Friday, October 15, 2010

JAMUAN PENGHABISAN RAYA

Jumaat, Syawal yang ke-29 merupakan hari terakhir dan terindah untuk menyambut raya. Jadi, pada hari itu pejabat kami mengadakan jamuan kecil- kecilan. Memang kecil- kecilan sebab office pun kecil- kecilan. Hoh!!

Lupakan pejabat yang kecil. Kalau ada majlis, tak sah kalau takda gambar. Nikmatilah gambar- gambar ni dengan linangan air liur. Slurrrp~ Jom mulakan... Slurrrp~





Sate ni Seremban mari. Sate daging memang power hoh!!



Ni nasik beriani Pak Wan. Kedai dekat Cyber Valley, dengkil.
Eh, siapa dalam gambar tengah senduk nasik tu? Oh well, abaikan~ hahaha




Pencuci mulut yang slurrrp~



Sambil- sambil tu meh tengok sikit panduan makan dengan berhemah.
Eh dah boleh hentikan linangan air liur... euww~





Mula- mula baca doa ye adik- adik. Kendian makan, kalau ada orang nak ambil gambar sila cover diri, jangan ambil gambar tengah nganga! Last sekali, cara bergambar berkumpulan. Nice~
Model: KakNor [pinky], bos [tudung kuning]




Dan ini pula panduan bergambar secara berturutan. Hoh comel model ni!! Nak sain (autograf)!!



Panduan menjadi model telefon bimbit. Abaikan cermin kat belakang tu, heh...
Lagi sekali, comel model ni~


Panduan menyusun sate.......  ??? abaikan~


ini.........

OK, ramai tetamu yang datang sebenarnya.. tapi, nanti panjang pulak.


<^-^>

Wednesday, October 13, 2010

TEMUDUGA: UNTUK KE SEKIAN KALINYA

Ha! untuk ke sekian kalinya ber-temuduga-an. Kali keempat rasanya ni. Pertama kali interview dengan MARA dapat la jadi kerani (bengang gila dengan orang yang buat teka- teki "kera apa yang pandai menaip" KORANG JANGAN JAWAB!!) Alhamdulillah, walaupun ada diploma jangan pilih kerja. Ambil je peluang yang ada.. huhuhu interview kali kedua masa tu untuk gred F29 hahaha masa ni apa yang study dulu ada yang dah lupa, jadi selamat tinggal la. Ketiga masa tu untuk gred E27, haaaa tak dapat pun.. mungkin masa ni pengalaman tu tak cukup lagi, jawab soalan pun macam hape je hahaha!!



DAN! Kali keempat adalah semalam!! Gred E27 lagi. Fuh, okay saya cerita sikit. Roughly je sudah.




Macam biasa, dari Dengkil ke KTM Nilai. Hah, mesti ramai yang kata 'bapak jauh, napa kau tak naik ERL?' ataupun 'gila la kau, pergi KTM Serdang kan boleh?'. Apa- apa je lah, suko ati den la. Hohkay, jadi park kereta kat sana, beli tiket dan.... tunggu la keretapi nya sampai sampai mengantuk~ T__T



 
Turun kat KTM Bank Negara. Kalau kerja kat Bank Negara syok jugak! hmmm... BEEB, FOKUS!! Tahu tak sejam setengah tau baru sampai! Naik koc wanita yang tiba- tiba ada lelaki pulak, perasan cantik la tu. Okay, okay... jalan kaki dari situ ke Medan MARA. Huh, interview punya pasal lenguh kaki pun tak kisah kan..


Sampai dekat Medan MARA pukul 9, lambat setengah jam okay~ tapi..... nasib baik tak ramai orang, selalunya dah berderet. hohoho!! Soalan yang ditanya boleh tahan la, gigil sikit. gulp.. Tapi memang nak hantar jauh- jauh ke encik? serius? maksud encik serius kerut dahi sampai kedut- kedut? huhui~ ahh bolehla! Lepas tu, tanya itu ini dan habis. Agak cepat agaknya habis interview tu. 15 minit. Perjalanan ke sana 1 jam 30 minit. Tunggu turn,1 jam. heh biasa la tu, gila nak interview lama- lama nanti pengsan pulok!




Jadi, untuk kesekian kalinya pergi interview..harapan memang menggunung. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat owh tidak mengapa sob sob T__T cuba lain kali.

GOOD LUCK BEEB!!

Anyway, siapa nak belanja kita tengok konsert PARAMORE? Takda? babai PARAMORE.... T__T
Masih belum terlambat untuk korang belanja saya tengok konsert inih.. Okay saya tunggu ni...
Takda jugak? Serius?

