Friday, January 28, 2011

MAJLIS PERPISAHAN BEEBOT.. T-T

Tajuk kat atas tu pun dah bunyi sedih semacam. Memang susah nak terima hakikat yang kitorang kena berpisah. Eh! Tapi sebenarnya ni bukan cerita sedih semata.. Sebab cerita sedih ni jugak adalah cerita gembira buat Beebot.

Haaa.. ingat lagi tak Beebot ada pergi interview tahun lepas?
nah baca balik semula > TEMUDUGA: UNTUK KE SEKIAN KALINYA

YEAAAH!!!

Temuduga tu berhasil!! Alhamdulillah..  Walaupun dapat tahu nak kena tukar tu hanya seminggu walaupun kelamkabut nak kena kemas barang- barang walaupun sedih nak tinggalkan kawan- kawan.. Tapi nak terima kasih kat semua sebab buat majlis perpisahan.


Selain daripada Beebot ada lagi 2 orang kena tukar ke tempat lain.. naik pangkat u'ols~

ini Alia... kena pindah ke Perak woh!
Tahniah ey, and good luck~ ;D

ni pulop Ain.. kalau dah dapat mic memang tak hengat nak benti berucap hehe
eh dia pindah kat Mara HQ sama macam Beebot, tapi lain bahagian.
Tahniah Ain ;D


Ni plak si Beebot tengah tunggu turn nak berucap.. hahaha pucat dah ni


wah... skip gambar berucap tahu tak!! hahaha berucap pun tak sampai seminit hehe
malu saya :P

Yang bagi hadiah tu Pengarah Mara Negeri Selangor. Seminggu kitorang pindah, dia pun ikut pindah sama haha good luck jugak la untuk Encik Lan..


Family picture kitorang yang terakhir. Kak Sal takda pulak.. cuti bersalin. En Shah pun kena pindah pergi HQ.. Weh semua nak pindah ni? haishh....

sweet nye bagi hadiah novel huhuhu terharu I~
(Sophie Kinsella's Twenties Girl siyes best!!)
+
manis nye bagi hadiah perfume Body Shop rasa bau vanila
=
Tenkiu kawan- kawan dari PMD Sepang

____________________________

mug dapat masa majlis perpisahan kat Mara Negeri Selangor
+
gelas Ikea dapat sebab haritu tak pergi Family Day
=
Tenkiu kawan- kawan kat PMN Selangor

____________________________

Gelang tangan pink~ Tenkiu Cik Huraizah, PMD Klang :D



So kat sini nak ucapkan terima kasih banyak- banyak kat semua orang.. Maafkan semua kesalahan orang ey, kalau ada terkasar bahasa, tertinggi suara, ter'moody' pulak ke.. Terima kasih sebab bagi hadiah perpisahan. 'Sebetulnya, hadiah yang sebenarnya adalah persahabatan dan kenangan kita bersama, yang lain tu adalah cenderahati yang sangat sweet'

Luv u all!!!

No comments:

Post a Comment