Sunday, August 7, 2011

SIMPLE BERGEDIL... yummey~

Assalamualaikum.. eceh, bulan puasa kan~

Meh sini nak kongsi resipi bergedil yang simple tak hengat. Masa Ramadhan memang wajib buat bergedil sebab.... ntah la.. sebab memang kena buat kalau tak, tak best~

Okay mari mulakan dengan bahan-bahan dulu..


kentang

ade ke dia pergi timbang ikut ayam potong punya coding? penjahat timbang!
ish ish ish... takpa la, puasa ni sabo je la.. kentang potong macam ni tau




bawang merah dan putih

bawang merah bawang putih, jangan gaduh.. puasa ni


 selalunya orang lain letak daging atau ayam dalam bergedil dorang, tapi sebab bapak beebot tak makan kalau letak haiwan tu dalam bergedil jadi letak la haiwan kesukaan bapak iaitu udang kering

dapat x? okay, beebot sila listkan bebetol~

BAHAN-BAHAN
  • 7 biji kentang
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • udang kering sesedap rasa
  • 1 biji telur
  • garam
CARA MEMBUAT
  1. Kupas kentang, bersihkan dan potong seperti gambar di atas sana. Gorengkan sampai lembut. (Sesetengah orang akan rebus kentang ni, tapi kalau rebus nanti bergedil jadi lembik dan susah nak goreng.. duh)
  2. Kupas bawang besar, bawang putih dan goreng sehingga layu.. wanginya..
  3. Gorengkan udang kering, jangan terlalu garing. Cukup sekadar menaikkan bau udang kering tersebut.
  4. Tumbuk semua bahan tersebut ikut citarasa sendiri. Kalau beebot, kentang tu jangan sampai lumat. Bawang tu pun sama.
  5. Dah tumbuk semua tu, gaulkan dengan garam, gaulkan la semua sekali sampai sebati.
  6. Okay, biarkan adunan tadi sejuk. (Kalau korang terus goreng masa kentang tu masih panas, nanti dalam kuali kentang tu pecah dan berminyak.. ingat~)
  7. Dah sejuk, bulatkan adunan tadi. Pecahkan telur, kacaukan.
  8. Panaskan minyak, adunan yang dah bulatkan tadi celup dalam telur dan goreng. (Jangan goreng lama sebab basically semua ramuan tadi dah masak, hanya nak pastikan telur tu garing sikit)
  9. Siap!!!!








Sebenarnya kena letak lada hitam sikit tau.. kan dah kena sound dengan bapak~ tsk.. 

Selamat mencuba!! :D


No comments:

Post a Comment