete
  6. hai kak/ abang/ adik... anonymous~

    Klinik Pergigian Nazreen
    Tel: 03-8706 2269

    ni atas sebelah2 je dgn kfc salak tinggi

    ReplyDelete
  7. dekat seremban dekat klinik mana ek?

    ReplyDelete
  8. dkt Seremban kite tak tahu la pulak wak.. yg kite tahu hosp seremban. try google :D

    ReplyDelete