Monday, August 15, 2011

KEMBALIKAN AKU KE WAKTU ITU

Pernah terfikir.. Kenapa aku buat pilihan macam tu dulu? Kenapa aku pilih jalan yang itu? Kenapa aku ambil kelas aliran sains sedangkan aku giler jiwang patut ambil kelas sastera boleh buat lagu puitis dan karangan yang akhirnya boleh dijadikan buku teks budak tingkatan 5? Kenapa dulu cikgu tanya cita-cita aku, aku jawab nak jadi DOKTOR sedangkan Biologi Kimia Fizik score 6C? (weh hebat apa 6C, aku ingat aku fail) Kenapa aku kawan dengan kawan aku dulu? Kenapa aku gelakkan (dalam hati) orang yang nak jadi cikgu sedangkan cikgu aku kan CIKGU? Mulia kerja tu~ Kenapa aku gedik kat sekolah? <eh yang ni...... ah biar la.. Kenapa aku cakap aku gedik sedangkan aku sepatutnya diamkan saja perkara tu? ohhhh... demme!

Kenapa dulu aku pilih nak belajar kat International Islamic College (IIC) sedangkan kolej lain kan ada? Kenapa aku ambil jurusan Komputer Sains lepas tu aku kejadahnye tak tau nak buat programming lepas grad? Kenapa aku pilih nak keluar dari hostel dan menyewa lepas tu kena pindah randah macam nomad? Kenapa subjek Java Programming aku dapat C sedangkan aku keturunan Java?Kenapa kau tak ambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak ataupun Business Studies? Kenapa aku pilih nak praktikal dekat MARA kan best kalau dapat kat Istana Budaya macam Dila ngan Eza Zaza?

kenapa aku makan banyak dari kecik? kan sekarang dah dobot~ Apa yang buat kau tinggi dan gemok? mesti sebab koko crunch~  

Kenapa kau buang masa pakai internet? Diari kan lagi senang? Boleh lukis orang lidi..

________________________________________________________________
[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

Pernah tak korang persoalkan apa yang korang dah buat selama ni? Pernah tak "daymm! kenapa aku beli baju raya semalam, kan hari ni Sogo sale gila babeng?" Semua orang pernah rasa macam tu. Semua orang pernah salahkan diri sendiri atas kebodohan ketara yang paling jelas. Semua orang pernah memalukan diri sendiri depan orang ramai dan menyesal. 

Tapi pernah kau fikir macamana kau boleh jadi macam ni? Apa yang kau buat dulu menjadikan kau yang sekarang. 

Kalau dulu aku ambil kelas sastera mungkin sekarang power cermin mata aku dua kali ganda dari yang sekarang. Untung la dulu aku cakap nak jadi doktor, kalau aku cakap nak jadi angkasawan kan dah macam sangat tak sedar diri? Tapi gelakkan profession perguruan memang bodoh! Kalau aku tak jadi budak gedik dulu, mesti sekarang aku lagi gedik.. Untung sekarang aku dah bosan gedik~ 

Untung dulu aku masuk IIC sebab kalau tunggu Universiti memang tak ah, tak layak T-T  ...  Kalau dulu aku ambil Pendidikan Awal Kanak-kanak, mungkin aku yang dididik oleh kanak-kanak T-T

Dan kalau semua dulu tu tak jadi, mungkin aku terlepas untuk jumpa kawan-kawan yang cool neh.. sobs T-T

Muni (kiri), Ain my bebeh! (tengah), Beebot (comel)


Girls dari kelas 5 Bestari!!

4 Bestari, student lelaki ada 3 je? aku lupe~ T-T

Kerol kawen! Kita sebok kat katil dia hahaha


Muar trip


KONVO!!! sweet moment~


Sorry about 'NERD!!' caption, tapi ni la kali pertama nerd
 berkumpul beramai-ramai di luar kelas~


Kalau dulu tak praktikal kat MARA mesti aku tak jumpa diorang ni!! 
MARA Klang + MARA Sepang= Family Day 2011
Ape pakcik, saya tak dapat makan burger goreng fofuler pakcik!



Saya suka apa yang saya buat dulu!


Apa Pulak Lagi: Kelakar kan? Perkara yang dulu kita rasa sangat susah nak terima dan kadang-kadang jadi kenangan pahit, lama-lama perkara tu jadi kenangan termanis kita :D
(kan aku dah cakap, aku sesuai masuk kelas sastera)


dan aku masih melukis orang lidi sampai sekarang

No comments:

Post a Comment