Thursday, October 7, 2010

MENJADI ULAT BUKU MODEN

Membaca memang bagus. Ada orang kata "You are what you read" atau "Anda adalah apa yang anda baca" Betul ke?

Cuba baca ni





SAYA CANTIK


E'eh betul la!! Okay, sebenarnya nak gebang pasal buku. Atau lebih tepat lagi shopping buku. Online. Hah! Sebelum ni kena pergi kedai buku semata-mata nak beli 1- 2 buku je. Duit minyak dengan masa tak kira lagi.


Nasib baik! Lepas ni pergi kedai buku untuk beli alat tulis sahaja sudah, sebab ni >> BooksforCharity
adalah sebab kenapa membeli buku/ novel menjadi senang. Kenapa jadi pilihan? Harga buku- buku dia lagi murah dari yang beli dekat kedai buku. Cuba klik link kat atas tu, baca bio dia kejap


"Books4Charity is an independent charity based e-store that allows you to buy books online in Malaysia at cheaper price than major bookstores while the proceeds from book sale goes to charity. Find various books at irresistable price -from best selling Chiclits, Popular Fiction, Non-fiction, Motivation/ self help, DIY, Malay Novels, Children, Religion books etc "

Murah rezeki buat charity......


Weh! Macam- macam ada, murah pulak tu... kalau beli 5 free delivery hoh! Sebab tu la saya 'terembat' 6 bijik buku! Memang lepas ni tak keluar bilik baca buku je. Siapa nak sewa boleh, sehari RM5 hahaha tak, tak boleh sewa <kedekot> Nak tahu buku apa yang saya beli? Scroll lagi..........




















Wahahaha saya ulat buku. Dan kerana ini adalah buku omputih, setiap kali baca kena ada





ye kamus...  T____T



gambar dari B4C sebelum bertukar owner
beeb: 'hei sayang, bila nak sampai sini?'  <--- gila



hohohohohoho!!! Teruja bershopping. Ni rasa- rasa bila boleh habis baca semua?


Terima kasih kepada orang yang bertanggungjawab mengenalkan BooksforCharity kepada Beeb Beebot ni. Trimas Aimi kerana lepas baca entri dia pasal new babies..hehe terus klik link yang dia bagi dan dan tu juga teruja!! Aimi ni memang ulat buku, nasib baik dia tak pakai cermin mata bulat. (kalau tak aku dah publish muka kau kat sini) hahahaha

Kepada bookworms kat luar sana, cepat- cepat la check-it-out ini BooksforCharity. Mesti tergoda! Harga gila murah! Kalau yang suka novel hardcover, kat luar selalu jual RM79++ kan? Tapi kalau beli kat BooksforCharity, eh korang tengok la sendiri......


Okay, si ulat buku nak start membaca. Buku mana nak mula dulu? hahaha Happy Reading!!


Wednesday, October 6, 2010

MENDAKAP GIGI

Pakai pendakap gigi atau braces.


Mak kata itu adalah pagar gigi namanya.. what? Iyelah mak..




Merujuk kepada gigi yang bersepah ni, jadi hari ni baru nak ambil inisiatif memagar gigi. Walaupun dah 23 tahun dengan gigi macam ni..... T___T  Jadi, waktu rehat tengahari tadi pergi la buat research sikit.


Lepas tu teringat ada satu klinik gigi dekat Bandar Baru Salak Tinggi ni. Dulu pernah cabut gigi kat situ. Okay la. Jadi google nama klinik tu untuk dapatkan nombor telefon. (Apa la, kau susah- susah kenapa? Operator kan ada? Dial je 103!) Hoh! Bila dah dapat nombor telefon terus la dial. Lepas tu tanya la dia kalau nak buat pendakap gigi rasa- rasanya dalam berapa? (Merujuk kepada bayaran) Sekali dia cakap RM5000 da!!! ye LIMA RIBU RINGGIT MALAYSIA. Mak aih, selama ni ingat kalau nak buat braces tak sampai seribu. Hahaha hambek kau.. 


Dulu ada kawan kata boleh buat (buat ke pasang? ah whatever) braces dekat klinik pergigian kerajaan. Jadi, google lagi untuk cari nombor telefon dia. Bila telefon, dia kata klinik pergigian Sepang tak buat braces. Dia kata Seremban dengan Kajang ada. Heh... Tanya lagi rupa- rupanya khidmat membuat braces kat klinik kerajaan untuk budak sekolah menengah je... what the?


