Wednesday, September 29, 2010

"DiGi iPhone 4 Real"




Apa ni? Oh wah! Pelan yang ditawarkan DiGi untuk promosi terbaru mereka. Awak tanya lagi promosi apa? Saya ingat semua orang tahu pasal ni. Gajet yang paling panas di Malaysia tahun ini! Tahu tak? Ouh hmmmm.. meh la saya bagi tahu pada awak. Mula- mula saya tunjuk pada awak gajet yang paling panas tu.








Haaa! Terbeliak mata! Cool bukan? Ini la gajet idaman saya.. Awak nak tahu kenapa saya suka gajet ni? Cuba baca entri saya sebelum ini iaitu DiGi iPhone 4 Me dan DiGi iPhone 4 Play.



Dah baca? Saya yakin sangat- sangat, awak mesti nak satu. Saya pun!! Sebab tu la, saya semak pelan dari DiGi ni. Nama pelan ni adalah iDiGi Postpaid Plans 
Sebab awak pun berminat, jadi saya ajak awak semak pelan ni sama- sama lah! JOM!!


Jadi, pelan ni ada 3 pilihan. Yang pertama iDiGi 88. Kedua iDiGi 138. Dan lagi satu iDiGi 238. Apa istimewanya pelan-pelan ni? Ha.. ni yang saya tengah tengok ni.

Okay, mulakan dengan pelan no 1: iDiGi 88

Yuran bulanan after billing cuma RM58 sahaja?! Wow! Semak lagi, jom!
Monthly FREE Usage? PERCUMA?
Voice: 200 minit!
SMS: 200!
MMS: 20!
Internet: 1GB!

Saya ingat pelan yang ini dah cukup menarik saya. Tapi, lepas semak pelan iDiGi 138...... Mata saya terus terbeliak.. Ye, terbeliak!! Mana taknya, dengan yuran bulanan yang hanya RM88 sebulan (selepas auto billing) kita boleh dapat dengan PERCUMA
Voice: 450 minit!!
SMS: 400!!
MMS: 40!!
Internet: 3GB!!

Saya ingat boleh rehatkan mata yang terbeliak tadi, tapi lepas semak iDiGi 238! Mata terbeliak lagi, mulut pun nak beri reaksi > "OMG OMG OMG!" Ya! Awak dah baca kan pelan tu? Hebat bukan? "OMG OMG OMG!"

Yuran bulanan hanya RM158. RM158! Boleh dapat dengan percuma...

Voice: 1000 minit!!!
SMS: 600!!!
MMS: 60!!!
Internet: 5GB!!!




Waaa bengkak tangan nak SMS. Lepas tu banyak MMS boleh hantar.. ye lah iPhone canggih ada kamera hebat boleh la tunjuk pada kawan- kawan kan? Internet lagi, masa berbual lagi... Biar betul? Betul.. Ini REAL punya! Hanya DiGi iPhone4 dengan iDiGi Postpaid Plans yang memberi kita peluang hebat macam ni?


Apa? Ye! Awak memang betul DiGi iPhone 4 Real!!!!


"DiGi iPhone 4 Play"

Sekarang dah 2 tahun bekerja. Ingatkan masa belajar dulu la masa yang paling stress. Rupa- rupanya aduhai... Bila dah kerja, tiap- tiap hari nak kena bangun awal, lepas tu nak kena memandu sendiri ke tempat kerja. Faham- faham la sekarang ni kan, pemandu lain semua macam tak hiraukan keselamatan orang lain eh? macam mana nak hirau pasal orang lain kalau keselamatan diri sendiri pun mereka tak endah. Tak pakai tali pinggang keledar, tak bagi signal dan macam- macam lagi perangai pemandu sekarang ni! Tension la! Bila dekat tempat kerja, kena layan ragam pelanggan pula. Itu salah la, ini salah la.Salah sikit tak boleh terima. Macam tu lah eh macam ni la e'eh macam tuuu lah. Tsk~ T___T


Kadang- kadang rindu masa belajar dulu. Kalau banyak masalah pun, ada kawan- kawan serumah yang kelakar selalu buat lawak. Lepas tu masing masing beratur ambil giliran main game dari komputer yang sebuah! hahaha rindunya!!!


