Friday, December 3, 2010

SEBAB TU LA SAYA TAK JADI NURSE!

Beberapa minggu yang lepas, orang telah berpengalaman pahit dan manis menjaga emak di hospital. <-- ayat nak hebat je~ Mak duduk dekat hospital ada la 3 minggu. Ingat nak menetap kat sana je huhu...

Macam- macam karenah pesakit ada, ahli keluarga pun tak nak kalah jadi sama- sama buat karenah menjengkelkan. Nasib la dapat 1 wad dengan mangkok tu semua.. hmm.. Dalam melayan perasaan rimas, tiba- tiba terfikir pasal nurse. Ye la, walaupun terpaksa melayan perangai pesakit/ ahli keluarga takda pulak dia orang marah ke tarik muka ke apa. Walau apapun dia orang kena buat. Ini menguatkan lagi kata hati 'sebab tu la aku tak layak jadi nurse woh!'.

Meh orang senaraikan kenapa orang tak hendak jadi nurse..

- Sebab orang ni cepat naik hangin. Malas la nak layan perangai sorang sorang pesakit kat hospital! Sakit mental dibuatnya nanti!

- Lepas tu kena pulak kerja shift malam. Apa nurse ni tak ngantuk ke? Apa nurse ni tak tahu ke hospital tu tempat yang seram? Malam apatah lagi meremang bulu roma?

- Gila la malam- malam sejuk macam duduk dekat peti ais. Oh mungkin boleh tumpang simpan sayur- sayuran, jadikan hospital peti ais gergasi! Whoaaa!

- Bau ubat je dah buat orang rasa sakit! blerghhhh~

- Memang takda bakat merawat orang lain. Dulu masa kecik- kecik pernah terpijak lebah lantas disengat <-- tengok ni ayat nak hebat lagi!   perkara pertama yang orang buat adalah penyekkan lebah dengan selipar. Bukan ke sepatutnya perkara pertama adalah menangis?  pergi dekat bapak mengadu? pergi dapatkan rawatan segera?

hmm.. ntah la.. respect sangat dekat nurse semua. Korang memang hebat! Terima kasih.. Special thanks kepada nurses Hospital Putrajaya dan Pusrawi KL. Okay la, Hospital Serdang sekali....

No comments:

Post a Comment