Monday, October 4, 2010

SANTAPAN DAN LANTAKAN

Sempena menyambut hari raya Aidilfitri yang ke- 23, Aimi jemput ke Raya Hi-Tea kat rumahnya. Jadi lebih senang disebut sebagai makan- makan. Majlis makan- makan ni mula pukul 3 petang. Saya dan seorang lagi kawan, Manisah nama dia rancang nak pergi sama- sama. Mengikut perancangan sepatutnya bertolak jam 2.30 petang.... ala Sunway tu bukan jauh mana. Tapi sebab Manisah adalah seorang pengurus ladang yang sangat dedikasi dan bekerja di hari Sabtu yang indah, waktu berubah kepada 2.45. Tapi oleh sebab Beeb yang duduk rumah tak buat apa asyik surf internet pukul 2.30 baru nak mandi, waktu yang muktamad kami bertolak adalah 3 petang.

Pergi ambil Manisah kat rumah dia, dan terus menuju ke Sunway wuhuu!! Perjalanan sampai tol Puchong memang okay dan menggembirakan hati! Tapi bila sampai tol kedua, mangai~ Memang banyak kenderaan tak hengat. Dekat situ je dah habis lebih setengah jam!! Demme! Perut sangat lapar sebab tak makan tengahari, bajet nak makan banyak- banyak dekat rumah Aimi. Rasakan, asid dalam perut dah mengamuk! ala Sunway tu bukan jauh mana~ T___T

Akhirnya, sampai jugak rumah Aimi. Manisah and I, ceh... Manisah dan saya dah rancang nak skip appertizer dan terus ke main course! Lepas salam- salam, duduk jap.. Lepas tu serang!! Memang tak hirau appertizer hahahaha!!! Kerana lapar jadi takda la sempat nak bergambar, tapi Aimi ada ambil satu gambar. Satu je.

Lepas dok berborak lama, kami pun minta diri nak balik. Woh!! Aimi siap bungkuskan makanan lagi! Ni la penganjur majlis makan- makan yang paling hebat!!! Oleh kerana tak sempat ambil gambar masa dekat rumah Aimi, jadi saya buat food review di rumah sendiri. Jom!


Food reviewer: beebot

DESSERTS
hehehe memang desserts lebih menjadi pilihan di mana- mana majlis pun.



These mouthwatering cuppies, Aimi sendiri bikin... hoh






Dalam 3 jenis tu, I suka yang ini!


Ni mungkin saje perasa strawberry... (tau makan je) Sedap!!





Ni pulak adalah puding.. puding kan?


Anggap je la ini puding. Dan ini puding jagung. Tapi puding soya yang makan kat rumah Aimi dah jadi fevret I.. No offense ye puding jagung~



DAN!

Nasik Himpit Goreng!
Ya Allah, rupanya sedap nasik himpit ni.
Masa dekat rumah Aimi tak makan ini sebab tak tahu ini nasik himpit.




Ye, nampak je macam oily.. Sebenarnya tak lah....





...............

Betul, tak oily, cuba tengok gambar kat bawah ni


Tak oily kan? Okay tamat sudah food review bersama beebot.



Review tanpa gambar, oleh beeb.

Masa kat sana makan mi kari. Sedap yaw.
Cuppies coklat. Sedap.
Ribena. Sedap. (Kellasss kau Aimi, hidang ribena masa raya)
Puding soya. Sedap. Sedap. Sedap.
Teh perasa...... aaaaa..... lupa. Sedap bau.

Memang sedap banget.

Terima Kasih Atas Jemputan!! Tahun depan buat lagi.

No comments:

Post a Comment