Sekarang, kalau stress nak bukak komputer pun takda mood. Takda lagi riuh rendah rebut komputer ramai- ramai. Takda lagi 'booo' orang yang main game hanya untuk bagi tekanan supaya dia cepat berhenti main game.


Tapi, buat apa nak tunggu kawan berkumpul ramai- ramai baru nak main game dengan meriah? Hey! Korang belum dengar lagi ke pasal DiGi iPhone4?
Serius? Ish... ni mesti nak kena gebang ni pasal HOT STUFF ni!!





Banyak kelebihan iPhone ni berbanding dengan telefon bimbit yang lain. Dia ada FACETIME yang membolehkan kita buat video call dengan sesiapa sahaja, best sebab ada 2 kamera. Jadi kalau buat video call boleh nampak muka kita dan orang yang satu lagi. Lepas tu banyakkkk lagi dia punya features, sila jengah dengan perasaan teruja ke laman web Apple ni!


DAN.... apa yang lebih menarik adalah aplikasi yang satu ni.  Nama dia FUN AND GAMES

Weh! Jom tengok apa yang ada! GILA TERUJA!





Dengan game ni kita boleh rock sakan dan jamming lagu- lagu hits meletup! Eh jangan main- main, game ni ada guitar, drum, bass atau nak hebat lagi vokal dalam mod solo! Walau~ Sekarang lagi senang nak bonding dengan kawan- kawan rockers bila aplikasi ni membenarkan kita bermain secara beramai- ramai melalui bluetooth tanpa wayar. Jadi, pergi panggil mamat- mamat rock kapak buat satu group lepas tu jamming sampai lebam! Woohooo!! Rock on!


Okay lagi lagi lagi!!




Haaaa.. yang ini seronok. Siapa kata Scrabble hanya untuk golongan nerd? hahaha ini memang canggih, hanya dengan menggegarkan iPhone ni kita boleh shuffle dia punya tiles. Lepas tu kalau nak mengeja pulak boleh tarik dan letak (drag and drop) hey senang betul la. Dan lagi, boleh zoom in dan zoom out! Game ni pun boleh main secara berjema'ah. Ramai- ramai la seronok kan? Weeeee~


Lagi lagi lagi!









Wah, aplikasi ni buat kita rasa macam ahli sihir sama macam si Harry Potter yang ada parut kat dahi tu. Cuba main game ni. Mula- mula kita akan dijemput pergi sekolah ahli sihir yang popular tu (Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry). Oh oh dan kita boleh berlatih kita punya spells hanya dengan melukis bentuk- bentuk di udara dengan menggunakan jari kita sambil melukis di atas skrin. Ini menjadikan iPhone anda sebuah Magic Wand yang sebenar! Whoaaa! Lepas dah handal, boleh la cabar kawan- kawan untuk berlawan secara live!! Dan by the way, Hermione Granger sangat comel!!!


Lagiiiii!







Heh? Burung Marah? Apa ni?
Di pendekkan cerita, burung- burung ni marah sebab telurnya selalu dirompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi kita mesti tolong burung itu untuk menghalang musuh untuk mencuri! Game ni memerlukan logik akal dan skill kita mengatur strategi untuk membantu Angry Birds menyerang musuh!


Tak cukup? Nak lagi? Hambek ni!






Cuba main game ni lawan dengan iPhone korang! hahaha susah nak menang ni. Eh kalau give-up dah asyik kalah dengan iPhone, boleh main dengan kawan- kawan yang lain. Cuma hidupkan bluetooth ataupun pakai wi-fi saja. Senangnya! Mesti cuba ini.


