Wednesday, August 17, 2011

HENTIKAN TANGISAN DI HARI RAYA

Baru tadi tengok berita kat tv 9. Kisah menyayat hati 9 warga Indonesia yang dalam perjalanan balik kampung. Kesemua mereka maut dalam kemalangan. Pasal kabus tebal, jadi kenderaan yang dipandu tak dapat dikawal dan langgar lori sayur. 

Can you imagine? Cari rezeki jauh-jauh, sanggup tempuh perjalanan yang makan masa 14 jam semata-mata nak balik berhari raya dengan keluarga tercinta. Nak beli baju raya adik-adik. Nak bagi belanja pada mak bapak kat kampung. Lepas rindu pada isteri/ suami anak-anak. Nak jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Then suddenly.......~ Innalillah..

Okay, mungkin ini semua ketentuan Ilahi. Ajal maut di tangan Tuhan. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Okay pasrah.. 

Tapi kalau nahas yang kita cari sendiri? main mercun pandu laju rempit solo merempit berjemaah  main api tak padam pelita sampai terbakar rumah tak switch off iron lepas gosok baju raya



Fikir sendiri raya yang macam mana korang nak. Jangan raya kat hospital sudah (kecuali orang yang memang sakit terpaksa redha sambut raya dekat wad). Sambutan raya jangan berlebih-lebih sampai membazir~



KENAPA AKU SUKA MEMBEBEL SEKARANG NI? AKU CONFIUS LA..

No comments:

Post a Comment