Wednesday, September 29, 2010

"DiGi iPhone 4 Play"

Sekarang dah 2 tahun bekerja. Ingatkan masa belajar dulu la masa yang paling stress. Rupa- rupanya aduhai... Bila dah kerja, tiap- tiap hari nak kena bangun awal, lepas tu nak kena memandu sendiri ke tempat kerja. Faham- faham la sekarang ni kan, pemandu lain semua macam tak hiraukan keselamatan orang lain eh? macam mana nak hirau pasal orang lain kalau keselamatan diri sendiri pun mereka tak endah. Tak pakai tali pinggang keledar, tak bagi signal dan macam- macam lagi perangai pemandu sekarang ni! Tension la! Bila dekat tempat kerja, kena layan ragam pelanggan pula. Itu salah la, ini salah la.Salah sikit tak boleh terima. Macam tu lah eh macam ni la e'eh macam tuuu lah. Tsk~ T___T


Kadang- kadang rindu masa belajar dulu. Kalau banyak masalah pun, ada kawan- kawan serumah yang kelakar selalu buat lawak. Lepas tu masing masing beratur ambil giliran main game dari komputer yang sebuah! hahaha rindunya!!!


Sekarang, kalau stress nak bukak komputer pun takda mood. Takda lagi riuh rendah rebut komputer ramai- ramai. Takda lagi 'booo' orang yang main game hanya untuk bagi tekanan supaya dia cepat berhenti main game.


Tapi, buat apa nak tunggu kawan berkumpul ramai- ramai baru nak main game dengan meriah? Hey! Korang belum dengar lagi ke pasal DiGi iPhone4?
Serius? Ish... ni mesti nak kena gebang ni pasal HOT STUFF ni!!





Banyak kelebihan iPhone ni berbanding dengan telefon bimbit yang lain. Dia ada FACETIME yang membolehkan kita buat video call dengan sesiapa sahaja, best sebab ada 2 kamera. Jadi kalau buat video call boleh nampak muka kita dan orang yang satu lagi. Lepas tu banyakkkk lagi dia punya features, sila jengah dengan perasaan teruja ke laman web Apple ni!


DAN.... apa yang lebih menarik adalah aplikasi yang satu ni.  Nama dia FUN AND GAMES

Weh! Jom tengok apa yang ada! GILA TERUJA!





Dengan game ni kita boleh rock sakan dan jamming lagu- lagu hits meletup! Eh jangan main- main, game ni ada guitar, drum, bass atau nak hebat lagi vokal dalam mod solo! Walau~ Sekarang lagi senang nak bonding dengan kawan- kawan rockers bila aplikasi ni membenarkan kita bermain secara beramai- ramai melalui bluetooth tanpa wayar. Jadi, pergi panggil mamat- mamat rock kapak buat satu group lepas tu jamming sampai lebam! Woohooo!! Rock on!


Okay lagi lagi lagi!!




Haaaa.. yang ini seronok. Siapa kata Scrabble hanya untuk golongan nerd? hahaha ini memang canggih, hanya dengan menggegarkan iPhone ni kita boleh shuffle dia punya tiles. Lepas tu kalau nak mengeja pulak boleh tarik dan letak (drag and drop) hey senang betul la. Dan lagi, boleh zoom in dan zoom out! Game ni pun boleh main secara berjema'ah. Ramai- ramai la seronok kan? Weeeee~


Lagi lagi lagi!









Wah, aplikasi ni buat kita rasa macam ahli sihir sama macam si Harry Potter yang ada parut kat dahi tu. Cuba main game ni. Mula- mula kita akan dijemput pergi sekolah ahli sihir yang popular tu (Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry). Oh oh dan kita boleh berlatih kita punya spells hanya dengan melukis bentuk- bentuk di udara dengan menggunakan jari kita sambil melukis di atas skrin. Ini menjadikan iPhone anda sebuah Magic Wand yang sebenar! Whoaaa! Lepas dah handal, boleh la cabar kawan- kawan untuk berlawan secara live!! Dan by the way, Hermione Granger sangat comel!!!


Lagiiiii!







Heh? Burung Marah? Apa ni?
Di pendekkan cerita, burung- burung ni marah sebab telurnya selalu dirompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi kita mesti tolong burung itu untuk menghalang musuh untuk mencuri! Game ni memerlukan logik akal dan skill kita mengatur strategi untuk membantu Angry Birds menyerang musuh!


Tak cukup? Nak lagi? Hambek ni!






Cuba main game ni lawan dengan iPhone korang! hahaha susah nak menang ni. Eh kalau give-up dah asyik kalah dengan iPhone, boleh main dengan kawan- kawan yang lain. Cuma hidupkan bluetooth ataupun pakai wi-fi saja. Senangnya! Mesti cuba ini.


Dan saya rasa ini paling menarik!!






Apa yang buat aplikasi ini menarik adalah kerana kita akan melukis satu gambar di atas skrin iPhone kita dan.... kita suruh kawan- kawan kita teka apa yang kita lukiskan tu. Mana datangnya kawan tu? Ya kawan dari sekeliling kita dan juga kawan di seluruh dunia!!! Wow! Hey, dan kita pun boleh teka apa yang mereka lukis.. Jadi kalau kawan- kawan tak dapat teka apa yang kita lukis, maksudnya kita tak pandai melukis ke apa? Jangan risau, Practice Makes Perfect.. Cuba lagi, jangan nangis~ hehehe


Sebenarnya kan, banyak lagi game yang ada pada iPhone. Haaa betul, jangan hanya pandang pada saiz nya yang comel. Dan jangan tak tahu yang iPhone boleh menampung sehingga 250,000 aplikasi. Ye ini memang memang memang benar!


Tak perlu lagi nak gaduh- gaduh dengan kawan kita berebutkan komputer, sebab kita semua boleh bermain bersama SERENTAK!! Cuma dapatkan DiGi iPhone4 dan kita boleh enjoy sama- sama!! Macam- macam game boleh mainkan? Yahoooo~



Dan, sebab itu la saya mahukan DiGi iPhone4!


Saya jerit >>> DiGi iPhone 4 Play!!
Hati saya pula jerit >>> Sila la jadi milik saya!! 









No comments:

Post a Comment