Friday, January 28, 2011

MAJLIS PERPISAHAN BEEBOT.. T-T

Tajuk kat atas tu pun dah bunyi sedih semacam. Memang susah nak terima hakikat yang kitorang kena berpisah. Eh! Tapi sebenarnya ni bukan cerita sedih semata.. Sebab cerita sedih ni jugak adalah cerita gembira buat Beebot.

Haaa.. ingat lagi tak Beebot ada pergi interview tahun lepas?
nah baca balik semula > TEMUDUGA: UNTUK KE SEKIAN KALINYA

YEAAAH!!!

Temuduga tu berhasil!! Alhamdulillah..  Walaupun dapat tahu nak kena tukar tu hanya seminggu walaupun kelamkabut nak kena kemas barang- barang walaupun sedih nak tinggalkan kawan- kawan.. Tapi nak terima kasih kat semua sebab buat majlis perpisahan.


Selain daripada Beebot ada lagi 2 orang kena tukar ke tempat lain.. naik pangkat u'ols~

ini Alia... kena pindah ke Perak woh!
Tahniah ey, and good luck~ ;D

ni pulop Ain.. kalau dah dapat mic memang tak hengat nak benti berucap hehe
eh dia pindah kat Mara HQ sama macam Beebot, tapi lain bahagian.
Tahniah Ain ;D


Ni plak si Beebot tengah tunggu turn nak berucap.. hahaha pucat dah ni


wah... skip gambar berucap tahu tak!! hahaha berucap pun tak sampai seminit hehe
malu saya :P

Yang bagi hadiah tu Pengarah Mara Negeri Selangor. Seminggu kitorang pindah, dia pun ikut pindah sama haha good luck jugak la untuk Encik Lan..


Family picture kitorang yang terakhir. Kak Sal takda pulak.. cuti bersalin. En Shah pun kena pindah pergi HQ.. Weh semua nak pindah ni? haishh....

sweet nye bagi hadiah novel huhuhu terharu I~
(Sophie Kinsella's Twenties Girl siyes best!!)
+
manis nye bagi hadiah perfume Body Shop rasa bau vanila
=
Tenkiu kawan- kawan dari PMD Sepang

____________________________

mug dapat masa majlis perpisahan kat Mara Negeri Selangor
+
gelas Ikea dapat sebab haritu tak pergi Family Day
=
Tenkiu kawan- kawan kat PMN Selangor

____________________________

Gelang tangan pink~ Tenkiu Cik Huraizah, PMD Klang :D



So kat sini nak ucapkan terima kasih banyak- banyak kat semua orang.. Maafkan semua kesalahan orang ey, kalau ada terkasar bahasa, tertinggi suara, ter'moody' pulak ke.. Terima kasih sebab bagi hadiah perpisahan. 'Sebetulnya, hadiah yang sebenarnya adalah persahabatan dan kenangan kita bersama, yang lain tu adalah cenderahati yang sangat sweet'

Luv u all!!!

DAPAT TENGOK WAYANG FREE! TQ NUFFNANG!!

WAH!! Ingat tak tahun lepas Beebot ada buat entry pasal 'Season of the witch'?
eh meh baca lagi sekali > KLIK SINI

Dah baca? Ok, pastu nak bagi tahu.. YEAH! DAPAT TIKET WAYANG FREE!!

yea yeah dapat tengok wayang~ hahaha
org pergi dengan sorang student praktikal kat Mara Sepang, Lea nama dia.
Woh dia suka banget cerita ni.





Sempat ambil gambar tiket je you~



Sebab tak sempat bergambar, jadi balik rumah bergambar dalam bilik je la...










Jadi, nak ucapkan terima kasih banyak- banyak- banyakkkkkk kat Nuffnang yang bagi tiket free.






I HEART NUFFNANG!

DUA ORANG DOBOT KEMBALI KE SEKOLAH!

2 JANUARI 2011

Poji dah daftar masuk Unikl Miat. Diploma Helicopter ke hape ntah.. Belajar rajin- rajin weh. Jangan main- main! Gambar ni ambil masa parents tengah kena briefing oleh kakitangan Unikl. Beebot ngan bapak yang pergi temankan Poji. huhuhu




3 JANUARI 2011

Wahahaha!! Esoknya kena pergi hantar Alan ke sekolah. Manje dobot ni, dah darjah enam pun nak kena teman. Jumpa la cikgu- cikgu I dulu hahaha segan I tahu tak~

Oh masa nyanyi lagu sekolah siap speaker pecah macam dulu- dulu~ hihi opss :D



TAPI!!

ada yang dah berubah! Paling obvious sekali, sekarang sekolah rendah den dah ado padi! hahaha kalau dulu, biakkan lumut hijau.. sekarang dah hebat sikit.. terharu i~


Hebatkan?

Sekarang Dengkil dah ada padi, jom menuai!



OK! KEPADA ADIK- ADIK AKU SI 2 DOBOT! BELAJAR RAJIN- RAJIN, JANGAN NAK MENGULAR SANGAT. TAK YAH NAK COUPLE- COUPLE NI, MEMBAZIR MASA JE TAHU TAK? INGAT MAK BAPAK KAT RUMAH TU.. POJI, RAJIN- RAJIN LA BALIK RUMAH.. 20 MINIT JE KOT MIAT TU DARI RUMAH KAU NI!

Okay, cukup la dengan segala capslock.. tata

DUA RIBU SEBELAS! celebration~

Woh! Kalau dulu tak heran pun.. Duduk depan tv... tak pun tidur je hehe..

Tapi tahun ni sambut tahun baru lain sikit caranya. Org dijemput ke parti buih parti sambutan tahun baru. Memang best! Siap ada 'paper doll' lagi you~ auwww, tak kuase mak



Tenkiu Mas (tudung putih) sebab ajak aku ngan Ain makan- makan. Memang fevret kami pun~ :D



Ain and family huhu..


Mas and family huhu..


Beeb and.... eh tak bawak family eh? hehe! masa ni masing- masing dah mula menggila.
Best.. makanan best! Berapa kali tambah tak ingat la! Haahaha


Lepas tu dapat cabutan bertuah, memang bertuah! 4 kali nombor naik hahaha~



Lepas habis makan, kitorang pergi la Dataran Putrajaya. Konon nak tengok fireworks ah? Nah hambek! Lampu jalan lagi terang dari fireworks nye.. Terima kasih bagi pengalaman tengok bunga api kat Dataran Putrajaya bersama kawan- kawan perut kekenyangan.


Semoga tahun baru ni membawa banyak tuah kepada semuaaaa!! Muahhh.. :D