Wednesday, October 13, 2010

TEMUDUGA: UNTUK KE SEKIAN KALINYA

Ha! untuk ke sekian kalinya ber-temuduga-an. Kali keempat rasanya ni. Pertama kali interview dengan MARA dapat la jadi kerani (bengang gila dengan orang yang buat teka- teki "kera apa yang pandai menaip" KORANG JANGAN JAWAB!!) Alhamdulillah, walaupun ada diploma jangan pilih kerja. Ambil je peluang yang ada.. huhuhu interview kali kedua masa tu untuk gred F29 hahaha masa ni apa yang study dulu ada yang dah lupa, jadi selamat tinggal la. Ketiga masa tu untuk gred E27, haaaa tak dapat pun.. mungkin masa ni pengalaman tu tak cukup lagi, jawab soalan pun macam hape je hahaha!!



DAN! Kali keempat adalah semalam!! Gred E27 lagi. Fuh, okay saya cerita sikit. Roughly je sudah.




Macam biasa, dari Dengkil ke KTM Nilai. Hah, mesti ramai yang kata 'bapak jauh, napa kau tak naik ERL?' ataupun 'gila la kau, pergi KTM Serdang kan boleh?'. Apa- apa je lah, suko ati den la. Hohkay, jadi park kereta kat sana, beli tiket dan.... tunggu la keretapi nya sampai sampai mengantuk~ T__T



 
Turun kat KTM Bank Negara. Kalau kerja kat Bank Negara syok jugak! hmmm... BEEB, FOKUS!! Tahu tak sejam setengah tau baru sampai! Naik koc wanita yang tiba- tiba ada lelaki pulak, perasan cantik la tu. Okay, okay... jalan kaki dari situ ke Medan MARA. Huh, interview punya pasal lenguh kaki pun tak kisah kan..


Sampai dekat Medan MARA pukul 9, lambat setengah jam okay~ tapi..... nasib baik tak ramai orang, selalunya dah berderet. hohoho!! Soalan yang ditanya boleh tahan la, gigil sikit. gulp.. Tapi memang nak hantar jauh- jauh ke encik? serius? maksud encik serius kerut dahi sampai kedut- kedut? huhui~ ahh bolehla! Lepas tu, tanya itu ini dan habis. Agak cepat agaknya habis interview tu. 15 minit. Perjalanan ke sana 1 jam 30 minit. Tunggu turn,1 jam. heh biasa la tu, gila nak interview lama- lama nanti pengsan pulok!




Jadi, untuk kesekian kalinya pergi interview..harapan memang menggunung. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat owh tidak mengapa sob sob T__T cuba lain kali.

GOOD LUCK BEEB!!

Anyway, siapa nak belanja kita tengok konsert PARAMORE? Takda? babai PARAMORE.... T__T
Masih belum terlambat untuk korang belanja saya tengok konsert inih.. Okay saya tunggu ni...
Takda jugak? Serius?

No comments:

Post a Comment