Jadi tiada pilihan lain, klinik swasta saja. Hohoi! Tapi, kalau la RM5K bayarannya... kumpul duit sebulan RM200, wah!!! lagi 3 tahun baru boleh bikin braces hoh!! Rasanya lagi 3 tahun lagi mahal nak kena bayar..



Macam mana nak pagar gigi ni? hadoyai~

Sesiapa ada info? Gigi oh gigi...

apa pulak lagi: tadi ada baca satu forum kat website mana ntah, dia orang kata boleh bayar ansuran. HAH! ESOK NAK TELEFON KLINIK GIGI BANDAR BARU SALAK TINGGI TU SEMULA!!



[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

since ramai yang view post pasal braces dekat blog ni, so I bagi link ke blog A Dentist. Dia ni dentist kat Bangi. Tapi lama dah kot dia tak update blog. Alamat dan contact number semua da kat blog dia. Sila lawat :D

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

Monday, October 4, 2010

SANTAPAN DAN LANTAKAN

Sempena menyambut hari raya Aidilfitri yang ke- 23, Aimi jemput ke Raya Hi-Tea kat rumahnya. Jadi lebih senang disebut sebagai makan- makan. Majlis makan- makan ni mula pukul 3 petang. Saya dan seorang lagi kawan, Manisah nama dia rancang nak pergi sama- sama. Mengikut perancangan sepatutnya bertolak jam 2.30 petang.... ala Sunway tu bukan jauh mana. Tapi sebab Manisah adalah seorang pengurus ladang yang sangat dedikasi dan bekerja di hari Sabtu yang indah, waktu berubah kepada 2.45. Tapi oleh sebab Beeb yang duduk rumah tak buat apa asyik surf internet pukul 2.30 baru nak mandi, waktu yang muktamad kami bertolak adalah 3 petang.

Pergi ambil Manisah kat rumah dia, dan terus menuju ke Sunway wuhuu!! Perjalanan sampai tol Puchong memang okay dan menggembirakan hati! Tapi bila sampai tol kedua, mangai~ Memang banyak kenderaan tak hengat. Dekat situ je dah habis lebih setengah jam!! Demme! Perut sangat lapar sebab tak makan tengahari, bajet nak makan banyak- banyak dekat rumah Aimi. Rasakan, asid dalam perut dah mengamuk! ala Sunway tu bukan jauh mana~ T___T

Akhirnya, sampai jugak rumah Aimi. Manisah and I, ceh... Manisah dan saya dah rancang nak skip appertizer dan terus ke main course! Lepas salam- salam, duduk jap.. Lepas tu serang!! Memang tak hirau appertizer hahahaha!!! Kerana lapar jadi takda la sempat nak bergambar, tapi Aimi ada ambil satu gambar. Satu je.

Lepas dok berborak lama, kami pun minta diri nak balik. Woh!! Aimi siap bungkuskan makanan lagi! Ni la penganjur majlis makan- makan yang paling hebat!!! Oleh kerana tak sempat ambil gambar masa dekat rumah Aimi, jadi saya buat food review di rumah sendiri. Jom!


Food reviewer: beebot

DESSERTS
hehehe memang desserts lebih menjadi pilihan di mana- mana majlis pun.



These mouthwatering cuppies, Aimi sendiri bikin... hoh






Dalam 3 jenis tu, I suka yang ini!


Ni mungkin saje perasa strawberry... (tau makan je) Sedap!!





Ni pulak adalah puding.. puding kan?


Anggap je la ini puding. Dan ini puding jagung. Tapi puding soya yang makan kat rumah Aimi dah jadi fevret I.. No offense ye puding jagung~



DAN!

Nasik Himpit Goreng!
Ya Allah, rupanya sedap nasik himpit ni.
Masa dekat rumah Aimi tak makan ini sebab tak tahu ini nasik himpit.




Ye, nampak je macam oily.. Sebenarnya tak lah....





...............

Betul, tak oily, cuba tengok gambar kat bawah ni


Tak oily kan? Okay tamat sudah food review bersama beebot.



Review tanpa gambar, oleh beeb.

Masa kat sana makan mi kari. Sedap yaw.
Cuppies coklat. Sedap.
Ribena. Sedap. (Kellasss kau Aimi, hidang ribena masa raya)
Puding soya. Sedap. Sedap. Sedap.
Teh perasa...... aaaaa..... lupa. Sedap bau.

Memang sedap banget.

Terima Kasih Atas Jemputan!! Tahun depan buat lagi.

