Friday, October 1, 2010

"DiGi iPhone 4 Life"

Mempunyai keluarga yang memahami dan dikelilingi kawan- kawan yang sangat disenangi memang merupakan anugerah yang tak terhingga dalam dunia ni. Kalau dapat bergembira bersama keluarga dan kawan- kawan memang seronok. Mandi manda bersama di air terjun, menonton wayang, window shopping dan ber- BBQ. Ahhh seronoknya.



Tapi, apa kita nak buat kalau duduk berjauhan dengan keluarga? Macam mana kalau kawan- kawan semua sibuk dengan kerja? Bila kita nak pergi mandi air terjun? Tonton wayang? BBQ semua tu bila? Takkan kita nak duduk rumah, tengok tv-makan-tidur sahaja? Memang bosan kalau tinggal sendirian bukan? Lagi- lagi pada hujung minggu oh sedih betul.




Tapi, sejak terbaca tentang DIA di sebuah laman web. Jantung saya berdegup dengan kencang! Susah nak bernafas! Orang ramai juga sibuk memperkatakan tentang DIA. Mereka kata DIA hebat! Serba boleh! Malah DIA juga telah menambat hati semua orang di serata dunia! Tidak kira lelaki atau wanita, semua teruja tatkala memandang DIA...




Ish! Siapa DIA? Ini lah DIA!!










 









DiGi iPhone4

Inilah jawapan kepada kegelisahan orang ramai. Memang ramai yang jatuh hati pada pandangan pertama! Bagi saya, ini penawar kepada KESUNYIAN dan KEBOSANAN!

Kalau dekat rumah, tengah syok tengok kartun dengan adik- adik, tiba- tiba datang pula mak nak tengok cerita lain. Aduh.. jadi setiap kali waktu iklan kena tukar- tukar siaran. Tapi dengan DiGi iPhone4 ni, tak payah la nak main tukar- tukar siaran lagi dengan mak. Jeng jeng jeng!!


Apps for moms & dads

Memang aplikasi ni sesuai untuk mak dan bapa yang ada anak- anak yang gila menonton kartun. Boleh tengok Dora The Explorer.. Hmmm agak- agak ada tak Spongebob Squarepants? Okay, mak ambil la remote televisyen tu, tapi mak bagi orang iPhone satu!




Apa? Guna duit sendiri? baikkkkk~ hmmmm...




Lupakan dulu pasal mak dengan remote televisyen tu... huh. Jadi bila da malas nak tukar- tukar siaran, mari kita ke dapur cari makanan. Selalunya kalau kakak ada di rumah, lauk memang seperti tak mahu bagi orang berdiet. Memang akan lupakan segala azam diet, serius!! Memasak bagai chef~ Tapi..... bila dia takda, kena la masak sendiri. Tapi tapi tapi mana tahu masak? Nak masak apa? Macam mana? Guna apa?

Jadi memang kena ada DiGi iPhone4 ni. Kenapa? Sebab... dia ada aplikasi untuk masakan. Nama dia Apps for Cooks! Weh, Jamie Oliver pun ada la! Teringat Naked Chef beliau dulu hehehe tengok cerita masak- masak suka, tapi bila nak masak memang gagal~ T___T



Heh, bukan Jamie Oliver je yang hebat memasak ni. Ada Martha Stewart juga! Dia ni memang serba boleh. Bukan je masak, gubahan boleh, art pun boleh~ Wahh... kalah kakak yang memasak bagai chef tu hahaha


Nah! Siap ada Kitchen Calculator lagi! Tak payah susah- susah nak tukar kilo ke gram ke ounze ke nak tahu satu cawan tu sama dengan berapa sudu ke berapa mililiter ke berapa gallon? kan? Tak payah nak kerut dahi kan? Hah senang~



Lepas tu, siapa kata perlu jadi pengakap baru boleh buat ikatan tali yang betul/ hebat? Eh, iPhone boleh ajar la...... Ni ha! Aplikasi ni nama dia KNOT GUIDE.

Waaa hebat- hebat....




Kalau suka melancong, tapi selalu ada masalah dengan currency (nilai mata wang) kita tak perlu risau dah~ Ye lah, buat apa kita nak pening kepala siap berkerut- kerut dahi fikir pasal ini kalau iPhone boleh tolong kita? Cuba klik link ni > CURRENCY ha, senang- senang je dia boleh tukarkan mata wang yang kita nak.


Banyak lagi yang DiGi iPhone4 boleh tolong kita... Macam- macam, mana taknya... kita boleh download sehingga 250,000 aplikasi ke dalam iPhone kita!!!! Whoaaa! Mesti ada aplikasi yang boleh bagi tahu cara- cara menghalau kelkatu.. hehehe dan sebab itu juga lah saya nakkkkkkk sangat DiGi iPhone4! Kalau ada DiGi iPhone4, semua boleh buat.. betul tak Iman Darwish?





Muhammad Iman Darwish, anak kakak saya. uhh dobot! hahaha


Saya teruja bila DiGi buat peraduan dengan hadiah idaman setiap orang iaitu DiGi iPhone4. Memang best kalau dapat kan? DiGi, saya nak iPhone awak~ Mari saya buat satu pose khas untuk awak....





haaa... memang khas tu. Dan bila saya kata iPhone adalah idaman setiap orang, mungkin saya silap. Kerana rupa- rupanya SMILEY pun tergila- gilakannya!!! Ouh.... ini memang kegilaan dunia.










Sememangnya saya teringin nak main game Charadium Pro ni.





 
Selain ada aplikasi yang menarik, pelan pascabayar dari DiGi pun hebat!!! Jom klik link ni untuk tahu kehebatannya > iDiGi Postpaid Plans Kan saya dah kata hebat.....





Terima kasih DiGi dan Nuffnang kerana menganjurkan peraduan sebegini. Terima kasih kerana hadiahnya adalah sebiji iPhone. Terima kasih, terima kasih semua!!



DiGi iPhone 4 Life!!



No comments:

Post a Comment