Showing posts with label lencana. Show all posts
Showing posts with label lencana. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2012

Selamat pagi hari Khamis. Saja nak share info ni. Bagus untuk semua orang. Orang yang tengah cari kerja pun boleh datang sebab ada buat pameran kerjaya jugak. Moh ler~




Antara yang menarik kat sana:
a) Pameran Pendidikan IPTA/IPTS & Intitusi Pendidikan MARA (IPMa).
b) Yuran Pengajian PERCUMA di IPMa terpilih.
c) Peluang penajaan & pembiyaan pelajaran MARA untuk calon yang layak.
d) Elaun Bulanan untuk calon yang layak.
e) Kaunseling Pendidikan & Kerjaya.
f) Pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak.
g) Permohonan terus & temuduga terbuka.
h) Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
i) Peluang kerjaya & temuduga kerja

Nak maklumat lanjut boleh klik sini.. Ataupun, pergi je kat facebook page Karnival Pendidikan MARA.
Atau atau atau.. singgah website MARA< klik klik
Jangan lepaskan peluang ni tau.

Monday, January 16, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BAGI TAHUN 2012

JENG! JENG! JENG!

Keputusan tawaran nak keluar dah ni. Hahahaha teruja lebih pulak, gedik~

Okay, semakan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 20 Januari 2012. Boleh pergi website MARA atau pun pakai sms je : mara<jarak>mrsm<jarak>angka giliran dan hantar ke 15888.

Get it? Okay ulang.....

Semak mulai: 20 JANUARI 2012
Cara:

1.  Melalui website MARA > www.mara.gov.my

                        atau

2.  Melalui sms: mara<jarak>mrsm<jarak>angka giliran dan hantar ke 15888.






GOOD LUCK!!
berjaya?
TAHNIAH!!!
nak masuk MRSM tingkatan 1 tak berjaya?
CUBA LAGI UNTUK TINGKATAN 4 NANTI!!
nak masuk MRSM tingkatan 4 tak berjaya?
ITS OKAY.. ITS NOT THE END OF THE WORLD. BUAT YANG TERBAIK DALAM SPM NANTI. BELAJAR KAT MANA-MANA PUN BOLEH BERJAYA KALAU KITA RAJIN BERUSAHA!!!!!!!




Sunday, November 27, 2011

PERMOHONAN KE MRSM TINGKATAN 1

UPDATE: SEMAKAN BERMULA 20 JAN 2012 > KELIK SINI

  Fisrt of all, tahniah kepada semua pelajar tahun enam yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2011! Tahiniah gak kepada adik Beebot yang dapat se-A saje~ 

oh well....

Okay, jadi dah rancang nak masuk ke sekolah mana lepas ni? heh, mari sini... Beebot terangkan macam mana cara mohon untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Kita mula dengan syarat-syarat dulu la ye~

Pelajar semenanjung Malaysia
1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.

3. Permohonan  ini  terbuka  kepada   pelajar   yang   bersekolah   di Semenanjung        Malaysia : 
    i. Bumiputera tahun enam. 
   ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan           atau Sekolah Rendah Kebangsaan. 
4. Pemohon hendaklah memperoleh  keputusan 5A dalam Ujian Penilaian      Sekolah  Rendah (UPSR) tahun 2011. 
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)         Tingkatan 1 pada tarikh antara 12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan     di semua MRSM di Semenanjung Malaysia. 

Pelajar Sabah & Sarawak
1. Warganegara Malaysia.
2. Permohonan  ini   terbuka  kepada   pelajar   yang   bersekolah   di Sabah dan  Sarawak:
    (i) Bumiputera tahun enam.
  (ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah      Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam      Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.



Okay, clear? okay... bagus..

Sekarang, decide mana satu antara 4 program ni yang korang nak..

1. MRSM Program Biasa
2. MRSM Program Ulul Albab
3. MRSM Program IGCSE
4. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE (uh hebak deh?)

Nak tahu keterangan tentang program-program ni, sila klik sini (untuk pelajar semenanjung Malaysia) dan sini (untuk pelajar di Sabah & Sarawak)

Okay, sekarang adalah cara-cara memohon ...

1. Dapatkan kata laluan secara percuma di semua MRSM, Pejabat MARA Daerah dan Pejabat MARA Negeri.
2. Bawa salinan Surat Beranak dan  salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Kalau dah dapat kata laluan, terus pergi log on.. Lepas isi semua maklumat dengan lengkap, submit secara online (Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara  online untuk menduduki ujian dan temu duga). Kemudian cetak borang tu dan hantar ke alamat ni 



(Permohonan Ke Tingkatan 1) 
Pengarah, 
Bahagian Pendidikan Menengah 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 
21, Jalan Raja Laut, 
50609 KUALA LUMPUR.


Senang cerita, submit secara online > cetak borang permohonan yang dah diisi > poskan ke alamat di atas. Senang kan? Kalau masih tak faham, hubungi MRSM, Pejabat MARA Daerah atau Pejabat MARA Negeri yang terdekat.

GOOD LUCK :)

apa pulak lagi: lupa nak bagi tahu, kemasukan ke tingkatan 1 ni akan ada UKKM (Ujian Kemasukan ke MRSM) dan temuduga!

LAGI! Permohonan online tutup: 30/11/2011. Tarikh akhir hantar dokumen dan cetakan borang: 5/12/2011.

