Monday, September 13, 2010

TAK SEINDAH BIASA- 2

1. Anda keluar rehat dan menuju ke restoran makanan segera paling favourite anda.

2. Sesampai ke tempat dituju, pelanggan yang beratur mengecewakan perut yang bergendang.

3. 20 minit baru sampai giliran. Patutla masa datang tadi orang yang beratur muka semua ketat semacam. Lemau menunggu.

4. Nak thigh.. anda order thigh.. thigh!! Tapi akak tu letak drumstick~ Apa lah! orang dah cakap nak thigh, thigh, thigh!! anda katakan dalam hati.. tapi kemudian anda kata pada beliau, "terima kasih, selamat hari raya" dengan muka manis paksaan dan keluar.....

5. Oleh kerana anda minta makan bungkus berlagak tak mahu dine-in jadi anda terus menuju ke pejabat dan mendapati pintu di kunci dari dalam. Anda ketuk pintu hingga mahu bengkak tangan. Mahu telefon, telefon anda kehabisan kredit, demme. Anda give-up, anda makan di tangga sahajalah. Mesti colleague anda tengah sedap tidur di dalam...

6. Anda makan berhati- hati kerana berlagak tak mahu order air minum. *sigh*

7. Anda juga tidak mendapat sudu kecil untuk makan makanan sampingan yang dalam mangkuk kecil itu *sigh lagi*

8. Lagi sepuluh minit mahu pukul 2, baru pintu pejabat anda dibuka. Anda semestinya sudah selesai makan.. di tangga. Colleague anda say sorry sebab lena tertidur di dalam. Betul.sangkaan.anda...

Hari raya ke- empat.. Sarapan roti, lunch di tangga sambil mendengar lagu koleksi syahdu dari mp3 telefon bimbit.. Hari yang sempurna~ oh ya, gantikan ANDA kepada SAYA. Barulah hari yang sempurna~

ARE YOU MOIST ENOUGH?

Cuaca yang tidak menentu meresahkan anda?.
Keadaan di luar amat terik dan membuatkan anda tidak selesa untuk beriadah di luar. Bagaimana pula dengan keadaan pejabat yang mempunyai pendingin hawa? Kedua- dua keadaan ini boleh memberi kesan buruk kepada kulit anda. Di mana keadaan yang terik dan juga terlalu sejuk akan membuatkan kulit anda kering dan tidak selesa.

Bosan dengan masalah kulit kering?
Untuk membantu mengembalikan kelembapan kepada kulit anda, selain daripada mengamalkan meminum air putih lapan gelas sehari terdapat juga penyelesaian lain yang mudah dan terbukti berkesan.

NAH! Dengan tagline produk ini iaitu "Keeping Skin Amazing", Vaseline adalah jawapan terbaik untuk masalah anda.




Sebenarnya Vaseline tidaklah begitu asing bagi diri saya. Kerana saya telah diperkenalkan kepada jenama penjagaan kulit ini oleh kakak saya. Dia yang sebelum ini mengalami masalah bibir kering telah berjaya mengukir senyuman penuh bangga selepas menggunakan Vaseline.






Kini setelah hampir setahun menggunakan produk yang sama, saya tidak lagi menoleh kepada produk lain. Dan kini Vaseline tampil dengan produk baru khusus untuk penjagaan kulit badan.



Total Moisture, Healthy White, Aloe Cool & Fresh dan Intensive Rescue



Selain daripada saya mungkin pengguna setia Vaseline yang lain memang ternanti- nanti produk sebegini dari Vaseline. Seperti impian menjadi kenyataan, kemunculan produk ini membuatkan saya melonjak kegembiraan dan tidak membuang masa dengan melonjak sahaja saya terus ke kedai rangkaian terkenal, Guardian dan mendapatkan Aloe Cool & Fresh yang mempunyai bau yang sememangnya menyegarkan!

Kini saya tidak lagi merasa ragu- ragu untuk bersalaman dengan sanak- saudara di hari raya ini setelah mendapat bantuan daripada Vaseline. Kulit menjadi lebih lembut dan selesa.




