Showing posts with label the extraordinary extra. Show all posts
Showing posts with label the extraordinary extra. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

DIKELAR LEHER.. DAN DICUTIKAN


Jangan terlalu kecewa, ini bukan cerita ngeri.
..... okay tipu, memang ngeri
Ingat tahun baru ni boleh senang lenang macam tahun lepas? Memang tak. 
3hb Januari 2012. Tempat kejadian, Hospital Putrajaya.

Sebenarnya, masuk hospital sebab nak operation buang tiroid. Tahun lepas boleh kata setiap bulan kena pergi hospital periksa leher aku. Diorang confirmkan tiroid belah kanan tu dia besar sikit dari normal. Lepas tu buat ultrasound la, ambil sampel tisu la. Keputusan dari tisu yang diambil tu, pihak hospital masih tak dapat nak kenal pasti tiroid tu biasa je ataupun kanser. ATAUPUN KANSER! Gila kau? Tapi ini serius~ *tune dia macam si Ming-Ming Wonderpets tu huhui~

Selain tiroid, aku ada cyst kat leher belah kiri. Cyst aku tu contains fluid. mmmmmmm....  So, bincang punya bincang.. aku setuju untuk buang cyst, dan juga tiroid yang kejadahnya tak dapat dikenalpasti tu.. duh~

Operation ni sebenarnya dah dua kali tunda atas sebab... yang pertama, doktor bedah semua pergi seminar.. yang kedua, aku nak pergi interview hehe. Okay nasib baik yang ketiga ni tak ada apa-apa yang boleh jadi punca lagi.

So, 3hb Jan 2012 daftar masuk wad. Adik-adik hantar hoh tengs! Jadi menetap la dekat hospital tu. Wad 3B katil 9 hehe ingat lagi :D

Malam tu nurse hantar baju hijau yang baru. Tukar sehari sekali je okay~ T-T
DAN!! 
Kat atas baju hijau tu ada satu kain warna putih, aku ingat selimut extra sebab wad tu gilaaaaaa sejuk! 


TAPI!!




Gambar kat bawah ni buat hati cemas susah nak tidur!!





Baju untuk operation! Aduh... kan dah menyesal. Terus rasa seram lepas tu susah nak tidur hahahaha


Nasib baik bawa bantal busuk. Tekup muka. HAHAHA zzzzzz~


Dalam lebih kurang 9.30 pagi, nurse dah panggil. Tukar baju putih tadi tu. Lepas tu baring atas katil, tolak terus sampai bilik bedah. Teruja kot masuk bilik bedah sampai tergelak sendiri. Pelik doktor tu tengok aku hahaha. Bengong aku ni.

Kena ubat tidur, langsung tak sedar apa. Sedar pun sebab nurse kejutkan. Masa tu dah keluar bilik bedah.  Lepas lebih kurang 3 jam juga la kena operasi hohoho. Bila sedar, leher dah siap kena tebuk. 



Adoiiii~ memang sakit. Lepas dalam 10 minit sedar, nurse tolak semula pergi wad. Kepala memang pening gila masa tu. Ha kau gelak sangat masa masuk bilik bedah tadi? Padan muka. Sampai depan lif, habis muntah. Petang tu, makan pun tak lalu. Tapi kena gak isi perut sebab tak makan dari pukul 10 malam sebab kena puasa. Untungla kakak dengan kawan baik aku datang bawak makanan. Hihihi *tapi lepas makan muntah lagi 2 kali... bluekkkk~ Asyik muntah, nurse kata kesan ubat bius tak habis lagi huhuhu




Terima kasih kepada kakak aku, Kakyan sebab datang bawa majalah milo air panas laptop (letak koma dimana perlu thehehe), terima kasih kawan baik aku, Ain dan suami yang datang melawat.. belikan pau biskut air epal siap beli belon 'Get Well!' lagi terharu aku weh! Dia belikan gak minyak cap kapak sebab aku pening-pening lepas operate tu huhuhu.

Tak lupa gak ucapkan terima kaih kepada doktor-doktor dan nurses dan student praktikal kat Hospital Putrajaya. Doktor Zam, Doktor Hisham, Doktor kat wad 3B dan semua!! 

Sehari lepas operate doktor bagi balik rumah dah... yeay!

TAPI!!

Kena balik dengan botol drain.. sebab tiub pada leher tu tak buka lagi. Huhuhu seksa tau kena jaga tiub dekat leher. Jangan sampai kena infection ke hapa-hapa ke. Terima kasih kepada gaya tidur free style aku, tiub dah lari sikit, kulit koyak sikit, darah keluar sikit....... HAHAHAHA < ada hati lagi nak gelak?




