Sunday, August 21, 2011

EPISOD CEMAS: BUKA PUASA DENGAN EMAK

Petang tadi semua sepert biasa. Duduk ramai-ramai keliling meja, buka tv9 tunggu azan untuk berbuka. Start je azan, segelas air dah habis sekelip mata~ hehe Makan nasi ayam Beebot buat sangat sedap.... 


:D

Selepas beberapa siri suapan dan tegukan air, suapkan emak makan pula (emak kena strok, jadi tangan dah tak boleh nak suap makan sendiri) sambil menonton Sirraaahh~ Amiiiieraahhh~ (sebut macam Bienda sebut selalu tu).. 

Kitorang pun borakla sikit-sikit.. ye la, tengah makan kan?
(mak cakap tak dengar jelas sangat angkara strok itu)

mak: ade schos tak kak bah? (ada sos tak kak bah?)
beebot: tade la... tak sempat.. *burrpp* Alhamdulillah~
..............nom.. nom.. nom..
mak: mak nlak ayanm je (mak nak ayam je)
beebot: owkhay~
..............nom.. nom.. nom..
mak: ... kak bah dah ade bofffn (kak bah dah ade b....?) 
...............

mak: ... kak bah dah ade bofffren (kak bah dah ade boyfriend?) 
beebot: (dup dup dup! Apehal nak cemas sangat aku ni?) eh.... tade~
mak: (angguk-angguk)
beebot: (hohmaigod... cemas.. cemas.. cemas..)


Okay.. tu je cerita cemas~

dan episod cemas ini telah diakhiri dengan tegukan air nenas buatan bapak... memang kaw~


Thursday, August 18, 2011

MERDEKA!!

Sambutan kemerdekaan tahun ni mungkin hambar sebab bertembung dengan hari raya Aidilfitri. hohoho Tapi aku menunjukkan semangat merdeka masa turun dari office masa rehat (selalu disebut sebagai masa lunch pada bulan bukan Ramadhan) tadi.



TADAAA!!





Kami warga MARA tandatangan dan bagi ucapan merdeka kami!! Sweet~ 
Mana aku punya tandatangan?



Letak nama je la.. Nak tandatangan mana muat dah~
Sebenarnya nak tulis "Beeb!! SAYA SAYANG AWAK!! luv NUAZEN~"
tsk..




Kak Odah pun sain juge~ :D
\/
\/
\/
\/

Tade sapa nak snap gambar titew masa sain T-T




APA-APA PUN!! 
Kat rumah pasang bendera jugak~ harharhar




Nampak tak? yang seco'ek atas kereta tu?
Pak, bila kita bapak nak buang besi karat kereta Mo ni?


Eh nampak tak kereta yang pakai tayar wheelbarrow kat bangsal tu? Bapak buat masa musim durian hari tu, kitorang buat jalan-jalan kat kobun kutip durian!! best~

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

19 Ogos 2011

Oleh kerana tak puas hati tulis nama kecik sangat,



jadi aku tulis lagi sekali, sebab diorang dah tambah tempat baru untuk tandatangan...

EH WAIT!!! AKU TAK SAIN JUGAK YANG NI!!!


demme!


Wednesday, August 17, 2011

HENTIKAN TANGISAN DI HARI RAYA

Baru tadi tengok berita kat tv 9. Kisah menyayat hati 9 warga Indonesia yang dalam perjalanan balik kampung. Kesemua mereka maut dalam kemalangan. Pasal kabus tebal, jadi kenderaan yang dipandu tak dapat dikawal dan langgar lori sayur. 

Can you imagine? Cari rezeki jauh-jauh, sanggup tempuh perjalanan yang makan masa 14 jam semata-mata nak balik berhari raya dengan keluarga tercinta. Nak beli baju raya adik-adik. Nak bagi belanja pada mak bapak kat kampung. Lepas rindu pada isteri/ suami anak-anak. Nak jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Then suddenly.......~ Innalillah..

Okay, mungkin ini semua ketentuan Ilahi. Ajal maut di tangan Tuhan. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Okay pasrah.. 

Tapi kalau nahas yang kita cari sendiri? main mercun pandu laju rempit solo merempit berjemaah  main api tak padam pelita sampai terbakar rumah tak switch off iron lepas gosok baju raya



Fikir sendiri raya yang macam mana korang nak. Jangan raya kat hospital sudah (kecuali orang yang memang sakit terpaksa redha sambut raya dekat wad). Sambutan raya jangan berlebih-lebih sampai membazir~



KENAPA AKU SUKA MEMBEBEL SEKARANG NI? AKU CONFIUS LA..