Dan saya rasa ini paling menarik!!






Apa yang buat aplikasi ini menarik adalah kerana kita akan melukis satu gambar di atas skrin iPhone kita dan.... kita suruh kawan- kawan kita teka apa yang kita lukiskan tu. Mana datangnya kawan tu? Ya kawan dari sekeliling kita dan juga kawan di seluruh dunia!!! Wow! Hey, dan kita pun boleh teka apa yang mereka lukis.. Jadi kalau kawan- kawan tak dapat teka apa yang kita lukis, maksudnya kita tak pandai melukis ke apa? Jangan risau, Practice Makes Perfect.. Cuba lagi, jangan nangis~ hehehe


Sebenarnya kan, banyak lagi game yang ada pada iPhone. Haaa betul, jangan hanya pandang pada saiz nya yang comel. Dan jangan tak tahu yang iPhone boleh menampung sehingga 250,000 aplikasi. Ye ini memang memang memang benar!


Tak perlu lagi nak gaduh- gaduh dengan kawan kita berebutkan komputer, sebab kita semua boleh bermain bersama SERENTAK!! Cuma dapatkan DiGi iPhone4 dan kita boleh enjoy sama- sama!! Macam- macam game boleh mainkan? Yahoooo~



Dan, sebab itu la saya mahukan DiGi iPhone4!


Saya jerit >>> DiGi iPhone 4 Play!!
Hati saya pula jerit >>> Sila la jadi milik saya!! 









Tuesday, September 28, 2010

"DiGi iPhone 4 Me"

Teknologi menyusahkan? Ye lah! Memang menyusahkan! Tambah lagi menyakitkan hati. Mesti ramai yang tanya, bahagian mana pada teknologi yang menyusahkan saya? Ish....! Sebenarnya teknologi memang membantu manusia memudahkan pergerakan seharian kan? Misalnya, kalau dulu masa belajar di kolej masa lecturer bagi assignment yang berlambak- lambak? Saya kena ada komputer... dan talian internet.... Kenapa? Mestilah sebab nak kena cari maklumat yang diperlukan untuk siapkan kerja yang diberi. Tapi bila buat kerja kadang- kadang perlu buat kajian di luar. Hmmm perlukan kamera untuk menangkap beberapa gambar untuk buat rujukan.... Haih yang ni kena ada kamera, masa belajar dulu kamera digital memang tengah top! Jadi mesti ada kamera digital walaupun hanya kerana assignment. Dan ada pula yang memerlukan saya membuat video ringkas, kalau ada perakam video boleh rekod macam- macam lagi senang nak rujuk kan? Jadi mesti pula mempunyai perakam video! Yang ini pinjam sahaja lah, kalau semua nak beli~ heh kering poket mak bapa kan?

Okay, bila semua maklumat dah ada.. Tiba masa untuk mengadap semula komputer yang awal- awal tadi tu. Menaip, mengadap monitor, menaip, mengadap monitor, menaip...... heh!!! Bosan la! Jom pasang radio. Tengok, kena ada radio. Kalau dengar radio, lagu- lagu yang diputarkan kadang- kadang ada yang bosan sampai boleh tidur. Jadi kena buat muka tebal pinjam MP3 kawan. hmmmm.. tapi memang kena selalu ke kafe siber sebab sebenarnya saya hanya ada komputer, internet takda. Adehhh~ Dugaan.. Jadi sekarang mari kita listkan semua keperluan untuk menyiapkan sebuah assignment.
 


 
komputer + internet + kamera + perakam video + radio + MP3 + kafe siber = SEBUAH ASSIGNMENT.. SEBUAH.. SEBUAH.. BARU SEBUAH SAHAJA!
 


 
APAKAH? ...............Ini ke teknologi- teknologi yang hebat tu? susahh... hua... semput...


