Friday, December 24, 2010

The Season of the Witch is Here

Season of the witch





Hai korang! Ada movie baru nak keluar tahun depan. Aha, yang kat atas tu la poster dia. Tajuk movie ni 'Season of the Witch'. Screening Januari 2011. Tapi! Kepada para Nuffnagers sekalian, kita ada peluang untuk tengok movie ni sehari awal tau.. 5 Jan. Tapi! Ada tapi lagi ni.. pada siapa yang nak pergi tengok beramai- ramai kenalah buat 1 blog post. Ceritakan apa yang paling menakutkan tentang witches a.k.a ahli sihir.


Sebenarnya, hanya dengar orang sebut ahli sihir je pun dah boleh buat meremang bulu roma! Mana tak nya, sebelum ni cerita pasal ahli sihir semua seram- seram. Kecuali dalam kartun la kan.. Dengan penyapu terbang, boiling pot isi dalam warna hijau menggelegak, muka hodoh, hidung tajam, jerawat batu, gigi tajam.. eh gigi tajam macam watak vampire je?



kalau muka dia mesti macam ni, lepas tu ada jerawat yang hodoh

eeeeuwwww~


Sangat takut tahu tak kalau betul- betul jumpa dengan ahli sihir. Memang terkenal dengan sifat busuk hati, panas baran dan suka buat eksperimen! Cuba bayangkan kalau kita tersalah sikit mesti kena sumpah. Untung- untung dapat jadi  katak, jumpa putera raja minta cium. Kalau kena sumpah jadi batu?!

lepas tu rumah dia mesti nak dok jauhhhhhhh dari rumah orang lain!
dan.... pelik~
oh! dan... seram~ petir pun mesti ada~





 
Tapi yang paling saya takut kalau jadi tawanan ahli sihir!  

Bayangkan kena layan menu dia yang pelik- pelik..... wekkkk!! jom tengok contoh

"okay! today nenek masak spesel~ nasik cacing dengan mata Pak Mat Tempe.. untung la kau Beebot, sebab pagi tadi nenek terserempak dengan Pak Mat tengah ngendap nenek.. terus jadi lauk untuk lunch.. wahahahaha!"

\/
bluekkkk!
/\



 


"minuman spesel ni adalah katak dara dengan telur katak tadi nenek jumpa kat kolam lumut kat belakang tadi lepas ketuk Pak Mat sampai pengsan dengan martol... eh, ade float lagi tu~ wahahahaha!"

\/
bluekkkk!
/\




Harap sangat dalam dunia nyata ni takda ahli sihir!

Nasib kita memang baik sebab bukan semua ahli sihir tu jahat!


kalau nak ada ahli sihir pun biar semua macam Harry Porter~
^-^








No comments:

Post a Comment