Friday, December 3, 2010

SEBAB TU LA SAYA TAK JADI NURSE!

Beberapa minggu yang lepas, orang telah berpengalaman pahit dan manis menjaga emak di hospital. <-- ayat nak hebat je~ Mak duduk dekat hospital ada la 3 minggu. Ingat nak menetap kat sana je huhu...

Macam- macam karenah pesakit ada, ahli keluarga pun tak nak kalah jadi sama- sama buat karenah menjengkelkan. Nasib la dapat 1 wad dengan mangkok tu semua.. hmm.. Dalam melayan perasaan rimas, tiba- tiba terfikir pasal nurse. Ye la, walaupun terpaksa melayan perangai pesakit/ ahli keluarga takda pulak dia orang marah ke tarik muka ke apa. Walau apapun dia orang kena buat. Ini menguatkan lagi kata hati 'sebab tu la aku tak layak jadi nurse woh!'.

Meh orang senaraikan kenapa orang tak hendak jadi nurse..

- Sebab orang ni cepat naik hangin. Malas la nak layan perangai sorang sorang pesakit kat hospital! Sakit mental dibuatnya nanti!

- Lepas tu kena pulak kerja shift malam. Apa nurse ni tak ngantuk ke? Apa nurse ni tak tahu ke hospital tu tempat yang seram? Malam apatah lagi meremang bulu roma?

- Gila la malam- malam sejuk macam duduk dekat peti ais. Oh mungkin boleh tumpang simpan sayur- sayuran, jadikan hospital peti ais gergasi! Whoaaa!

- Bau ubat je dah buat orang rasa sakit! blerghhhh~

- Memang takda bakat merawat orang lain. Dulu masa kecik- kecik pernah terpijak lebah lantas disengat <-- tengok ni ayat nak hebat lagi!   perkara pertama yang orang buat adalah penyekkan lebah dengan selipar. Bukan ke sepatutnya perkara pertama adalah menangis?  pergi dekat bapak mengadu? pergi dapatkan rawatan segera?

hmm.. ntah la.. respect sangat dekat nurse semua. Korang memang hebat! Terima kasih.. Special thanks kepada nurses Hospital Putrajaya dan Pusrawi KL. Okay la, Hospital Serdang sekali....

Friday, November 19, 2010

BUDAK KASIHAN INI PERLUKAN UNDIAN

ASSALAMUALAIKUM.. DAN SELAMAT SEJAHTERA!
LAMA TAK UPDATE HOHOHO  < apehal dengan uppercase ni?

Baru lepas raya Aidiladha... rendang, nasik himpit, kuah kacang masih lagi dalam ingatan. Terima kasih bagi daging korban.

Dalam masa raya ni, sempat gak la baca buku kan. Buku yang beli sekali banyak dari B4C tu. Oh~ sila rujuk entry sebelum ni. >> KLIK SINI
Sekarang tengah baca Sophie Kinsella punya Twenties Girl. Best woh buku ni :D
Okay, sebenarnya nak cerita pasal B4C. Orang ada join contest yang dorang buat. Contest ni untuk menghargai peminat dorang dan juga sempena pembukaan Book Lovers Cafe dorang. Hebat la..

Jadi, orang pun join la. For fun. hehehe.. 
Ada dua kategori, 1: Book Lovers Cafe
Untuk kategori ni, kena ambil gambar buku dengan minuman petang kegemaran.
Orang punya minuman petang, teh la... huhu
Syarat lain untuk kategori ni: OWNER BUKU DILARANG ADA DALAM GAMBAR!
Oh well~ No problem~

Snap! Snap! Snap!

Ini la dia hasilnya...



oh! oh! buku yang terbuka tu tajuk dia 'The Time Traveler's Wife' sedih doh..




dan kategori yang lagi satu..
2: Books4Charity Fan Category
Kategori ni dia nak pembeli bergambar sama dengan buku kegemaran yang dibeli dari B4C.
Nah, nengok la gambar neh! gyahhh!!



Ini reaksi yang di ulang semula. Memang giler la part tu! Tettt.......!