Tapi kepada pelajar- pelajar sekarang ni tak perlu risau atau trauma atau fobia ke apa dengan semua yang saya ceritakan tu. Sebab itu pengalaman yang saya lalui lebih kurang 2 atau 3 tahun yang lepas. hahaha cuak.. saya yang cuak T____T masih lagi terasa kepayahan tu semua. Teknologi memang pantas membangun! Tak percaya? Tengok saja buah tangan terbaru dari DiGi ni!


whoooaaaaa!!
 
 
JOM TENGOK KEHEBATAN DIA.. 

Facetime











whoooaaaaa!!

Jadi siapa yang perlukan  "komputer + internet + kamera + perakam video + radio + MP3 + kafe siber= SEBUAH ASSIGNMENT.. SEBUAH.. SEBUAH.. BARU SEBUAH SAHAJA!?"  kamu semua? perlukan ini? Takpa la, kamu semua memang perlukan semua itu. Tapi bila saya hanya memerlukan SEBUAH gajet yang boleh melakukan seeeeemuanya.. mana boleh saya lepaskan peluang ini?  Walaupun pengajian di kolej dah habis, tapi memang wajib dapatkan ini kerana.. SIAPA YANG MAHU ULANG SEMULA PENGALAMAN DULU YANG SANGAT MUAK UNTUK DIULANG SEMULA WALAUPUN DENGAN HANYA INGAT KEMBALI PUN RASA MAHU MUNTAH?!


Tolong jangan kacau saya! Saya mahu kan DiGi iPhone4!


 


Anda nampak sekarang? Sila faham betul- betul.. 
SAYA + DIGI iPHONE4 = SAYA ADA DIGI iPHONE4 MEMANG COOL TAK INGAT SEKARANG BOLEH SENYUM LEBAR- LEBAR LUPAKAN PENGALAMAN YANG MUAK SEKARANG SENYUMMMM!

Ya.. Inilah sebabnya kenapa DiGi iPhone 4 itu perlu berada di tapak tangan saya sekarang.

Saya tidak boleh begini ......  
 sepanjang hidup saya!!


DiGi iPhone 4 Me!!!







Monday, September 20, 2010

TETAMU YANG TIDAK BOLEH DIJEMPUT KE MAJLIS.... 0.o?

Ya Allah.... Kenapa siap ada entry macam gini? Ouh macam ni kisahnya, well sekarangkan musim raya. Jadi ramai yang bercadang nak buat rumah terbuka. [walaupun sampai sekarang belum dapat apa- apa jemputan lagi demme]

Selain daripada menyenaraikan menu wajib hari raya dan juga rekaan layout ruang yang menarik yang bakal menarik perhatian dan menjadi buah mulut jiran tetangga, senarai tetamu yang nak dijemput pun penting~ ouh PENTING!

Dah la.. Mari mulakan..



TETAMU YANG..... JANGAN DI JEMPUT

 
SI PENGHISAP ROKOK/ SMOKER: Ini memang susah la kan. Ye la, kalau sedara mara semua kuat merokok? Jiran- jiran yang buat alasan merokok untuk halau nyamuk? Rakan- rakan yang bajet merokok untuk kuruskan badan eeuwww sooo lame.. okay la.. ada penyelesaian untuk ini. Boleh ajak, of course, no problemo, after all hari raya untuk semua bersuka ria kan~ Sediakan satu ruang khas, nak hebat sikit sediakan satu bilik untuk smoker. haaa!! Jadi kita tak perlu risau smoker akan menjejaskan paru- paru kita dan mencemarkan udara bukan? Lagi hebat kalau letak gambar- gambar inih...







euwwww! mulia lagi gigi haku yang bersepah ni~

Hebat kalau letak artikel tentang bahaya merokok seperti ini

Dan video ini

hahaha
Okay seterusnya...





