Sunday, September 25, 2011

PERMOHONAN KE MRSM

UPDATE: SEMAKAN BERMULA 20 JAN 2012 > KELIK SINI




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. eceh~

Entri sebelum ni aku bagi perbandingan antara SBP dengan MRSM dengan sekolah harian.. (padahal pergi copy dari wikipedia) huhuhu

Tapi kali ni, nak kongsi macamana cara untuk mohon masuk ke MRSM. Okay, pengambilan MRSM adalah bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja. Mari check it out...


Tingkatan 4
Selalu nya iklan kemasukan ke tingkatan 4 akan keluar dulu. Oh cerita pasal iklan, tak lama lagi keluar la tu.. maybe this week.. cer tengok berita mingguan!! hihihi

UPDATE: IKLAN KEMASUKAN KE MRSM TING. 4 2012
Selalu mohon masuk MRSM tingkatan 4 ni guna result percubaan PMR. Syarat nye, mesti la lulus semua subjek terutamanya Matematik dan Sains.. err dan Bahasa Melayu.  Nak lebih lanjut klik sini > Syarat-syaratnya




Tingkatan 1
Biasanya kalau tingkatan satu punya iklan akan keluar sehari sebelum keputusan UPSR keluar.. or so~ syarat dia senang je.. mesti 5A!! kalau tak sila menangis.. eh jangan la.. nanti form 3 belajar rajin-rajin boleh apply untuk tingkatan 4 punya ye adik-adik. Okay la, jangan la form 3 baru nak rajin. Mula dari form 1 okay..



Cara-cara
1- Tunggu iklan keluar
2- Baca betul-betul syarat dan arahan dia (penat tahu tak nak explain sorang demi sorang padahal semua dah stated dalam iklan)
3-Dapatkan no pin dekat pejabat MARA yang terdekat samada Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri/ MRSM
4- Then, pergi website MARA > http://www.mara.gov.my/ atau kalau dah ambil no pin, pada slip tu akan ada url untuk korang login dan fill all the details yang diperlukan. 
5- Isi dengan betul, pastikan tak ada sebarang kesilapan masa isi sebab once korang dah klik 'SEND' atau 'HANTAR' korang dah tak boleh betulkan semula..
6- Segala hardcopy yang diperlukan kena hantar within masa yang ditetapkan, kalau x babai la
7- Berdoa lah anda semua :D



apa pulak lagi:   Okay ini just nak bagi tahu la kan.. kalau korang dah dapat tawaran dari SBP, JANGAN tolak tawaran tersebut semata-mata nak masuk MRSM. Sebab once korang dah terpilih untuk masuk SBP korang TIDAK akan dipanggil untuk ke MRSM. Itu adalah sistem dia. SBP akan buat pemilihan terlebih dahulu then baru pass pada MRSM.. Okay? Get it? Senang cerita, rezeki jangan ditolak~ Sama je SBP dengan MRSM, kalau rajin usaha belajar mana-mana pun akan berjaya.

eh lupa.. Permohonan terbuka kepada Bumiputera dan juga Non-Bumiputera

No comments:

Post a Comment