Wednesday, September 15, 2010

RAYA SITU SANA SINI yeehaw



E'eh!! wake up already la, why mata so mengantok? cannot la macam ni.. its raya time.. see my emak is waiting for kulit lembu tumis errr okay~ every year Nenek Mon buat itu dish yang sangat terpedas! tengok emak.....

memang emak tunggu- tunggu... heh.. sambil menunggu my makcik-makcik dan cousins memulakan aktiviti yang dah sebulan ditinggalkan sempena menghormati bulan puasa, BERGOSIP!! rujuk pikca di bawah.


see! see! sempat camwhore sumore? pikca di bawah..


Sudah satu cukup. Kemudian bahagian hari raya yang saya suka....... makan makan!!

Yang colorful inih adalah keropok ikan ye kawan- kawan. Comel~


Haaa!! Yang terbaik ini pula adalah apa lagi kalau bukan cornflakes! Apa yang menyebabkan dia dapat thumb up adalah sebab rasanya yang manis manis pedas ouh teringat lagi nih!! TERBAIK
Kali ni beraya ke Sijangkang, Klang adalah pada RAYA KE-3. Ha kenapa raya ketiga selalukan pergi raya kedua? Sebab bapak tak sihat perutnya, puasa sebulan sekali makan siang hari terperanjat terus cirit birrrit~ kesian bapak huhu

 

Sarapan raya kat rumah Mak Usu. Nasik lemak ayam berempah rendang daging yang lazot. Licin kau tinggal tulang hohoho.. Lepas kenyang makan, bertolak ke Sijangkang pula. Kerana lalu Banting setahun sekali, stall mamak cendol sedap dah maju siap buka kedai besar tapi bapak tak nak singgah T-T dah banyak bangunan baru tapi pejabat daerah masih dengan cat yang menggelupasnya P/s: pejabat daerah Sepang dah cantik ouh woot!! woot!!

Kerana bapak yang memandu jadi telinga redha dengan Klasik Nasional.. pengajarannya tahun depan offer diri untuk memandu ya! Sijangkang kami datang!!


Buah dokong Muar nama dia siap letak dalam balang kau~ Ni dekat rumak embah Kelenteng tak tahu la tu nick name ke hape. Embah kata aku dah kurus OMG! mana embah tahu? saya dah boleh pakai saiz L! *sob sob* i luv u la!



Ini memang aktiviti paling favourite bapak selain daripada panjat pokok petai. Buat rokok gulung P/s: merokok walau dengan apa pun bahannya atau cara membuatnya adalah dapat merosakkan sistem tubuh badan anda DAN ORANG DI SEKELILING! Tapi bapak memang cool..


Rumah kedua hidang jeruk mangga dan betik. Ini memang rare  hahaha


Oleh kerana kecintaan kepada kekacang, jadi bagi kekacang itu thumb up!! Enak temen loh~
Seterusnya ke rumah bapak punya kakak.. Laman dia nyaman.. Poji, adik saya kata "ni lah baru bau kampung yang sebenar~" ahh apa- apa jelah. Check ini out!


Nyaman tu nyaman juga la, tapi gambar seterusnya ni memang buat hangat hati!








"FAZLAN KO BUKAK KASOT RAYA AKU TU SEKARANGGGG!!




Ahhh nyaman balik....





WTFish? "FAUZI KO BUKAK SELIPAR ROXY AKU TU SEKARANGGGGG!! perlu ke nyatakan roxy tu hahaha demme semua nak pakai aku punya~ ahhhhh tidur dulu la zzzzzz


Aktiviti petang tu disambung dengan bermain pass- pass bola sepak.




Kau sepak ke mana? Aduhhhh~


im bringing sexy back~ yeah!!


Nyaman kembali.. kembali.. Jom la kita balik pak~


Korang nampak? 'Awas Bonggol Di Hadapan' dan juga 'Kurangkan Laju'. Ye, bapak tak nampak itu.. jadi lepas balik raya makan macam tak hingat perot pun dah kembong kami terpaksa redha 'gedegang! gedegang!' ouh sadis


Dan oleh kerana tahun ni tak buat lemang, jadi hanya membeli lemang di tepi jalan semasa dalam perjalanan balik ke rumah.


Apa Pulak Lagi: Selepas tradisi raya dipecahkan dengan ketiadaan lemang dan ketupat buatan sendiri, tradisi sekali lagi pecah bederai apabila tahun ini tiada OREN KAJANG. demme

No comments:

Post a Comment