Friday, October 14, 2011

MY HAPPIEST MOMENT


Pernah tak satu hari, duduk rumah tak ada aktiviti nak buat? Seharian duduk termenung je tak tahu nak buat apa, mundar mandir dari dapur pergi ruang tamu, guling-guling atas katil, last sekali berbual dengan dinding~ Bosan kan? Macam nak muntah je kalau macam tu hihihi

Masa ni la bila buka facebook, friendster, myspace satu notification pun takda. Nak YM kawan semua tak online. Perghhh.. BOSAN!!!!

Pernah suatu hari tu, aku bosan sangat. Jadi rancang dengan kawan-kawan nak keluar sebab asyik terperuk je kat rumah sikit hari lagi boleh jadi kera sumbang. huhuhu.. Rancang punya rancang, jadi semua setuju pergi ke Putrajaya sebab ada Hot Air Balloon Fiesta.

Wahhhhhh!! Memang seronok sangat. Macam-macam jenis belon ada kat situ. Dari belon udara panas, belon pasar malam, belon Spongebob dan...

buih sabun yang tiup-tiup tu~ =-='

Belon buih pun kira sebagai belon ke? hahaha

Memang sangat gembira! Dapat keluar, jalan-jalan.. Tengok hot air balloon. Gosip-gosip. CUCI MATA (hehehe). Makan. Makan. Makan. :P

Memang seronok bila tengok semula gambar-gambar yang diambil masa tu. Teringat semula saat-saat manis, kelakar.. dapat bayangkan cuaca masa kat sana.. suasana masa tu memang meriah. Budak-budak kecil lari sana sini. Mak-mak kejar budak-budak kecil. Bapak-bapak duduk tengok mak budak kejar budak kecil~ *sigh sigh sigh* T-T


Dan ini saat paling gembira kami yang dirakamkan dengan hasil yang sangat manis~ weeee~ :D

Saat gembira bersama kawan-kawan semasa Hot Air Balloon Fiesta

Untungkan dapat rakam gambar masa-masa yang gembira? Tiba-tiba rasa rindu nak ke masa tu semula kan? haaaaa...

TAPI

Gambar tu semua diambil dari kamera orang lain.. T-T
Diri sendiri masih guna kamera telefon yang hanya 2.0 megapixels~ sob sob sob.. Jadi kalau nak gambar cantik memang kena guna kamera orang lain yang melampau canggih lagi cun! Kesian beebot kan?

Jadi beebot pun check-it-out kamera-kamera ni.. OLYMPUS PEN!


OLYMPUS PEN Lite


OLYMPUS PEN Mini


 ni, sini, layan video ni~ ohh wahhhh~


satu lagi!!!



Memang cun~  (eh yang mana satu yang cun? theehehe :P)

Beebot nak satu kamera cun tu, nak ambil gambar banyak-banyak, simpan semua memori manis dalam satu album gambar dan bila tiba suatu hari yang bosan akan selak semula album gambar dan mengelamun membayangkan saat-saat manis, ceria dan gembira... (senyum sorang-sorang... ngee~ :D)



HAPPY!! HAPPY!!! HAPPY PHOTOGRAPHY!!


No comments:

Post a Comment