UPDATE: SEMAKAN BERMULA 20 JAN 2012 > KELIK SINI
oh well....
Okay, jadi dah rancang nak masuk ke sekolah mana lepas ni? heh, mari sini... Beebot terangkan macam mana cara mohon untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Kita mula dengan syarat-syarat dulu la ye~
Pelajar semenanjung Malaysia
1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
i. Bumiputera tahun enam.
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.
Pelajar Sabah & Sarawak
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak:
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
Okay, clear? okay... bagus..
Sekarang, decide mana satu antara 4 program ni yang korang nak..
1. MRSM Program Biasa
2. MRSM Program Ulul Albab
3. MRSM Program IGCSE
4. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE (uh hebak deh?)
Nak tahu keterangan tentang program-program ni, sila klik sini (untuk pelajar semenanjung Malaysia) dan sini (untuk pelajar di Sabah & Sarawak)
Okay, sekarang adalah cara-cara memohon ...
1. Dapatkan kata laluan secara percuma di semua MRSM, Pejabat MARA Daerah dan Pejabat MARA Negeri.
2. Bawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Kalau dah dapat kata laluan, terus pergi log on.. Lepas isi semua maklumat dengan lengkap, submit secara online (Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga). Kemudian cetak borang tu dan hantar ke alamat ni
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Senang cerita, submit secara online > cetak borang permohonan yang dah diisi > poskan ke alamat di atas. Senang kan? Kalau masih tak faham, hubungi MRSM, Pejabat MARA Daerah atau Pejabat MARA Negeri yang terdekat.
GOOD LUCK :)
apa pulak lagi: lupa nak bagi tahu, kemasukan ke tingkatan 1 ni akan ada UKKM (Ujian Kemasukan ke MRSM) dan temuduga!
LAGI! Permohonan online tutup: 30/11/2011. Tarikh akhir hantar dokumen dan cetakan borang: 5/12/2011.
GOOD LUCK la lagi sekali :D
No comments:
Post a Comment