Showing posts with label si lazy bum me-lurking. Show all posts
Showing posts with label si lazy bum me-lurking. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

BOLEH TAK?

Boleh tak satu hari kalau tak mandi? emm tak
Boleh tak satu hari kalau tak makan? eh tak
Boleh tak satu hari kalau tak ulang tengok NigaHiga? TAK TAK TAK

hehe emosi..
Siapa NigaHiga?
Dia ni la NigaHiga




Hahaha dia ni memang popular dalam Youtube. Betul. Kalau tak tak kan la sampai ada 5 MILLION SUBSCRIBERS kan?




Nak lagi? Terjah channel dia> NigaHiga TeeHee

 Best tengok video ni lagi-lagi bila kau kena duduk office hari sabtu kan Beebot?
ah kamon la~

Thursday, January 19, 2012

AKU GILA... kot~

Aku dah gila rasanya sebab aku selalu tunggu Hadi ni update blog dia. Sebab dia suka buat karangan mengarut. Hahahaha.... Kalau tension mesti okay lepas baca blog dia (tapi kadang-kadang ada gak yang buat kepala hangin)

Antara blog favourite untuk buang tension lepas blog anak mat nor yang dah tak update tu. Dia pindah ke kisahjuno (pun dah lama tak update T-T).

Okay, Khamis 19 Januari 2012. 7:58 pagi. Logout blog.
Mari bekerja. SEMANGAT! duh~



Tuesday, December 20, 2011

OH, SAYA CEMBURU!

Ini sangat manis atau apa? So sweet, semoga mereka kekal bahagia selamanya.. Amin~

Saturday, October 15, 2011

BUKAN YOUTUBEWALKING OKEH~

TAPI VLOGWALKING

Meh korang sini! Tengok video-video ni... Cool~



HAHAHA!!



Nasib baik bukan aku yang ambil order.. sangat cool.. :D



Cool giler!



Peringatan: jangan jadikan orang yang main dengan lego dan captain america dan spiderman jadi reference korang! hahaha


Favourite aku? T-Shirt WAR!! :D


Wednesday, October 27, 2010

ADA KE 'YOUTUBE WALKING'

Kalau sebelum ni orang ada buat entri pasal blogwalking. Nama dia blogwalking sebab kita jalan- jalan atau dalam bahasa jawa dia 'merewang' kat blog orang lain. Tapi kalau kita merewang kat Youtube? Nak panggil apa? Youtubing? Ye ke? Tapi kalau nak panggil YoutubeWalking boleh? Okay peduli apa.


Best YoutubeWalking ni. Macam- macam ada kat sini. Tutorial make-up ada, belajar lukis pun ada, main gitar ada Snoop makes Mashed Potatoes pun ada! Tapi hari ni cerita pasal TheFunTheory. Memang kreatif diorang ni. Hebat.. Hebat..

Cuba tengok video- video ni.



Bagus la kalau Malaysia ada macam ni! Kalau kat office buat macam ni boleh tak bos? hehehe ramai sikit orang datang bayar hutang. Baru la pergi kerja tiap- tiap hari semangat panjat tangga! (padahal office kau kat tingkat 1 je kot Beebot!!! patut la gemok! pemalas!) tsk T^T




Lagi satu video ni memang best! Oleh sebab peratus kitar semula kat negara ni agak rendah, apa kata kita buat tong kitar semula yang macam ni!!



Haaa..... Kalau menang dapat hadiah ke ni? hehe..
Bagus la macam ni.




Tapi video yang satu ni memang bagus rasanya kalau implement kat sini. Baru la alam sekitar jadi bersih hoh!



 Tajuk video ni The Wolrd's Deepest Bin hohoho. Tapi tak payah la kot nak pergi jenguk dalam tong sampah tu. ^-^'


Tapi kalau orang dah tak nak berubah nak buat macam mana kan?

Wednesday, October 20, 2010

KISAH MENARIK BLOGWALKING MALAM HARI

Hari ni 20.10.2010............................................?
Tiada apa yang istimewa.
Tengok cerita Siti Kelembai kat tv9, uncle Jalak hensem dah boleh cakap..
Mayangsari pun sama, tapi siapa peduli pasal Mayangsari?
OH! LUPA PULAK HARI NI ADALAH PENGUMUMAN 'MELAKA MAJU 2010'
Selangor? Orang Selangor duduk diam- diam kat rumah.
'
'
'
Jadi, masa selebihnya elok la kalau ber-blogwalking. Meh Beeb Beebot kongsi blog siapa yang dijengah.


BLOG PERTAMA

Blog Anak Mat Nor

hah!! Blog ni adalah antara favourite beebot sebelum berblog lagi. Apa yang menarik adalah sebab cara penulisan dia giler selamber hoh! Dia refer bapak dia sebagai Mat Nor, mak dia sebagai Bini Mat Nor dan ada sorang lagi sebagai Anak Mat Nor No 2. Sebenarnya ada lagi Anak Mat Nor No 3 la 4 la.. macam- macam dia ni.

Ada satu entri dia yang buat aku gagal menahan gelak dan ketawa depan penolong bos aku. Tajuk entry dia adalah "Wan Zai Y'all"

wAHAHAHAHAHAHAHA!!

Kalau tak silap dia ni adalah pelakon cerita Impian yang Sunsilk punya tu, Diana Amir jadi heroin.
Walaupun jarang update blog, entri yang lama memang tak bosan nak baca!!
Try ni, iPhone Auto-Correction dan ini Aku Banyak Belajar Geografi Menerusi Siri Tv Joe Jambul




BLOG KEDUA

Made from vinegar and ice

yang ni pulak dapat dah lama dah masa blogwalking (ke blogwalked ha? past tense kan? lupakan je la, burok beno bahasa omputih aku) dekat blog Jebon. Best baca entri- entri dia. Kalau Jebon dengan cerita kelakar, dia ni pula menghantui beebot dengan satu entri yang paling melekat dalam kepala. Sedih. Cerita sedih. Pasal seorang kawan dia yang telah pergi mengadap Illahi. Al- Fatihah.

Baca ni: About a Boy

Memang beebot emo habis, menangis sikit masa baca entri tu. TAPI! Cukup- cukup la sedih tu (lap air mata yang bergenang), jom baca entri dia yang lain...

Saja Menjimatkan Masa Kamu dan ini jugak Wabak Pasif Agresif.

Tapi masih lagi stuck dengan entri About a Boy. Emo gila kot beebot ni baca blog nak nangis- nangis?!

T-T


Habis blogwalking untuk malam ni. Lepas ni kalau ada lagi, saya update k.. Korang kalau blogwalk ke blog siapa je? Kongsi sini lor~