Setelah keyakinan diri berjaya dikembalikan, kini adalah masa yang terbaik untuk bergembira bersama rakan- rakan!

TAK SEINDAH BIASA


Hari ni sarapan roti Spicy Tuna dengan susu cokolat. E'eh mana nasik himpit dan rendang? Memandangkan hari ni dah mula kerja macam biasa [tak macam biasa sebab ramai cuti ouh sedih] jadi sarapan pun hanya beli di 7 Eleven sebab kedai makan semua masih cuti raya.. demme!

apa pulak lagi: dan juga beli majalah masakan sebab ada resipi untuk menu sihat.. *wink*

Wednesday, September 8, 2010

BUKAN HIDUNG TINGGI, HIDUNG KEMBANG CUMA

hidung tinggi= simpulan bahasa

hidung kembang= hidung saya bila senyum.. ngee~

Selalu jalan- jalan terserempak dengan kawan lama apa korang buat? say hi~ wey lama tak jumpa, hidup lagi kau ye? kau buat apa kat sini? kau datang dengan siapa? [ini memang selalu walaupun kau tahu dia tengah shopping kat lingerie shop [pada yang tak tahu tak perlu la google] ataupun dah terang dia datang dengan emak dia yang berdiri dekat sebelah?]

Tapi, saya susah betul nak buka mulut. Kalau senyum pun tak nampak gigi, kadang- kadang tak nampak macam senyum lepas tu kawan- kawan siap buat selamba jalan laju dalam hati tanya kenapa budak ni macam kerang busuk?

Memang susah nak buka mulut terutama bila berada kat tempat baru, tak kenal sesiapa pun. Kadang- kadang ada yang datang nak beramah mesra la konon. Punya la peramah panjang berjela cerita. Lepas tu senyap siap bunyi cengkerik jadi background music.... T-T

Ya, saya tak berapa pandai bergaul dengan orang baru [tapi kan dulu- dulu mak ada pesan 'dont talk to strangers?] jadi kenapa mereka ramah sangat tak takut kena culik ke? abaikan~

Jadi kepada kawan- kawan lama yang nampak saya senyum laksa paksa ke macam kerang busuk ke itu tandanya saya sedang kata hai kawan lama kepada kamu..

apa pulak lagi: ingat lagi dulu masa mula- mula belajar dekat kolej.. 1 sem=3 bulan takda kawan!! gila pathetic!! apa lama sangat icebreaking haha lame

SELAMAT BALIK RAYA

Hari tu jalan-jalan shopping dekat Jalan TAR. Kalau orang yang tak selalu/ biasa ke sana masa bulan puasa macam mak, memang menangis.  Ouh tapi mak tak nangis, cuma malam tu memang hujan renyai- renyai jadi nampak muka mak basah hehe 

Memang pelik la orang ramai- ramai redah hujan bersesak jalan pun langgar bahu dah tak heran bau busuk asap rokok kena hembus kat muka kurang ajar kau

Tapi memang dah lumrah la kan.. shopping punya pasal. Kadang- kadang bukan murah pun [kau yang tak pandai ayat akak jual baju kurung, last- last kau yang kena ayat] T-T Sebut pasal akak jual baju kurung ni, rasa panas pulak [hati.. hati yang panas] memang la kena ayat suruh beli baju [bukan pakai minyak pengasih ke hape jangan fikir bukan- bukan fitnah orang tak baik] tu satu hal, pastu kena perli lagi ouh pasal saiz la ape lagi?

kedai 1
beeb: kak, saiz besar ada?
akak jual baju kurung: saiz awak takda *sambil buat muka tempe
beeb: ok *mengajuk muke tempe akak tu

kedai 2
beeb: kak, saiz besar ada?
akak jual baju kurung: saiz awak takda *sambil buat muka tempe
beeb: ye ke? *masih mengajuk muke tempe

kedai 3
*sila ulang dialog dari kedai 1 dan 2

Dan selepas beberapa kedai yang saya pergi memberi tempe reaksi yang sama dah give up dah malas nak tanya jadi main cuba segala jenis baju, ceh *segala jenis baju?* dapat jugak baju cantik yang MUAT yang MURAH yang COOL tapi sikit nipis~

Tapi memang setiap kali shopping untuk baju raya dekat Jalan TAR akan ada masalah dengan saiz T-T jadi setiap tahun pun berazam nak turunkan berat badan hahaha tapi datang balik tahun berikutnya masih tak dapat cuba saiz yang kecil sikit sebab azam tak berjaya!