Okay, jadi tu la gambar- gambar yang dihantar. hohoho kamera 2.0 mega pixels dari telefon Sony Ericsson dah make some noise!! kacau giler gambar no 2 tu. Nak kena beli kamera betul ni.. bapak~ ;D 


Snap! Snap! Snap! Snap! Snap! Snap!

Eh? Kenapa ada snap3 lagi ni?












Hahaha! Ni semua sebenarnya gambar- gambar yang tak jadi hantar. Menyesal pulak tak hantar banyak- banyak!! Urrrghhh!


Snap! Snap! Snap!

Ada snap lagi? Kau ni memang annoying la Beeb!
Hehe.. sebenarnya nak tunjuk koleksi komik~
oh dan novel.. yeah~


oh Kaoru! i love u!!

p/s: sebenarnya kalau nak menang kena ada ramai orang undi gambar tu semua. jadi sila klik pada gambar untuk undi. ...........tapi, korang kena jadi member B4C dulu la baru boleh undi.. Login akaun facebook anda sekarang dan add Books4Charity dan undi! huhuhu siyes menggelabah budak ni <<
oh! oh! klik pada gambar untuk link terus :D
trimas~

Tuesday, November 9, 2010

DEGIL... PADAN MUKA

Dah 5 hari demam.. Sakit tekak sekali ni.. Pagi tadi siap boleh panik dengar suara lelaki dalam bilik! Padahal suara sendiri LOL. Kalau orang yang tak kenal, mesti ingat haku ni mak nyah ke hape haha

Masa sakit ni la baru teragak nak minum air putih banyak- banyak. Ais tak usik langsung. Makan pun sikit- sikit je, tu pun siap elak yang berminyak. 
Okay sekarang dah sedar diri kan.. Pergi makan obat. Ubat yang macam  gula- gula la yang habis dulu hahaha! (tak ikut jadual, sebab tu tak baik lagi hoh?) T_T









Thursday, October 28, 2010

PUTIH ITU SUCI, TAK SEMESTINYA

Heh, rilex.. rilex peeps! Putih memang melambangkan kesucian, kudus (mdm Suhaila, lecturer c++ suka sebut ni hahaha nostalgia~).. Hati tenang je dengan benda putih ni, tapi kalau tengah malam nampak 'benda' putih seriau gak la!

Tapi jangan risau. Ni bukan pasal 'benda' putih a.k.a hantu tu. Tapi pasal kegilaan ramai orang untuk memutihkan kulit.

Bila tengok iklan- iklan kecantikan kat tv rasa menyampah pulak. Lagi- lagi bila dengar ayat ni "dulu, saya benci tengok muka saya sendiri" lebih kurang macam tu la ayat dia. WTH?!! Lain kali nak buat iklan buat ayat yang bijak/ sopan sikit. Ada ke benci dengan pemberian Allah? Apa- apa je la..

Semua orang nak jadi putih, nak kulit konon- konon suci, mulus, kudus. Pakai produk itu ini. Kulit menggelupas merah- merah macam udang terbakar je. Cantik ke tu? Orang kat sini punya la taksub nak putihkan kulit. Tapi awek- awek kat barat tu dok tanning kulit nak bagi gelap. hoh~

Cuba bayangkan kalau semua orang kat bumi kulit warna putih............. b.o.r.i.n.g~ Kalau semua kulit gelap? b.o.s.a.n~ hah, sebab tu la warna kulit kita berbeza. Takda la kau muntah hari- hari tengok orang muka putih, pucat.

Yang penting, bersyukur... Syukur seadanya. Haa lagi satu fakta penting, produk pemutihan kulit selalunya banyak kesan sampingan jangka masa pendek atau jangka masa panjang.


Tengok dia ni!
Tak putih, tapi dia gojes! okay GORGEOUS!!