Monday, August 15, 2011

KEMBALIKAN AKU KE WAKTU ITU

Pernah terfikir.. Kenapa aku buat pilihan macam tu dulu? Kenapa aku pilih jalan yang itu? Kenapa aku ambil kelas aliran sains sedangkan aku giler jiwang patut ambil kelas sastera boleh buat lagu puitis dan karangan yang akhirnya boleh dijadikan buku teks budak tingkatan 5? Kenapa dulu cikgu tanya cita-cita aku, aku jawab nak jadi DOKTOR sedangkan Biologi Kimia Fizik score 6C? (weh hebat apa 6C, aku ingat aku fail) Kenapa aku kawan dengan kawan aku dulu? Kenapa aku gelakkan (dalam hati) orang yang nak jadi cikgu sedangkan cikgu aku kan CIKGU? Mulia kerja tu~ Kenapa aku gedik kat sekolah? <eh yang ni...... ah biar la.. Kenapa aku cakap aku gedik sedangkan aku sepatutnya diamkan saja perkara tu? ohhhh... demme!

Kenapa dulu aku pilih nak belajar kat International Islamic College (IIC) sedangkan kolej lain kan ada? Kenapa aku ambil jurusan Komputer Sains lepas tu aku kejadahnye tak tau nak buat programming lepas grad? Kenapa aku pilih nak keluar dari hostel dan menyewa lepas tu kena pindah randah macam nomad? Kenapa subjek Java Programming aku dapat C sedangkan aku keturunan Java?Kenapa kau tak ambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak ataupun Business Studies? Kenapa aku pilih nak praktikal dekat MARA kan best kalau dapat kat Istana Budaya macam Dila ngan Eza Zaza?

kenapa aku makan banyak dari kecik? kan sekarang dah dobot~ Apa yang buat kau tinggi dan gemok? mesti sebab koko crunch~  

Kenapa kau buang masa pakai internet? Diari kan lagi senang? Boleh lukis orang lidi..

________________________________________________________________
[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

Pernah tak korang persoalkan apa yang korang dah buat selama ni? Pernah tak "daymm! kenapa aku beli baju raya semalam, kan hari ni Sogo sale gila babeng?" Semua orang pernah rasa macam tu. Semua orang pernah salahkan diri sendiri atas kebodohan ketara yang paling jelas. Semua orang pernah memalukan diri sendiri depan orang ramai dan menyesal. 

Tapi pernah kau fikir macamana kau boleh jadi macam ni? Apa yang kau buat dulu menjadikan kau yang sekarang. 

Kalau dulu aku ambil kelas sastera mungkin sekarang power cermin mata aku dua kali ganda dari yang sekarang. Untung la dulu aku cakap nak jadi doktor, kalau aku cakap nak jadi angkasawan kan dah macam sangat tak sedar diri? Tapi gelakkan profession perguruan memang bodoh! Kalau aku tak jadi budak gedik dulu, mesti sekarang aku lagi gedik.. Untung sekarang aku dah bosan gedik~ 

Untung dulu aku masuk IIC sebab kalau tunggu Universiti memang tak ah, tak layak T-T  ...  Kalau dulu aku ambil Pendidikan Awal Kanak-kanak, mungkin aku yang dididik oleh kanak-kanak T-T

Dan kalau semua dulu tu tak jadi, mungkin aku terlepas untuk jumpa kawan-kawan yang cool neh.. sobs T-T

Muni (kiri), Ain my bebeh! (tengah), Beebot (comel)


Girls dari kelas 5 Bestari!!

4 Bestari, student lelaki ada 3 je? aku lupe~ T-T

Kerol kawen! Kita sebok kat katil dia hahaha


Muar trip


KONVO!!! sweet moment~


Sorry about 'NERD!!' caption, tapi ni la kali pertama nerd
 berkumpul beramai-ramai di luar kelas~


Kalau dulu tak praktikal kat MARA mesti aku tak jumpa diorang ni!! 
MARA Klang + MARA Sepang= Family Day 2011
Ape pakcik, saya tak dapat makan burger goreng fofuler pakcik!



Saya suka apa yang saya buat dulu!


Apa Pulak Lagi: Kelakar kan? Perkara yang dulu kita rasa sangat susah nak terima dan kadang-kadang jadi kenangan pahit, lama-lama perkara tu jadi kenangan termanis kita :D
(kan aku dah cakap, aku sesuai masuk kelas sastera)


dan aku masih melukis orang lidi sampai sekarang

Saturday, August 13, 2011

JANGAN TERLALU DIGITAL PEEPS

Entry separuh kecewa kerana tahun lepas tak dapat kad raya. Tahun ni pun rasa macam tak dapat gak... sobs~ Pos kad raya dah tak cool eh kawan-kawan? Mentang-mentang la dah ada emel, friendster, myspace, FACEBOOK~

Tadi berbuka ayam masak kicap and < fuyoo AND~ dan kacang kude bapak goreng memang sedap.. Ini memang tiada kaitan dengan kad raya... NEXT!

Cuba cerita berapa keping kad raya korang dapat tahun lepas? Dua tahun lepas? Tiga tahun lepas? Empat.... okay bezakan jumlah kad yang korang terima setiap tahun. Ke korang memang tak pernah dapat kad raya?? heh..

Jadi, berbalik kepada kad raya yang saya terima.. Tahun lepas memang takda, 2 tahun lepas dalam errr 4 keping.. Tahun sebelumnya banyak lagi dari tu. 