Friday, October 1, 2010

"DiGi iPhone 4 Life"

Mempunyai keluarga yang memahami dan dikelilingi kawan- kawan yang sangat disenangi memang merupakan anugerah yang tak terhingga dalam dunia ni. Kalau dapat bergembira bersama keluarga dan kawan- kawan memang seronok. Mandi manda bersama di air terjun, menonton wayang, window shopping dan ber- BBQ. Ahhh seronoknya.



Tapi, apa kita nak buat kalau duduk berjauhan dengan keluarga? Macam mana kalau kawan- kawan semua sibuk dengan kerja? Bila kita nak pergi mandi air terjun? Tonton wayang? BBQ semua tu bila? Takkan kita nak duduk rumah, tengok tv-makan-tidur sahaja? Memang bosan kalau tinggal sendirian bukan? Lagi- lagi pada hujung minggu oh sedih betul.




Tapi, sejak terbaca tentang DIA di sebuah laman web. Jantung saya berdegup dengan kencang! Susah nak bernafas! Orang ramai juga sibuk memperkatakan tentang DIA. Mereka kata DIA hebat! Serba boleh! Malah DIA juga telah menambat hati semua orang di serata dunia! Tidak kira lelaki atau wanita, semua teruja tatkala memandang DIA...




Ish! Siapa DIA? Ini lah DIA!!










 









DiGi iPhone4

Inilah jawapan kepada kegelisahan orang ramai. Memang ramai yang jatuh hati pada pandangan pertama! Bagi saya, ini penawar kepada KESUNYIAN dan KEBOSANAN!

Kalau dekat rumah, tengah syok tengok kartun dengan adik- adik, tiba- tiba datang pula mak nak tengok cerita lain. Aduh.. jadi setiap kali waktu iklan kena tukar- tukar siaran. Tapi dengan DiGi iPhone4 ni, tak payah la nak main tukar- tukar siaran lagi dengan mak. Jeng jeng jeng!!


Apps for moms & dads

Memang aplikasi ni sesuai untuk mak dan bapa yang ada anak- anak yang gila menonton kartun. Boleh tengok Dora The Explorer.. Hmmm agak- agak ada tak Spongebob Squarepants? Okay, mak ambil la remote televisyen tu, tapi mak bagi orang iPhone satu!




Apa? Guna duit sendiri? baikkkkk~ hmmmm...




Lupakan dulu pasal mak dengan remote televisyen tu... huh. Jadi bila da malas nak tukar- tukar siaran, mari kita ke dapur cari makanan. Selalunya kalau kakak ada di rumah, lauk memang seperti tak mahu bagi orang berdiet. Memang akan lupakan segala azam diet, serius!! Memasak bagai chef~ Tapi..... bila dia takda, kena la masak sendiri. Tapi tapi tapi mana tahu masak? Nak masak apa? Macam mana? Guna apa?

Jadi memang kena ada DiGi iPhone4 ni. Kenapa? Sebab... dia ada aplikasi untuk masakan. Nama dia Apps for Cooks! Weh, Jamie Oliver pun ada la! Teringat Naked Chef beliau dulu hehehe tengok cerita masak- masak suka, tapi bila nak masak memang gagal~ T___T



Heh, bukan Jamie Oliver je yang hebat memasak ni. Ada Martha Stewart juga! Dia ni memang serba boleh. Bukan je masak, gubahan boleh, art pun boleh~ Wahh... kalah kakak yang memasak bagai chef tu hahaha


Nah! Siap ada Kitchen Calculator lagi! Tak payah susah- susah nak tukar kilo ke gram ke ounze ke nak tahu satu cawan tu sama dengan berapa sudu ke berapa mililiter ke berapa gallon? kan? Tak payah nak kerut dahi kan? Hah senang~



Lepas tu, siapa kata perlu jadi pengakap baru boleh buat ikatan tali yang betul/ hebat? Eh, iPhone boleh ajar la...... Ni ha! Aplikasi ni nama dia KNOT GUIDE.

Waaa hebat- hebat....




Kalau suka melancong, tapi selalu ada masalah dengan currency (nilai mata wang) kita tak perlu risau dah~ Ye lah, buat apa kita nak pening kepala siap berkerut- kerut dahi fikir pasal ini kalau iPhone boleh tolong kita? Cuba klik link ni > CURRENCY ha, senang- senang je dia boleh tukarkan mata wang yang kita nak.