I Love You, Dayang..
Gambar dari Dayang punya Facebook fanpage



Wednesday, October 27, 2010

ADA KE 'YOUTUBE WALKING'

Kalau sebelum ni orang ada buat entri pasal blogwalking. Nama dia blogwalking sebab kita jalan- jalan atau dalam bahasa jawa dia 'merewang' kat blog orang lain. Tapi kalau kita merewang kat Youtube? Nak panggil apa? Youtubing? Ye ke? Tapi kalau nak panggil YoutubeWalking boleh? Okay peduli apa.


Best YoutubeWalking ni. Macam- macam ada kat sini. Tutorial make-up ada, belajar lukis pun ada, main gitar ada Snoop makes Mashed Potatoes pun ada! Tapi hari ni cerita pasal TheFunTheory. Memang kreatif diorang ni. Hebat.. Hebat..

Cuba tengok video- video ni.



Bagus la kalau Malaysia ada macam ni! Kalau kat office buat macam ni boleh tak bos? hehehe ramai sikit orang datang bayar hutang. Baru la pergi kerja tiap- tiap hari semangat panjat tangga! (padahal office kau kat tingkat 1 je kot Beebot!!! patut la gemok! pemalas!) tsk T^T




Lagi satu video ni memang best! Oleh sebab peratus kitar semula kat negara ni agak rendah, apa kata kita buat tong kitar semula yang macam ni!!



Haaa..... Kalau menang dapat hadiah ke ni? hehe..
Bagus la macam ni.




Tapi video yang satu ni memang bagus rasanya kalau implement kat sini. Baru la alam sekitar jadi bersih hoh!



 Tajuk video ni The Wolrd's Deepest Bin hohoho. Tapi tak payah la kot nak pergi jenguk dalam tong sampah tu. ^-^'


Tapi kalau orang dah tak nak berubah nak buat macam mana kan?

Tuesday, October 26, 2010

KISAH SOTONG DAN SOTONG

Semua orang mesti kenal si Paul si octopus kan? Ngaaa~ kalau tak kenal, pergi tanya pengikut setia World Cup. Jadi kenapa dengan Paul? Well, yeah.. he is dead. So long Paul~ Mesti ramai yang marah Paul masa dia hidup dulu. Sebab apa yang di teka dak Paul ni semua betul. Kalau nak ikut logik, manalah si sotong kurita ni tau meramal ke hape. Dia cari makanan je kan? Ha, apa- apa je la.



Tak peduli pun pasal Paul. Sebab, orang nak sotong ni!!





Kenapa masa orang buat CIMBclicks dulu tak dapat pun si Octopus ni? Why? Why? Why? Kaknor ngan Kaksal dapat memang tak adil. Huhuhu

Friday, October 22, 2010

ALERT!! PEMINJAM PTPTN

Kepada semua peminjam PTPTN sila ambil perhatian!! beebot, sila beri perhatian lebih sikit! Korang semua ada dengarkan pasal pengurangan kos pentadbiran PTPTN dari 3% kepada 1%? Nama dia Ujrah. Jadi semua peminjam yang nak kan Ujrah kena kemaskini maklumat dalam web PTPTN tu.

Tapi sebelum tu kena semak jadual kemaskini dulu la. Klik sini --> JADUAL KEMASKINI

Beebot punya giliran adalah pada 1 November 2010 sebab kelulusan pinjaman Beebot adalah pada tahun 2005.  Jadi kena tunggu bulan November baru boleh kemaskini (selalunya kalau ramai buka mesti jam website tu).




Lepas kemaskini mesti nak tahu kan apa proses selepas tu? Meh klik ni pula --> CARTA ALIR PROSES TAWARAN UJRAH

Jelas dah? Kalau tak silap, tawaran diberikan kepada pinjaman yang tiada tunggakan saja. hehehe Tu la korang, kenapa tak bayar? Parah wei kalau tak bayar, kos pentadbiran naik lagi tinggi! Fuh~






Klik untuk ke website rasmi PTPTN







Kalau nak jelas sikit, pergi klik sini --> FAQ. Tapi kalau nak lagi jelas, telefon je PTPTN HOTLINE 03- 2080 4455.


Okay? Cristal clear?
SELAMAT MENGEMASKINI hoh!!