BOLEH TAK? KALAU SAYA NAK KAD RAYA?

BOLEH LA~

Kirim la kad raya pada saya~

Friday, August 12, 2011

SEDIH RAYA AKU~









JANGAN NAK MENGADA... DAH TINGGAL SERUMAH NGAN MAK BAPAK PON NAK TUJU LAGU SEDEH-SEDEH.. SAJE LA TU NAK KACAU JIWA ORANG YANG TAK DAPAT BALIK KAMPUNG!



HAHAHAHA!!!



tak baik kau~






abang NUAZEN dengan eh... kawan dia nyanyi baru best

tahun ni nak hantar kad raya la, asyik post ucapan kat wall fb je... weeeee~ 











Sunday, August 7, 2011

SIMPLE BERGEDIL... yummey~

Assalamualaikum.. eceh, bulan puasa kan~

Meh sini nak kongsi resipi bergedil yang simple tak hengat. Masa Ramadhan memang wajib buat bergedil sebab.... ntah la.. sebab memang kena buat kalau tak, tak best~

Okay mari mulakan dengan bahan-bahan dulu..


kentang

ade ke dia pergi timbang ikut ayam potong punya coding? penjahat timbang!
ish ish ish... takpa la, puasa ni sabo je la.. kentang potong macam ni tau




bawang merah dan putih

bawang merah bawang putih, jangan gaduh.. puasa ni


 selalunya orang lain letak daging atau ayam dalam bergedil dorang, tapi sebab bapak beebot tak makan kalau letak haiwan tu dalam bergedil jadi letak la haiwan kesukaan bapak iaitu udang kering

dapat x? okay, beebot sila listkan bebetol~

BAHAN-BAHAN
  • 7 biji kentang
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • udang kering sesedap rasa
  • 1 biji telur
  • garam
CARA MEMBUAT
  1. Kupas kentang, bersihkan dan potong seperti gambar di atas sana. Gorengkan sampai lembut. (Sesetengah orang akan rebus kentang ni, tapi kalau rebus nanti bergedil jadi lembik dan susah nak goreng.. duh)
  2. Kupas bawang besar, bawang putih dan goreng sehingga layu.. wanginya..
  3. Gorengkan udang kering, jangan terlalu garing. Cukup sekadar menaikkan bau udang kering tersebut.
  4. Tumbuk semua bahan tersebut ikut citarasa sendiri. Kalau beebot, kentang tu jangan sampai lumat. Bawang tu pun sama.
  5. Dah tumbuk semua tu, gaulkan dengan garam, gaulkan la semua sekali sampai sebati.
  6. Okay, biarkan adunan tadi sejuk. (Kalau korang terus goreng masa kentang tu masih panas, nanti dalam kuali kentang tu pecah dan berminyak.. ingat~)
  7. Dah sejuk, bulatkan adunan tadi. Pecahkan telur, kacaukan.
  8. Panaskan minyak, adunan yang dah bulatkan tadi celup dalam telur dan goreng. (Jangan goreng lama sebab basically semua ramuan tadi dah masak, hanya nak pastikan telur tu garing sikit)
  9. Siap!!!!








Sebenarnya kena letak lada hitam sikit tau.. kan dah kena sound dengan bapak~ tsk.. 

Selamat mencuba!! :D


Monday, August 1, 2011

lelaki TAK/ TIDAK/ MEMANG TAK AH ... suka shawl serabut

Aku ada baca satu entry ni dari blog tekantekantakdapat tekantekanpapankekunci. Dia tak puas hati bila baca magazine, ada sorang mamat kata 'Gurlz nampak selekeh bila PAKAI SHAWL' Sebenarnya aku setuju dengan dak mamat tu..




Okay, okay tenang semua peminat serabut shawl serabut. Apa yang dimaksudkan dengan nampak selekeh bila pakai shawl tu apabila shawl dipakai dengan sebegini rupa


sori Ayunar, style ni mmg x leh blah

ni....

Rasanya pelopor gaya serabut ni adalah Hana Tajima, mungkin jugak Yuna sikit-sikit..




Ada yang panggil tudung/ shawl ala serabut, ada yang nampak okay ada yang tak. 

Aku memang kolot, pakai tudung bawal pun senget lagi.. Hana Tajima memang cun,Gaya dia memang sesuai dengan dia. Not too crowded dengan aksesori yang macam gelabah sampai mak tengok pun cemas. Tapi yang cuba nak bergaya macam dia, ada yang end up macam pembalut gula-gula yang dah kena keronyok campak dalam lecak..  



this one sweet la~



Yang penting jangan jadi Dato Siti sudah




Kalau gaya tudung saji, Johan pun surrender kowt Dato~




OK LA... AYUNAR la cantik~
bila headband kejadahnye tu takda, ok la kan

go for simplicity.. eh ni bukan promote SimplySiti eh...

apa lagi ntah: raya nanti pakai berpada-pada sikit, kang tak memasal kepala kena ragut. Sebab banyak aksesori atas kepala.