Tuesday, December 28, 2010

i had FLASHBACKs



Semalam memang bersejarah la... Flashback siap ada dejavu~ Cuba scroll ke bawah.



HA! Ni ha.. DING DANG! Masa tengah boring, turun bawah jap pegi 7-eleven. Pusing- pusing jumpa lak ding Dang ni. Wah tiba- tiba teringat masa kecik- kecik dulu. Best nye~



DAN>>



Lepas tu, dekat rumah time nak ambil raket nak main badminton tiba- tiba je ternyanyi lagu 'sejarah Mungkin Berulang'! Wey pehal ni?! apehal kau nyanyi lagu ni Beebot?! Okay, betul ni semua tak sengaja.. Saya tak minat New Boyzzzzzz.. Betul tak tipu.. Okay Tomok yang sekarang minat, yang dulu tak. Okay, cukup la tu.. NEXT!










DAN>>




TADAAA!










A'ah la ni durian. Durian dari kebun belakang rumah. Ni memang syok habes! Dah berapa tahun kau tak berbuah ha durian? Merajuk ey? Sedap wohh.. Isi warna oren~ Jumpe terus kopek makan *nom nom nom*

Ingat lagi dulu musim durian masa kitorang adik beradik kecik- kecik lagi, bapak mesti bawak kitorang pergi kebun tinggal kat rumah kentot (pondok yang buat tunggu durian). Memang hingusan semua budak- budak kecik tu hahaha~ Wah best nye dulu- dulu.. Cepat nye semua orang besar!!



DAN>>


. . . . . . . .  .  .  .  .    .    .    .    .      .


ah kamon! flashback dah habis pulak!
CEPAT FLASHBACK LAGI!!!

Saturday, December 25, 2010

APE YG HEBAT SANGAT HANTU KAK LIMAH TU?!




AMARAN! PENULIS TENGAH HANGIN SATU BADAN.



Semasa menaip ni, si Beebot yakni   >>saya<< baru je lepas telefon GSC Phone's Reservation. Nak book tiket filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' @ 'Kak Limah's Ghost Return Home' okay terjemah pun dah fail.


punca gambar> encik adie

Memang hangin la sebab tiket pukul 11 pagi fully booked! 5 ptg fully booked! 8.05 malam punnnnn fully booked! Bukan kali pertama nak book tiket Kak Limah tak dapat, tapi sejak hari Rabu lagi. Orang yang duduk area Alamanda tu semua kaki wayang ke hape? Huhuhuhu~

Ni semua Kak Limah punya pasal. Sebab tak dapat nak book tiket, anak buah yang dah lepas tengok cerita tu buat spoil pergi cerita kat Beebot ending cerita tu! Aduyai~ Lagi hangin si Beebot.

Lepas tulis/ taip blog ni, dia nak pergi tidur. Esok nak keluar pergi Presint 16.. Nampaknya, perancangan untuk tahun depan dah nak mula awal sikit. Yeeehaw~

Friday, December 24, 2010

The Season of the Witch is Here

Season of the witch





Hai korang! Ada movie baru nak keluar tahun depan. Aha, yang kat atas tu la poster dia. Tajuk movie ni 'Season of the Witch'. Screening Januari 2011. Tapi! Kepada para Nuffnagers sekalian, kita ada peluang untuk tengok movie ni sehari awal tau.. 5 Jan. Tapi! Ada tapi lagi ni.. pada siapa yang nak pergi tengok beramai- ramai kenalah buat 1 blog post. Ceritakan apa yang paling menakutkan tentang witches a.k.a ahli sihir.


Sebenarnya, hanya dengar orang sebut ahli sihir je pun dah boleh buat meremang bulu roma! Mana tak nya, sebelum ni cerita pasal ahli sihir semua seram- seram. Kecuali dalam kartun la kan.. Dengan penyapu terbang, boiling pot isi dalam warna hijau menggelegak, muka hodoh, hidung tajam, jerawat batu, gigi tajam.. eh gigi tajam macam watak vampire je?



kalau muka dia mesti macam ni, lepas tu ada jerawat yang hodoh

eeeeuwwww~


Sangat takut tahu tak kalau betul- betul jumpa dengan ahli sihir. Memang terkenal dengan sifat busuk hati, panas baran dan suka buat eksperimen! Cuba bayangkan kalau kita tersalah sikit mesti kena sumpah. Untung- untung dapat jadi  katak, jumpa putera raja minta cium. Kalau kena sumpah jadi batu?!

lepas tu rumah dia mesti nak dok jauhhhhhhh dari rumah orang lain!
dan.... pelik~
oh! dan... seram~ petir pun mesti ada~





 
Tapi yang paling saya takut kalau jadi tawanan ahli sihir!  