Okay, jadi nak ambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. jangan main mercun berapa kali nak ingatkan kalau tangan kudung tak boleh nak anyam ketupat dah tahun depan kesian kat mak bapak kau~ okay Selamat Hari Raya lagi sekali hehehe tata!!

apa pulak lagi: tahun ni bapak tak buat lemang T-T ketupat anyam sendiri pun takda [bukan sebab tangan kudung main mercun jadi tak buat ketupat tak!] tak tahu sebab apa~ huhuhu

Thursday, August 26, 2010

KAKITANGAN KERAJAAN BERSORAKLAH

Apa hal nak bersorak bagai ni? Kenapa kakitangan kerajaan kena bersorak? Haaa!!!! Memang rasa nak bersorak bila ini keluar dalam newspaper >>>>> BERITA HARIAN:DUIT RAYA!!   orang yang baca suratkhabar bahasa mat salleh pula >>>>> NST: RAYA CHEER FOR GOVT SERVANTS pakcik makcik yang baca suratkhabar bahasa jawa pula >>>>> .......... okay takda......

Tapi bagi yang tak baca suratkhabar jangan nangis, sila baca ni.. KUALA LUMPUR: The government yesterday announced a Hari Raya Aidilfitri special payment of RM500 each for civil servants and government pensioners to be paid before the festival which is likely to fall on Sept 10.
Ok la, Cik Beeb sila bagi artikel yang bahasa kebangsaan Malaysia punya.. kejap ey.. errr.... ok ambil dari Berita Harian.. KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Ok, sekarang dah jelas? Sila bersorak.. ehem!! kakitangan kerajaan saja.. Gembira tu memang la kan~ tapi kena ingat, jangan buat beli yang bukan- bukan pula terutamanya MERCUN! Ok tak faham bahasa? Benda ni yang orang selalu buat bakar lemang tu.. BUKAN LA!! Ini umpama mainan nyawa. Mak bapak sila pantau anak- anak.. Tapi tahun lepas nampak ada mak bapak yang beli mercun. OKAY ANAK-ANAK, SILA PANTAU MAK BAPAK! Bahaya mercun memang terbukti setiap tahun, paling dasyat tahun ni la, 2010. Siap ada budak meninggal bahana mercun dan bapa durjana err okay... Jadi, korang nak beli juga kah? Tak serik- serik.

Kesimpulan yang tersimpul kat sini, belanjakan la duit raya tu sebaik-baiknya. Jangan dah habis raya, poket keluar rama-rama pulak << banyak sangat baca komik budak ni~

SELAMAT MENDAPAT DUIT RAYA!!

Wednesday, August 25, 2010

SEJAUH MANAKAH KE-XXL-AN ANDA?

Hai!! Korang boleh panggil saya beeb atau beebot atau... adik manis~ tak, panggil saya beeb saja. Kenapa XXL? ya.. kalau dengar saja pasal XXL korang mesti akan terbayang badan yang extra gempal kan? huhuhu.. Okay Okay.. apa kata kita cuba fikir positif sikit. Cuba senaraikan contoh XXL yang korang boleh fikirkan secara positif?

1. Idea
2. Rumah
3. Makanan
4. Badan
5. Saiz
6. Berat badan
7. Debab..........

Okay hentikan semua ini [T_T] Saya adalah seorang yang bersaiz XXL, mempunyai idea XXL dan juga berangan untuk tinggal di rumah yang XXL..... suka makan secara XXL dan sudah tentu mempunyai berat badan yang XXL. Okay saya happy T-T

Kepada semua, sila la singgah lagi jika ada masa untuk baca bebelan XXL si beeb beebot <^-^>