Sunday, July 31, 2011

TERIMA KASIH NUFFNANG, TGV!!

Wahahahaha!! Khamis lepas pergi kutip hadiah sebeday dekat ofis Nuffnang! Hari tu memang dah minta cuti la kan. So hari tu cadang nak pergi kutip < macam pelik kan 'kutip' > anda orang putih, sila refer 'collect'...... pagi dalam jam 10 la. Tapi sebab malas, keluar la jam 2 petang. 

Meh cerita sikit perjalanan ke sana.. sebelum pergi dalam kepala cakap dalam nada separa angkuh: 'jalan Yap Ah Shak je pun... duh~'  haha petang tu park kereta kat ERL Putrajaya amek (bahasa pasar sangat mengujakan) tren sampai ke B. Tasik Selatan.. la la la~ Then, naik LRT sampai ke Hang Tuah.. la la la~ selepas itu nye pun, naik monorail sampai Medan Tuanku.. masih la la la~ lepas tu amek cab.. pakcik cab ni memang banyak cerita, aku yang tengah dalam mood kutip hadiah layan je lah..

cab driver: Semallam sini jam tau....
beebot: nape? eksiden ke?
cab driver: tada.. sini semallam pasang bendera lekat kereta...
beebot: ooowh~
cab driver: cuba tengok, mana ada orang lekat?! Dulu Mahathir punya tak payah suruh, semua mau lekat bendera juga! Tapi sekarang nga, you suruh lagi dia orang tamau lekat!
beebot: ahaaaa~
cab driver: dulu PM mana ada gambar banyak? Sekarang Najib ahh semua bus stand dia punya muka juga ada!
beebot: uncle, nanti kat sane senang tak nak dapat cab?
cab driver: .............................. you kena jalan depan sikit baru boleh dapat....
beebot: (LOL! < dalam hati)

cab driver: okay, sudah sampai.. saploh ringgit
saploh ringgit.. saploh ringgit..
beebot: (DEMME! < dalam hati) ..... wtf.. PERBUALAN SETERUSNYA TELAH DITAPIS KELUAR



naik terus ofis Nuffnang, tekan loceng pintu (doorbell.. lol) yang tulis 'we love to party!! Just kidding! We are very hardworking people' < macam tu la kot, aku tak ingat dah.. takyah bagi tau berapa kali aku tekan T-T.. 

loceng tu kat pintu lagi satu


ni hadiah dia!!


la la la~ ha ha ha~ Valid sampai 31 Ogos 2011 tp siapa nak tengok wayang masa raya ye tak? Lepas kutip passes tu, pergi mesej kawan-kawan hohoho, jadi Ahad sebelum puasa kitorang akan bergejimba tengok wayang. Pergi The Mines kowt ah~ *wink*

heh! tenkiu Nuffnang and tenkiu juga TGV.. sweet~


Penutup diari: Kau nak sangat kutip hadiah petang, amek kau tren padat dengan penyokong bola sepak Malaysia nak pergi stadium tengok Malaysia lawan Singgapo dah cit banyak drama asik tergolek je keje kau padan muka keeper dapat kad kuning!


Ni bukti visual sebahagian penyokong yang kena tinggal sebab tren dah padat tak dapat menampung walau seorang manusia lagi


'text: weh aku otw g stadium weh.. kasi gegar!'

The best fb status update malam tu


SETUJU!!


No comments:

Post a Comment