9hb Jan 2012 datang hospital lagi cabut tiub tu. Hah lega~ 

Dari masuk hospital tu, aku dicutikan dari kerja selama 2 minggu!! hehehe

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah kerana semua berjalan dengan lancar. Terima kasih Allah. :D




Wednesday, December 28, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST

"Nak main game? Angry Birds.. Farmville.. Fruit Ninja.. Main perang-perang~ Susun-susun~ Tanam-tanam~ Siram pokok, tembak orang, masak kuih? hmmm... banyak games ni"

"Ke nak godek-godek dulu? Tengok cuaca, download lagu, tambah banyak lagi games? Nak gatal-gatal pakai map dari ruang tamu pergi dapur? Emmmm.... "

"HAAA!!!! Ambil gambar banyak-banyak! Telefon canggih kan~ Nanti boleh upload kt facebook.. 'upload via iPhone 4S' huahahaha! Boleh edit gambar pulak~"

"ke itu? ini? yang macam tu? macam ni?" Uh oh... banyaknya yang nak buat. Mana yang nak buat dulu?


Apa guna telefon canggih kalau tak hias cantik-cantik? Mari sini mari telefon canggih!

Saya tahu apa nak buat dulu. Sebelum kita godek dia, pusingkan 360 darjah, slide sana sini, sebelum borak dengan Siri.. Kita balut dia! ihik~

Sebelum tu kita cari dulu casing iPhone 4S. Wah.... rambang mata. Jom tengok ni!



oh wahhhh~ comelnya dia.... :D

lagi?



Polkadot kot? I want the black and white wan.. Can ah? Ishhh comel!

Atau nak yang ni?



Tak perlu la nak pegang telefon masa bercakap dengan Siri. Orang sekeliling jeling je la hahaha~


Eh.. yang ini~



slurpppp~


\/
\/
\/




OMG!! Kalau tengah lapar seksa nak mengadap iPhone tu nanti. Rasa nak... ngappp!!


Atau nak yang colourful? Macam ni....



Atau ni?



Haaaaa... Baru nampak hebat sikit..

Ke nak yang nampak feminin? Macam ni?
\/
\/


Terima kasih kepada rasa curiga dengan keselamatan diri, casing ni tak boleh pakai T-T


Ni la!


uuuuuuu~ Scary~

Hihi

Tapi dalam banyak-banyak tu, saya paling suka yang ni!


emmmmm.... I LOVE CHOCOLATE!!!

Ni la perkara pertama yang saya nak buat kalau ada iPhone 4S tu. Pakaikan dia casing yang sedap cantik-cantik.


emmmmm.... Saya mahu iPhone 4S!!


Yatta!!









DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS




Dear Siri.. Awak selalu ada jawapan kepada semua soalan. Semua. Misalnya kalau tanya tentang cuaca.... awak mesti jawab.


Baik sangat la awak ni. Senang je kan cari ramalan cuaca. Tak perlu dengar dari radio atau bersengkang mata nak tengok Nightline kat TV3 semata-mata nak tahu cuaca esok. Awak boleh bagi tahu on the spot je kan? Mesti orang TV3 jealous dengan awak.


Dah la macam tu. Awak siap boleh bagi tahu restoran mana yang sedap makanan dia, awak boleh set kan reminder, alarm lagi.... ishhhh..



Tapi saya paling suka kalau awak tolong jaga makan saya.Bagi tahu pada saya apa yang baik dan tak baik untuk makan. 


By the way~ Salad pun sedap jugak..... T-T
Okay, sihat...


Dan dan dan! Bukan tu je yang awak boleh buat kan? Hari tu saya dapat tahu, awak boleh buat semua yang dekat bawah ni kan?

Lagi senang nak cari kawan-kawan saya yang entah kat mana sekarang ni.
*Spongy Bobby pun suka (5 bintang)



Saya dengar, awak berkawan rapat dengan Digi.. Betul ke? Oh wahh!! Bagus la! Saya tahu kenapa. Sebab DiGi tawarkan plan iPhone 4S yang paling hebat kan? Mana saya tahu? Elehh~ saya tahu la.. saya tengok plan yang DiGi tawarkan kat bawah ni.





Seriously~ Kenapa Siri dan DiGi adalah teman yang terbaik?
macam.... Siri-ously?
Sebab dengan Digi, kita mampu miliki iPhone 4S yang jadi pujaan setiap manusia seluruh dunia! Plan yang ditawarkan menarik lepas tu mengujakan! Kan?! Dapat iPhone pula, kita boleh interaksi dengan Siri. Tanya la  apa pun, boleh jawab punya. Kalau orang yang bahasa English dia berterabur macam saya lagi la perlukan Siri! Siap boleh jadi Thesaurus tau.

