Saturday, September 17, 2011

SBP vs MRSM vs SEKOLAH HARIAN

Dulu masa sekolah tak pernah nak ambil berat pun sekolah-sekolah asrama. Asal aku dapat sekolah dah cukup bagus la kan~ (lagi pun kalau result macam aku dapat tu memang sekolah harian je la yang boleh terima hahaha T-T)

Jadi untuk tidak membiarkan budak-budak zaman sekarang (budak-budak bajet pandai terutamanya) asyik conquer tempat nombor 1 dalam kelas, mari kita suruh mereka masuk sekolah asrama~

Kita ada... eh, negara kita, Malaysia, ada..




Sekolah Berasrama Penuh (SBP):
Merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar Bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris/ ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.




Maktab Rendah Sains MARA (MRSM):
Merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapaimatlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun, mempunyai sistem kewangan tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.






Sekolah Harian:
Aku dulu belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. Seronok je~ Tak payah nak asrama-asrama segala. Sebenarnya kalau nak berjaya, tak payah masuk boarding school pun takpe. Asalkan kau rajin usaha, hormat cikgu, kaki bodek, tak malu bertanya, tahu apa yang kau minat, tetapkan matlamat pastu ada azam yang kuat untuk berjaya kau mesti boleh berjaya punya! Boleh la buat mak bapak bangga.. puas hati cikgu kau jerit-jerit sambil baling kapur masa kau sekolah dulu, jadi orang gak murid dia.. 



Next post aku ajar macamana nak mohon masuk MRSM.. insyaallah~


Apa Pulak Lagi: aku tak faham betul kenapa budak SBP dengan MRSM suka gaduh-gaduh and boast pasal sekolah diorang? kamon la, shame on you the-so-called-excellent-students! Padahal budak sekolah harian selamba je jadi doktor, akauntan, peguam... ahli muzik ...dan....... kakitangan kerajaan~ kan?

No comments:

Post a Comment