GOOD LUCK la lagi sekali :D

Friday, October 14, 2011

MARI TENTUKAN JANTINA OTAK KORANG

Alahai pagi tadi pergi mem-blogwalking satu blog ni ha. Jalan punya jalan (mata la yang jalan) sekali berhenti kat satu post dia. Kelik sini bagi yang curious dan comel. Sila test otak korang.

Okay, test kat sini pun boleh...


"Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN"



So? Korang punya otak lelaki ke perempuan? hahaha aku buat dapat 3 je.. lepas tu kira semula dapat 5 je pulak.. DAMN! mau dekat 20 minit nak cari bagi jadi 6 F!

\/
\/
\/



FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

6 F kan? HAH!


Sunday, September 25, 2011

PERMOHONAN KE MRSM

UPDATE: SEMAKAN BERMULA 20 JAN 2012 > KELIK SINI




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. eceh~

Entri sebelum ni aku bagi perbandingan antara SBP dengan MRSM dengan sekolah harian.. (padahal pergi copy dari wikipedia) huhuhu

Tapi kali ni, nak kongsi macamana cara untuk mohon masuk ke MRSM. Okay, pengambilan MRSM adalah bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja. Mari check it out...


Tingkatan 4
Selalu nya iklan kemasukan ke tingkatan 4 akan keluar dulu. Oh cerita pasal iklan, tak lama lagi keluar la tu.. maybe this week.. cer tengok berita mingguan!! hihihi

UPDATE: IKLAN KEMASUKAN KE MRSM TING. 4 2012
Selalu mohon masuk MRSM tingkatan 4 ni guna result percubaan PMR. Syarat nye, mesti la lulus semua subjek terutamanya Matematik dan Sains.. err dan Bahasa Melayu.  Nak lebih lanjut klik sini > Syarat-syaratnya




Tingkatan 1
Biasanya kalau tingkatan satu punya iklan akan keluar sehari sebelum keputusan UPSR keluar.. or so~ syarat dia senang je.. mesti 5A!! kalau tak sila menangis.. eh jangan la.. nanti form 3 belajar rajin-rajin boleh apply untuk tingkatan 4 punya ye adik-adik. Okay la, jangan la form 3 baru nak rajin. Mula dari form 1 okay..



Cara-cara
1- Tunggu iklan keluar
2- Baca betul-betul syarat dan arahan dia (penat tahu tak nak explain sorang demi sorang padahal semua dah stated dalam iklan)
3-Dapatkan no pin dekat pejabat MARA yang terdekat samada Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri/ MRSM
4- Then, pergi website MARA > http://www.mara.gov.my/ atau kalau dah ambil no pin, pada slip tu akan ada url untuk korang login dan fill all the details yang diperlukan. 
5- Isi dengan betul, pastikan tak ada sebarang kesilapan masa isi sebab once korang dah klik 'SEND' atau 'HANTAR' korang dah tak boleh betulkan semula..
6- Segala hardcopy yang diperlukan kena hantar within masa yang ditetapkan, kalau x babai la
7- Berdoa lah anda semua :D



apa pulak lagi:   Okay ini just nak bagi tahu la kan.. kalau korang dah dapat tawaran dari SBP, JANGAN tolak tawaran tersebut semata-mata nak masuk MRSM. Sebab once korang dah terpilih untuk masuk SBP korang TIDAK akan dipanggil untuk ke MRSM. Itu adalah sistem dia. SBP akan buat pemilihan terlebih dahulu then baru pass pada MRSM.. Okay? Get it? Senang cerita, rezeki jangan ditolak~ Sama je SBP dengan MRSM, kalau rajin usaha belajar mana-mana pun akan berjaya.

eh lupa.. Permohonan terbuka kepada Bumiputera dan juga Non-Bumiputera

Saturday, September 17, 2011

SBP vs MRSM vs SEKOLAH HARIAN

Dulu masa sekolah tak pernah nak ambil berat pun sekolah-sekolah asrama. Asal aku dapat sekolah dah cukup bagus la kan~ (lagi pun kalau result macam aku dapat tu memang sekolah harian je la yang boleh terima hahaha T-T)

Jadi untuk tidak membiarkan budak-budak zaman sekarang (budak-budak bajet pandai terutamanya) asyik conquer tempat nombor 1 dalam kelas, mari kita suruh mereka masuk sekolah asrama~

Kita ada... eh, negara kita, Malaysia, ada..




Sekolah Berasrama Penuh (SBP):
Merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar Bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris/ ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.




Maktab Rendah Sains MARA (MRSM):
Merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapaimatlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun, mempunyai sistem kewangan tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.






Sekolah Harian:
Aku dulu belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. Seronok je~ Tak payah nak asrama-asrama segala. Sebenarnya kalau nak berjaya, tak payah masuk boarding school pun takpe. Asalkan kau rajin usaha, hormat cikgu, kaki bodek, tak malu bertanya, tahu apa yang kau minat, tetapkan matlamat pastu ada azam yang kuat untuk berjaya kau mesti boleh berjaya punya! Boleh la buat mak bapak bangga.. puas hati cikgu kau jerit-jerit sambil baling kapur masa kau sekolah dulu, jadi orang gak murid dia.. 



Next post aku ajar macamana nak mohon masuk MRSM.. insyaallah~


Apa Pulak Lagi: aku tak faham betul kenapa budak SBP dengan MRSM suka gaduh-gaduh and boast pasal sekolah diorang? kamon la, shame on you the-so-called-excellent-students! Padahal budak sekolah harian selamba je jadi doktor, akauntan, peguam... ahli muzik ...dan....... kakitangan kerajaan~ kan?