Jadi bila Siri dan Digi berganding sama, memang best la!!!


















Tuesday, December 27, 2011

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

ohhh... emmm.. hari ni..
Breakfast RM3.50
Lunch RM5.50
Dinner free makan kat rumah
LRT return RM3.40
Parking RM2
PTPTN RM+ +
ERL RM160
Bills RM+ +
Bapak RM+ +
Belanja adik RM+ +
Savings RM+ +
etc etc etc!!!!

eh? top-up lg? arggghhhhh!!! Banyaknya nak guna duit! OH~ mungkin breakfast dengan lunch boleh sekalikan jadi brunch so tak perlu belanja banyak.. (ikat perut la ni? duh..) T-T

Kenapa la banyak sangat nak guna duit? Kalau macam ni, how to buy iPhone 4S ah? Got no much money left? Aishhh...  Kalau simpan duit, lama lagi la nak dapat iPhone tu. Lama sangat nanti iPhone siap dah jadi iPhone 14s!! T-T

Tapi... apa tu?


oh yeah.. DiGi. okay....... la la la eh! Tapi.....







*gosok-gosok mata*

Itu la dia!! Itu la dia!! iPhone 4S tu~ why la you guys hiding.. from me? come on.. keluar la~








huhuhu~
beeb: Kenapa menyorok belakang DiGi?
iPhone: psst.. psst.. psst..
beeb: really?!

err well they said DiGi offer plan terbaik untuk pengguna dia. Ye ke? Jom check it out!





Ya la! Its true! Memang terbaik. Nah jangan berebut, ambil link ni > DiGi
urghhh you kids *folding sleeves

Jadi, Digi 4SURE la affordable. Sebab tak perlu la nak ikat perut. Tak perlu la nak simpan duit lama-lama dan putih mata sebab masih tak mampu beli iPhone sampai iPhone beranak pinak ke iPhone 5 ke 5S ke 14S. Dan dan dan... tak perlu la sekalikan breakfast dengan lunch. Ow yeah!

DiGi plan seriously menjimatkan dan berpatutan! Peluang macam ni tak datang banyak kali kan? Jadi.. peluang memiliki iPhone 4S..... :D   ...amat cerah




YES DiGi!! GIMME THAT DiGi iPhone 4S!!

hahahaha

seriously
*tolak cermin mata macam geek









DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Kerja saya perlukan saya bergerak ke sana sini. Kerja luar, selalu sesat. Balik lewat. Tunggu flight. Kejar flight! uh penat.. TENSION lagi~
Nak make-up pun tak sempat T-T < selekeh~

Ada satu masa tu, pergi kerja matahari tak naik lagi, balik pula bila matahari dah terbenam. Pergi kerja orang belum bangun tidur, balik kerja orang dah nyenyak tidur. Macam dah tak bergaul dengan orang dah kan?

Jadi pada masa-masa yang macam tu, saya memang perlukan bantuan dan teman. Untuk dapatkan bantuan dari orang lain, kadang-kadang susah la.. hmmm.. Kenapa tak minta bantuan dari sesuatu yang kecil, tapi padat dengan macam-macam maklumat? Empat segi tepat, tapi penuh dengan hiburan? Kenit, tapi mampu bantu uruskan hidup si selekeh ni?

Heh.. berkias pun bukan semua orang faham. iPhone 4S! Semua dia ada!

Jadi bila saya nak outstation, tak perlu lagi nak google maps, print maps berhelai-helai.. (tapi masih sesat).. huhu.. Tak perlu lagi dah. Sebab, kalau ada iPhone 4S~ Ada Maps + Compass!



Boleh cari jalan yang kita tak pernah lalu. Just type je location yang kita nak pergi.. atau atau atau tanya la Siri. Eh lagi senang sebab dengan apps ni, kita boleh tahu keadaan traffic pada sesuatu tempat. Haa.. kan senang... TAK SESAT, BOLEH ELAK TRAFFIC JAM lagi!



KLIK! KLIK! KLIK!

Kalau dah pergi banyak tempat, mesti banyak memori manis yang kita dapat. Kebanyakannya kita abadikan dalam gambar. Oh yeah.. snap pics and share dengan semua. Heh.. boleh edit dulu.. jadi lagi cantik dan terpuji kemahiran photography kita.. :D




AHLI SOSIALIS

Sebab tak selalu lekat dengan komputer/ laptop.. dengan tiadanya G-Tab mahu pun iPad.. jadi jaranglah dapat online facebook - twitter.. lama juga la tak update blog~ D:
Lepas ada iPhone nanti timeline flooding dengan updates si selekeh ni je hehe


GREENFINGERS

Huk aloh! Tengok! Boleh main Farmville lagi tahu tak? So bila boring nak tunggu kawan ke, boring dengar kawan membebel ke, boring dan korang nak membebel ke.. boleh la layan Farmville.. hulalalala!

