Monday, September 20, 2010

TETAMU YANG TIDAK BOLEH DIJEMPUT KE MAJLIS.... 0.o?

Ya Allah.... Kenapa siap ada entry macam gini? Ouh macam ni kisahnya, well sekarangkan musim raya. Jadi ramai yang bercadang nak buat rumah terbuka. [walaupun sampai sekarang belum dapat apa- apa jemputan lagi demme]

Selain daripada menyenaraikan menu wajib hari raya dan juga rekaan layout ruang yang menarik yang bakal menarik perhatian dan menjadi buah mulut jiran tetangga, senarai tetamu yang nak dijemput pun penting~ ouh PENTING!

Dah la.. Mari mulakan..



TETAMU YANG..... JANGAN DI JEMPUT

 
SI PENGHISAP ROKOK/ SMOKER: Ini memang susah la kan. Ye la, kalau sedara mara semua kuat merokok? Jiran- jiran yang buat alasan merokok untuk halau nyamuk? Rakan- rakan yang bajet merokok untuk kuruskan badan eeuwww sooo lame.. okay la.. ada penyelesaian untuk ini. Boleh ajak, of course, no problemo, after all hari raya untuk semua bersuka ria kan~ Sediakan satu ruang khas, nak hebat sikit sediakan satu bilik untuk smoker. haaa!! Jadi kita tak perlu risau smoker akan menjejaskan paru- paru kita dan mencemarkan udara bukan? Lagi hebat kalau letak gambar- gambar inih...







euwwww! mulia lagi gigi haku yang bersepah ni~

Hebat kalau letak artikel tentang bahaya merokok seperti ini

Dan video ini

hahaha
Okay seterusnya...





PENJUAL INSURANS: Hahaha penat kau nak mendengar dia promote





MLM: bukan, MLM bukan MALAM tapi Multi-Level-Marketing. Ini kalau yang tegar masak kau nak dengar dia bercerita pasal itu ini. Siap kalau yang bawa borang untuk masuk ahli memang parah! hahaha ini raya la makcik pakcik






JIRAN DAN ANAK YANG ANNOYING: Kategori ini adalah jiran yang setiap kali datang rumah mesti nak round sampai dapur. Check-it-out setiap inci rumah, buat komen, pastu siap kata perabot- perabot dia lagi hebat rumah nampak luas ada swimming pool la bagai. Tapi kalau korang ni jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri takpa la, jemput la..

Lagi satu jiran yang ada anak yang teramat hyper meropes!!! maksudnya bermain dengan ganas sampai merosakkan rumah! OMG yang ni dah terjadi pada diri sendiri ya ampun sabar je la!



 
ouh sebenarnya banyak lagi. Tapi kan, macam tak best je ada larangan menjemput tetamu ni. Sebab kan hari raya? Hari untuk kita bersuka ria, mintak mak kuih sepotong~ op op op okay tapi kadang- kadang memang ada tetamu yang buat korang menyampah dan menjadi bingung lalu marah e'eh.. Apa yang penting korang kena pandai mengawal tetamu. Sediakan rotan buluh kalau perlu   SELAMAT HARI RAYA, BUAT OPEN HOUSE SILA JEMPUT SAYA SUKA MAKAN

Apa Pulak Lagi: Lepas keluhan hati kerana tiada lemang tahun ini sampai kena beli dekat tepi jalan, akhirnya kitorang buat lemang pada 18hb Sept!! Tapi ketupat dengan oren kajang masih tiada *sigh*


Poji bajet, last- last bapak yang kena jaga api chaiittt~



Dan aktiviti selingan...



LOL! love bullying my youngest brother.. hahaha more to come, next time lah



No comments:

Post a Comment