Bayangkan kena layan menu dia yang pelik- pelik..... wekkkk!! jom tengok contoh

"okay! today nenek masak spesel~ nasik cacing dengan mata Pak Mat Tempe.. untung la kau Beebot, sebab pagi tadi nenek terserempak dengan Pak Mat tengah ngendap nenek.. terus jadi lauk untuk lunch.. wahahahaha!"

\/
bluekkkk!
/\



 


"minuman spesel ni adalah katak dara dengan telur katak tadi nenek jumpa kat kolam lumut kat belakang tadi lepas ketuk Pak Mat sampai pengsan dengan martol... eh, ade float lagi tu~ wahahahaha!"

\/
bluekkkk!
/\




Harap sangat dalam dunia nyata ni takda ahli sihir!

Nasib kita memang baik sebab bukan semua ahli sihir tu jahat!


kalau nak ada ahli sihir pun biar semua macam Harry Porter~
^-^








Saturday, December 18, 2010

weirdo.. eh! am i?

hai there! haa!! finally got time to feed this hungry blog. i've been very busy lately. plus have to look after my mom. she suffered from stroke two weeks ago. T_T

hey! this is weird~ why am i writing in english? my english is bad and rusty and and broken and and and~ hohoho actually there is one kakak wrote a blog post tell all the blogger out there to write in english, so that she can read and correct the errors. her name is SUE ANNA JOE hah! read this> CLICK CLICK   


i cant remember when was the last time i wrote in english. uh, final semester exam maybe... and that was 3 years ago? ah! no wonder my english soooooo bad, demme!

how to master english? ya, speaking and writing and watching and listening.. i understand english when  watching CSI and listening to Fly FM.. dont have to read subtitle... but when i have to speak and write... nah.. fail... i know practice makes perfect, but all the people around me speak in malay. so how?

so, i pick up a new hobby. reading. a'ah, reading... CLICK HERE

   so i think i've improve my english.. a bit.. well still struggling when it comes to speaking hoho.. no worries, still got 7 books waiting on the shelf!! and more to come!

i dont want to be a 'banana'  eh, kalau malay speaking english berabuk we dont call them banana kot? oh, whatever.....   


[a very short update on my mission....... : i lost 3 kg! hahaha! and next year i will be taking swimming classes (really hope that i can float  -_-'   ) so once i know how to swim i can go participate the next Amazing Race Asia! hope that i dont have to do bunjee jumping lol, who want to be my partner?]



Friday, December 3, 2010

SEBAB TU LA SAYA TAK JADI NURSE!

Beberapa minggu yang lepas, orang telah berpengalaman pahit dan manis menjaga emak di hospital. <-- ayat nak hebat je~ Mak duduk dekat hospital ada la 3 minggu. Ingat nak menetap kat sana je huhu...

Macam- macam karenah pesakit ada, ahli keluarga pun tak nak kalah jadi sama- sama buat karenah menjengkelkan. Nasib la dapat 1 wad dengan mangkok tu semua.. hmm.. Dalam melayan perasaan rimas, tiba- tiba terfikir pasal nurse. Ye la, walaupun terpaksa melayan perangai pesakit/ ahli keluarga takda pulak dia orang marah ke tarik muka ke apa. Walau apapun dia orang kena buat. Ini menguatkan lagi kata hati 'sebab tu la aku tak layak jadi nurse woh!'.

Meh orang senaraikan kenapa orang tak hendak jadi nurse..

- Sebab orang ni cepat naik hangin. Malas la nak layan perangai sorang sorang pesakit kat hospital! Sakit mental dibuatnya nanti!

- Lepas tu kena pulak kerja shift malam. Apa nurse ni tak ngantuk ke? Apa nurse ni tak tahu ke hospital tu tempat yang seram? Malam apatah lagi meremang bulu roma?

- Gila la malam- malam sejuk macam duduk dekat peti ais. Oh mungkin boleh tumpang simpan sayur- sayuran, jadikan hospital peti ais gergasi! Whoaaa!

- Bau ubat je dah buat orang rasa sakit! blerghhhh~

- Memang takda bakat merawat orang lain. Dulu masa kecik- kecik pernah terpijak lebah lantas disengat <-- tengok ni ayat nak hebat lagi!   perkara pertama yang orang buat adalah penyekkan lebah dengan selipar. Bukan ke sepatutnya perkara pertama adalah menangis?  pergi dekat bapak mengadu? pergi dapatkan rawatan segera?

hmm.. ntah la.. respect sangat dekat nurse semua. Korang memang hebat! Terima kasih.. Special thanks kepada nurses Hospital Putrajaya dan Pusrawi KL. Okay la, Hospital Serdang sekali....