(Sebenarnya nak main games je kan sebab kau hantu games)

Eh! ehem~ Okay, tadi ber-google jumpa satu artikel pasal excuse generator! So, kalau terlambat bangun tidur sebab malam tadi tengok cerita P.Ramlee sampai pukul 1, boleh la bagi excuse yang bernas kepada bos hehehe *gelak nakal

(lepas tu bos kau pun guna excuse generator sebab nak cari excuse untuk buang kau dari tempat kerja dia) HAHAHA *gelak jahat

T-T

Jadi! Saya perlukan iPhone 4S supaya dapat uruskan diri saya. Supaya tak sesat jalan, supaya tak mati kering akibat boring, supaya boleh bersosial networking bila-bila masa, supaya boleh set alarm/ reminder so tak payah susah payah nak cari excuse bagi pada bos. Supaya bos tak ada excuse untuk buang aku. Ting! *senyum nampak gigi




See? Tersangat user friendly, even orang kurang upaya boleh guna iPhone 4S dengan senang! Good one :D




Yes Siri yes~ Its (going to be) MINE!!
hahahahaha










Friday, October 14, 2011

MY HAPPIEST MOMENT


Pernah tak satu hari, duduk rumah tak ada aktiviti nak buat? Seharian duduk termenung je tak tahu nak buat apa, mundar mandir dari dapur pergi ruang tamu, guling-guling atas katil, last sekali berbual dengan dinding~ Bosan kan? Macam nak muntah je kalau macam tu hihihi

Masa ni la bila buka facebook, friendster, myspace satu notification pun takda. Nak YM kawan semua tak online. Perghhh.. BOSAN!!!!

Pernah suatu hari tu, aku bosan sangat. Jadi rancang dengan kawan-kawan nak keluar sebab asyik terperuk je kat rumah sikit hari lagi boleh jadi kera sumbang. huhuhu.. Rancang punya rancang, jadi semua setuju pergi ke Putrajaya sebab ada Hot Air Balloon Fiesta.

Wahhhhhh!! Memang seronok sangat. Macam-macam jenis belon ada kat situ. Dari belon udara panas, belon pasar malam, belon Spongebob dan...

buih sabun yang tiup-tiup tu~ =-='

Belon buih pun kira sebagai belon ke? hahaha

Memang sangat gembira! Dapat keluar, jalan-jalan.. Tengok hot air balloon. Gosip-gosip. CUCI MATA (hehehe). Makan. Makan. Makan. :P

Memang seronok bila tengok semula gambar-gambar yang diambil masa tu. Teringat semula saat-saat manis, kelakar.. dapat bayangkan cuaca masa kat sana.. suasana masa tu memang meriah. Budak-budak kecil lari sana sini. Mak-mak kejar budak-budak kecil. Bapak-bapak duduk tengok mak budak kejar budak kecil~ *sigh sigh sigh* T-T


Dan ini saat paling gembira kami yang dirakamkan dengan hasil yang sangat manis~ weeee~ :D

Saat gembira bersama kawan-kawan semasa Hot Air Balloon Fiesta

Untungkan dapat rakam gambar masa-masa yang gembira? Tiba-tiba rasa rindu nak ke masa tu semula kan? haaaaa...

TAPI

Gambar tu semua diambil dari kamera orang lain.. T-T
Diri sendiri masih guna kamera telefon yang hanya 2.0 megapixels~ sob sob sob.. Jadi kalau nak gambar cantik memang kena guna kamera orang lain yang melampau canggih lagi cun! Kesian beebot kan?

Jadi beebot pun check-it-out kamera-kamera ni.. OLYMPUS PEN!


OLYMPUS PEN Lite


OLYMPUS PEN Mini


 ni, sini, layan video ni~ ohh wahhhh~


satu lagi!!!



Memang cun~  (eh yang mana satu yang cun? theehehe :P)

Beebot nak satu kamera cun tu, nak ambil gambar banyak-banyak, simpan semua memori manis dalam satu album gambar dan bila tiba suatu hari yang bosan akan selak semula album gambar dan mengelamun membayangkan saat-saat manis, ceria dan gembira... (senyum sorang-sorang... ngee~ :D)



HAPPY!! HAPPY!!! HAPPY PHOTOGRAPHY!!