PENJUAL INSURANS: Hahaha penat kau nak mendengar dia promote





MLM: bukan, MLM bukan MALAM tapi Multi-Level-Marketing. Ini kalau yang tegar masak kau nak dengar dia bercerita pasal itu ini. Siap kalau yang bawa borang untuk masuk ahli memang parah! hahaha ini raya la makcik pakcik






JIRAN DAN ANAK YANG ANNOYING: Kategori ini adalah jiran yang setiap kali datang rumah mesti nak round sampai dapur. Check-it-out setiap inci rumah, buat komen, pastu siap kata perabot- perabot dia lagi hebat rumah nampak luas ada swimming pool la bagai. Tapi kalau korang ni jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri takpa la, jemput la..

Lagi satu jiran yang ada anak yang teramat hyper meropes!!! maksudnya bermain dengan ganas sampai merosakkan rumah! OMG yang ni dah terjadi pada diri sendiri ya ampun sabar je la!



 
ouh sebenarnya banyak lagi. Tapi kan, macam tak best je ada larangan menjemput tetamu ni. Sebab kan hari raya? Hari untuk kita bersuka ria, mintak mak kuih sepotong~ op op op okay tapi kadang- kadang memang ada tetamu yang buat korang menyampah dan menjadi bingung lalu marah e'eh.. Apa yang penting korang kena pandai mengawal tetamu. Sediakan rotan buluh kalau perlu   SELAMAT HARI RAYA, BUAT OPEN HOUSE SILA JEMPUT SAYA SUKA MAKAN

Apa Pulak Lagi: Lepas keluhan hati kerana tiada lemang tahun ini sampai kena beli dekat tepi jalan, akhirnya kitorang buat lemang pada 18hb Sept!! Tapi ketupat dengan oren kajang masih tiada *sigh*


Poji bajet, last- last bapak yang kena jaga api chaiittt~



Dan aktiviti selingan...



LOL! love bullying my youngest brother.. hahaha more to come, next time lah



Friday, September 17, 2010

SAYA MAHU PARAMORE!!

Dulu berkobar- kobar siap join group Paramore (Hidup di Malaysia) Tolong! tapi sekarang dah tiada bajet untuk beli tiket pun. Tu la pasal kenapa Hayley tak beritahu saya awal- awal mahu datang ke Malaysia? Kenapa? Why? Mungkin dia ada beritahu tapi saya yang tak faham bahasa orang putih? Mungkin.. Argghhh tekanan

Kerana hajat ingin ke konsert adalah mustahil ketika ini.... *sob sob* marilah kita layan PARAMORE kecintaan.






DAN LAGI!!!





LAGI LAGI LAGI!!






Ha ambek kau, terlebih sudah.. huhu
Walaupun tak dapat tonton konsert takpa mari kita tatap gambar mereka. Mari bermonolog sendirian~




Dulu sebelum kau popular aku yang ambilkan gambar korang. Dekat tangga pun jadila




Kenapa makin sempit? Hmmm...




Sekarang kau dah tahu bergambar walaupun baru bangun tidur.. Belakang tu bukan papan hitam kelas kita ke? Kau hebat, dalam kelas tidur pun tak kena baling kapur macam aku kena dulu~




Selalu kalau kena 'hari rambut jahat' kau selalu geram sampai gigit baju tidur






Okay, aku tak cakap apa lagi dah..




Masa aku bagitahu mak yang aku nak dye rambut macam kau habis aku kena sebat dengan rotan bulu ayam. Tapi sekarang aku dah insaf..

KAU MEMANG HEBAT!!!



Wednesday, September 15, 2010

RAYA SITU SANA SINI yeehaw



E'eh!! wake up already la, why mata so mengantok? cannot la macam ni.. its raya time.. see my emak is waiting for kulit lembu tumis errr okay~ every year Nenek Mon buat itu dish yang sangat terpedas! tengok emak.....

memang emak tunggu- tunggu... heh.. sambil menunggu my makcik-makcik dan cousins memulakan aktiviti yang dah sebulan ditinggalkan sempena menghormati bulan puasa, BERGOSIP!! rujuk pikca di bawah.


see! see! sempat camwhore sumore? pikca di bawah..


