Showing posts with label barbie cantik ke? tipu~. Show all posts
Showing posts with label barbie cantik ke? tipu~. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

DERMA DARAH: BLOOD DONATE

"derma darah adalah untuk orang yang kental hatinya"
-beeb beebot (11-10-2011)-



Hahaha siap nak buat quote.. comel kan~

Kalau kita cerita pasal derma darah, apa korang akan bayangkan? Mesti ada yang bayangkan darah tu.. merah, pekat, mengalir.. nak lagi ekstrem? Bayangkan darah tu mengalir keluar dari tangan melimpah atas lantai, atau pun bayang kan ulat tengah sedut darah korang macam lintah tapi ni bukan lintah ini ulat tahu tak gigi dia tajam sedut darah korang sampai kering OK! STOP! melampau kau eh beebot?

Bayangkan jarum tu besar macam straw yang buat sedut air sirap selasih WEH! WEH! DAH! last-last aku yang seriau~ LOL

Ada yang takut nak derma darah sebab takut darah @ hemophobia. Takut jarum @ trypanophobia. Boleh jadi doktor tak aku ni? Hebat kan? hahaha Takut doktor @ doktorpunnaktakutkephobia eh eh tak yang tu tipu, tapi memang ada yang takut jumpa doktor kan kalau sakit? Macam...... doktor.... gigi? (beebot angkat tangan) kan? Kalau tu punca takut derma darah, aku tak tau nak tolong macam mana hohoho

Selain tu ada juga yang takut derma darah sebab mitos. Mitos? ye mitos. Mitos? Fakta salah la senang cerita..

Salah satunya adalah 'derma darah boleh buat kau jadi gemok wek wek' ish SALAH tu! Mungkin la selera makan akan bertambah, tapi sendiri kena kawal la. Jangan la ikut nafsu.

'derma darah nanti tekanan darah kau rendah siot~' SALAH!!
'nanti korang kene AIDS doh' CHOI! SALAH!!
dan sebagainya yang salah-salah belaka.. Sila rujuk sini  <(klik cepat) untuk keterangan lanjut


Kalau korang derma darah korang boleh la dianggap sebagai wira yang gagah perkasa menyelamatkan orang lain yang memerlukan darah. Tanpa menghiraukan sakit tangan kena cucuk jarum sebesar straw (lebih-lebih pulak). Dan anda berpuas hati walaupun ganjarannya hanyalah sebungkus roti krim dan air kotak. Eh dapat pahala gak la kan.. sebab tolong orang.

Jadi marilah kita menghargai wira-wira yang berhati kental dan gagah!! Terima kasih wira <3



wirawati beebot hihihi pasan



wirawati Kak Ida

"Eh kak Ida, suami kak Ida ade ngan orang ah hahaha"



Wirawan Abg Mus, suami kak Ida



wirawati kak P

kak P nak kene sosok *cocok *cucuk

DAN!! Tak lupa juga kepada semua yang lain! Walaupun first time derma darah.. ye la... tahniah la~




Kak Rod a.k.a Melur tengah nebes isi borang hahaha!!



dan juga akak CC kami.. huhuhu syabbas


So? Kalau kami boleh, kenapa tidak anda? Ada macam iklan radio tak? hahaha


DERMALAH DARAH, SELAMATKANLAH NYAWA




Monday, August 1, 2011

lelaki TAK/ TIDAK/ MEMANG TAK AH ... suka shawl serabut

Aku ada baca satu entry ni dari blog tekantekantakdapat tekantekanpapankekunci. Dia tak puas hati bila baca magazine, ada sorang mamat kata 'Gurlz nampak selekeh bila PAKAI SHAWL' Sebenarnya aku setuju dengan dak mamat tu..




Okay, okay tenang semua peminat serabut shawl serabut. Apa yang dimaksudkan dengan nampak selekeh bila pakai shawl tu apabila shawl dipakai dengan sebegini rupa


sori Ayunar, style ni mmg x leh blah

ni....

Rasanya pelopor gaya serabut ni adalah Hana Tajima, mungkin jugak Yuna sikit-sikit..




Ada yang panggil tudung/ shawl ala serabut, ada yang nampak okay ada yang tak. 

Aku memang kolot, pakai tudung bawal pun senget lagi.. Hana Tajima memang cun,Gaya dia memang sesuai dengan dia. Not too crowded dengan aksesori yang macam gelabah sampai mak tengok pun cemas. Tapi yang cuba nak bergaya macam dia, ada yang end up macam pembalut gula-gula yang dah kena keronyok campak dalam lecak..  



this one sweet la~



Yang penting jangan jadi Dato Siti sudah




Kalau gaya tudung saji, Johan pun surrender kowt Dato~




OK LA... AYUNAR la cantik~
bila headband kejadahnye tu takda, ok la kan

go for simplicity.. eh ni bukan promote SimplySiti eh...

apa lagi ntah: raya nanti pakai berpada-pada sikit, kang tak memasal kepala kena ragut. Sebab banyak aksesori atas kepala.

Thursday, October 28, 2010

PUTIH ITU SUCI, TAK SEMESTINYA

Heh, rilex.. rilex peeps! Putih memang melambangkan kesucian, kudus (mdm Suhaila, lecturer c++ suka sebut ni hahaha nostalgia~).. Hati tenang je dengan benda putih ni, tapi kalau tengah malam nampak 'benda' putih seriau gak la!

Tapi jangan risau. Ni bukan pasal 'benda' putih a.k.a hantu tu. Tapi pasal kegilaan ramai orang untuk memutihkan kulit.

Bila tengok iklan- iklan kecantikan kat tv rasa menyampah pulak. Lagi- lagi bila dengar ayat ni "dulu, saya benci tengok muka saya sendiri" lebih kurang macam tu la ayat dia. WTH?!! Lain kali nak buat iklan buat ayat yang bijak/ sopan sikit. Ada ke benci dengan pemberian Allah? Apa- apa je la..

Semua orang nak jadi putih, nak kulit konon- konon suci, mulus, kudus. Pakai produk itu ini. Kulit menggelupas merah- merah macam udang terbakar je. Cantik ke tu? Orang kat sini punya la taksub nak putihkan kulit. Tapi awek- awek kat barat tu dok tanning kulit nak bagi gelap. hoh~

Cuba bayangkan kalau semua orang kat bumi kulit warna putih............. b.o.r.i.n.g~ Kalau semua kulit gelap? b.o.s.a.n~ hah, sebab tu la warna kulit kita berbeza. Takda la kau muntah hari- hari tengok orang muka putih, pucat.

Yang penting, bersyukur... Syukur seadanya. Haa lagi satu fakta penting, produk pemutihan kulit selalunya banyak kesan sampingan jangka masa pendek atau jangka masa panjang.


Tengok dia ni!
Tak putih, tapi dia gojes! okay GORGEOUS!!


I Love You, Dayang..
Gambar dari Dayang punya Facebook fanpage