Banyak lagi yang DiGi iPhone4 boleh tolong kita... Macam- macam, mana taknya... kita boleh download sehingga 250,000 aplikasi ke dalam iPhone kita!!!! Whoaaa! Mesti ada aplikasi yang boleh bagi tahu cara- cara menghalau kelkatu.. hehehe dan sebab itu juga lah saya nakkkkkkk sangat DiGi iPhone4! Kalau ada DiGi iPhone4, semua boleh buat.. betul tak Iman Darwish?





Muhammad Iman Darwish, anak kakak saya. uhh dobot! hahaha


Saya teruja bila DiGi buat peraduan dengan hadiah idaman setiap orang iaitu DiGi iPhone4. Memang best kalau dapat kan? DiGi, saya nak iPhone awak~ Mari saya buat satu pose khas untuk awak....





haaa... memang khas tu. Dan bila saya kata iPhone adalah idaman setiap orang, mungkin saya silap. Kerana rupa- rupanya SMILEY pun tergila- gilakannya!!! Ouh.... ini memang kegilaan dunia.










Sememangnya saya teringin nak main game Charadium Pro ni.





 
Selain ada aplikasi yang menarik, pelan pascabayar dari DiGi pun hebat!!! Jom klik link ni untuk tahu kehebatannya > iDiGi Postpaid Plans Kan saya dah kata hebat.....





Terima kasih DiGi dan Nuffnang kerana menganjurkan peraduan sebegini. Terima kasih kerana hadiahnya adalah sebiji iPhone. Terima kasih, terima kasih semua!!



DiGi iPhone 4 Life!!



Wednesday, September 29, 2010

"DiGi iPhone 4 Real"




Apa ni? Oh wah! Pelan yang ditawarkan DiGi untuk promosi terbaru mereka. Awak tanya lagi promosi apa? Saya ingat semua orang tahu pasal ni. Gajet yang paling panas di Malaysia tahun ini! Tahu tak? Ouh hmmmm.. meh la saya bagi tahu pada awak. Mula- mula saya tunjuk pada awak gajet yang paling panas tu.








Haaa! Terbeliak mata! Cool bukan? Ini la gajet idaman saya.. Awak nak tahu kenapa saya suka gajet ni? Cuba baca entri saya sebelum ini iaitu DiGi iPhone 4 Me dan DiGi iPhone 4 Play.



Dah baca? Saya yakin sangat- sangat, awak mesti nak satu. Saya pun!! Sebab tu la, saya semak pelan dari DiGi ni. Nama pelan ni adalah iDiGi Postpaid Plans 
Sebab awak pun berminat, jadi saya ajak awak semak pelan ni sama- sama lah! JOM!!


Jadi, pelan ni ada 3 pilihan. Yang pertama iDiGi 88. Kedua iDiGi 138. Dan lagi satu iDiGi 238. Apa istimewanya pelan-pelan ni? Ha.. ni yang saya tengah tengok ni.

Okay, mulakan dengan pelan no 1: iDiGi 88

Yuran bulanan after billing cuma RM58 sahaja?! Wow! Semak lagi, jom!
Monthly FREE Usage? PERCUMA?
Voice: 200 minit!
SMS: 200!
MMS: 20!
Internet: 1GB!

Saya ingat pelan yang ini dah cukup menarik saya. Tapi, lepas semak pelan iDiGi 138...... Mata saya terus terbeliak.. Ye, terbeliak!! Mana taknya, dengan yuran bulanan yang hanya RM88 sebulan (selepas auto billing) kita boleh dapat dengan PERCUMA
Voice: 450 minit!!
SMS: 400!!
MMS: 40!!
Internet: 3GB!!

Saya ingat boleh rehatkan mata yang terbeliak tadi, tapi lepas semak iDiGi 238! Mata terbeliak lagi, mulut pun nak beri reaksi > "OMG OMG OMG!" Ya! Awak dah baca kan pelan tu? Hebat bukan? "OMG OMG OMG!"

Yuran bulanan hanya RM158. RM158! Boleh dapat dengan percuma...

Voice: 1000 minit!!!
SMS: 600!!!
MMS: 60!!!
Internet: 5GB!!!




Waaa bengkak tangan nak SMS. Lepas tu banyak MMS boleh hantar.. ye lah iPhone canggih ada kamera hebat boleh la tunjuk pada kawan- kawan kan? Internet lagi, masa berbual lagi... Biar betul? Betul.. Ini REAL punya! Hanya DiGi iPhone4 dengan iDiGi Postpaid Plans yang memberi kita peluang hebat macam ni?


Apa? Ye! Awak memang betul DiGi iPhone 4 Real!!!!