Sudah satu cukup. Kemudian bahagian hari raya yang saya suka....... makan makan!!

Yang colorful inih adalah keropok ikan ye kawan- kawan. Comel~


Haaa!! Yang terbaik ini pula adalah apa lagi kalau bukan cornflakes! Apa yang menyebabkan dia dapat thumb up adalah sebab rasanya yang manis manis pedas ouh teringat lagi nih!! TERBAIK
Kali ni beraya ke Sijangkang, Klang adalah pada RAYA KE-3. Ha kenapa raya ketiga selalukan pergi raya kedua? Sebab bapak tak sihat perutnya, puasa sebulan sekali makan siang hari terperanjat terus cirit birrrit~ kesian bapak huhu

 

Sarapan raya kat rumah Mak Usu. Nasik lemak ayam berempah rendang daging yang lazot. Licin kau tinggal tulang hohoho.. Lepas kenyang makan, bertolak ke Sijangkang pula. Kerana lalu Banting setahun sekali, stall mamak cendol sedap dah maju siap buka kedai besar tapi bapak tak nak singgah T-T dah banyak bangunan baru tapi pejabat daerah masih dengan cat yang menggelupasnya P/s: pejabat daerah Sepang dah cantik ouh woot!! woot!!

Kerana bapak yang memandu jadi telinga redha dengan Klasik Nasional.. pengajarannya tahun depan offer diri untuk memandu ya! Sijangkang kami datang!!


Buah dokong Muar nama dia siap letak dalam balang kau~ Ni dekat rumak embah Kelenteng tak tahu la tu nick name ke hape. Embah kata aku dah kurus OMG! mana embah tahu? saya dah boleh pakai saiz L! *sob sob* i luv u la!



Ini memang aktiviti paling favourite bapak selain daripada panjat pokok petai. Buat rokok gulung P/s: merokok walau dengan apa pun bahannya atau cara membuatnya adalah dapat merosakkan sistem tubuh badan anda DAN ORANG DI SEKELILING! Tapi bapak memang cool..


Rumah kedua hidang jeruk mangga dan betik. Ini memang rare  hahaha


Oleh kerana kecintaan kepada kekacang, jadi bagi kekacang itu thumb up!! Enak temen loh~
Seterusnya ke rumah bapak punya kakak.. Laman dia nyaman.. Poji, adik saya kata "ni lah baru bau kampung yang sebenar~" ahh apa- apa jelah. Check ini out!


Nyaman tu nyaman juga la, tapi gambar seterusnya ni memang buat hangat hati!








"FAZLAN KO BUKAK KASOT RAYA AKU TU SEKARANGGGG!!




Ahhh nyaman balik....





WTFish? "FAUZI KO BUKAK SELIPAR ROXY AKU TU SEKARANGGGGG!! perlu ke nyatakan roxy tu hahaha demme semua nak pakai aku punya~ ahhhhh tidur dulu la zzzzzz


Aktiviti petang tu disambung dengan bermain pass- pass bola sepak.




Kau sepak ke mana? Aduhhhh~


im bringing sexy back~ yeah!!


Nyaman kembali.. kembali.. Jom la kita balik pak~


Korang nampak? 'Awas Bonggol Di Hadapan' dan juga 'Kurangkan Laju'. Ye, bapak tak nampak itu.. jadi lepas balik raya makan macam tak hingat perot pun dah kembong kami terpaksa redha 'gedegang! gedegang!' ouh sadis


Dan oleh kerana tahun ni tak buat lemang, jadi hanya membeli lemang di tepi jalan semasa dalam perjalanan balik ke rumah.


Apa Pulak Lagi: Selepas tradisi raya dipecahkan dengan ketiadaan lemang dan ketupat buatan sendiri, tradisi sekali lagi pecah bederai apabila tahun ini tiada OREN KAJANG. demme