Tuesday, October 26, 2010

KISAH SOTONG DAN SOTONG

Semua orang mesti kenal si Paul si octopus kan? Ngaaa~ kalau tak kenal, pergi tanya pengikut setia World Cup. Jadi kenapa dengan Paul? Well, yeah.. he is dead. So long Paul~ Mesti ramai yang marah Paul masa dia hidup dulu. Sebab apa yang di teka dak Paul ni semua betul. Kalau nak ikut logik, manalah si sotong kurita ni tau meramal ke hape. Dia cari makanan je kan? Ha, apa- apa je la.



Tak peduli pun pasal Paul. Sebab, orang nak sotong ni!!





Kenapa masa orang buat CIMBclicks dulu tak dapat pun si Octopus ni? Why? Why? Why? Kaknor ngan Kaksal dapat memang tak adil. Huhuhu

Friday, October 22, 2010

ALERT!! PEMINJAM PTPTN

Kepada semua peminjam PTPTN sila ambil perhatian!! beebot, sila beri perhatian lebih sikit! Korang semua ada dengarkan pasal pengurangan kos pentadbiran PTPTN dari 3% kepada 1%? Nama dia Ujrah. Jadi semua peminjam yang nak kan Ujrah kena kemaskini maklumat dalam web PTPTN tu.

Tapi sebelum tu kena semak jadual kemaskini dulu la. Klik sini --> JADUAL KEMASKINI

Beebot punya giliran adalah pada 1 November 2010 sebab kelulusan pinjaman Beebot adalah pada tahun 2005.  Jadi kena tunggu bulan November baru boleh kemaskini (selalunya kalau ramai buka mesti jam website tu).




Lepas kemaskini mesti nak tahu kan apa proses selepas tu? Meh klik ni pula --> CARTA ALIR PROSES TAWARAN UJRAH

Jelas dah? Kalau tak silap, tawaran diberikan kepada pinjaman yang tiada tunggakan saja. hehehe Tu la korang, kenapa tak bayar? Parah wei kalau tak bayar, kos pentadbiran naik lagi tinggi! Fuh~






Klik untuk ke website rasmi PTPTN







Kalau nak jelas sikit, pergi klik sini --> FAQ. Tapi kalau nak lagi jelas, telefon je PTPTN HOTLINE 03- 2080 4455.


Okay? Cristal clear?
SELAMAT MENGEMASKINI hoh!!


Wednesday, October 20, 2010

KISAH MENARIK BLOGWALKING MALAM HARI

Hari ni 20.10.2010............................................?
Tiada apa yang istimewa.
Tengok cerita Siti Kelembai kat tv9, uncle Jalak hensem dah boleh cakap..
Mayangsari pun sama, tapi siapa peduli pasal Mayangsari?
OH! LUPA PULAK HARI NI ADALAH PENGUMUMAN 'MELAKA MAJU 2010'
Selangor? Orang Selangor duduk diam- diam kat rumah.
'
'
'
Jadi, masa selebihnya elok la kalau ber-blogwalking. Meh Beeb Beebot kongsi blog siapa yang dijengah.


BLOG PERTAMA

Blog Anak Mat Nor

hah!! Blog ni adalah antara favourite beebot sebelum berblog lagi. Apa yang menarik adalah sebab cara penulisan dia giler selamber hoh! Dia refer bapak dia sebagai Mat Nor, mak dia sebagai Bini Mat Nor dan ada sorang lagi sebagai Anak Mat Nor No 2. Sebenarnya ada lagi Anak Mat Nor No 3 la 4 la.. macam- macam dia ni.

Ada satu entri dia yang buat aku gagal menahan gelak dan ketawa depan penolong bos aku. Tajuk entry dia adalah "Wan Zai Y'all"

wAHAHAHAHAHAHAHA!!

Kalau tak silap dia ni adalah pelakon cerita Impian yang Sunsilk punya tu, Diana Amir jadi heroin.
Walaupun jarang update blog, entri yang lama memang tak bosan nak baca!!
Try ni, iPhone Auto-Correction dan ini Aku Banyak Belajar Geografi Menerusi Siri Tv Joe Jambul




BLOG KEDUA

Made from vinegar and ice

yang ni pulak dapat dah lama dah masa blogwalking (ke blogwalked ha? past tense kan? lupakan je la, burok beno bahasa omputih aku) dekat blog Jebon. Best baca entri- entri dia. Kalau Jebon dengan cerita kelakar, dia ni pula menghantui beebot dengan satu entri yang paling melekat dalam kepala. Sedih. Cerita sedih. Pasal seorang kawan dia yang telah pergi mengadap Illahi. Al- Fatihah.

Baca ni: About a Boy

Memang beebot emo habis, menangis sikit masa baca entri tu. TAPI! Cukup- cukup la sedih tu (lap air mata yang bergenang), jom baca entri dia yang lain...

Saja Menjimatkan Masa Kamu dan ini jugak Wabak Pasif Agresif.

Tapi masih lagi stuck dengan entri About a Boy. Emo gila kot beebot ni baca blog nak nangis- nangis?!

T-T


Habis blogwalking untuk malam ni. Lepas ni kalau ada lagi, saya update k.. Korang kalau blogwalk ke blog siapa je? Kongsi sini lor~

Tuesday, October 19, 2010

MAKAN! MAKAN! MAKAN! huuu sedapnye~

Sesekali lepak dengan member- member memang seronok! Mana taknya? Semua gila- gila hoho~ Macam- macam nak diceritakan, itu belum lagi gosip dan jugak 'menjadi stalker beramai- ramai'!!! hahaha semua tu jadi bila Beeb ber'BBQ' bersama kawan- kawan masa sekolah.



Okay sekarang cerita pasal BBQ je...


Chef kami adalah Aimi. Dan kepayahan membakar arang dikongsi bersama oleh Shima, Manisah dan Beeb. Puding karamel oleh Masyuni, coleslaw oleh Beeb. Dan gambar adalah dari kamera canggih chef kami.


Inilah gambarnye~




Waaaah... Waaaah...    +[]+

vegetable skewer yang colourful

Garlic bread hoh!! walaupun keras, makan sampai licin~ :D

vegetable skewer, honey roasted chicken wing, coleslaw, garlic bread,
deep fried dory with tartar sauce, mashed potato, roasted lamb
/\
adalah makanan yang ada malam tu. Banyak giler kot~ o-o'
hehehe


Tuan rumah selaku penaja lokasi BBQ kitorang! Tuan Manisah~


Baca doa sebelum makan [tengok muka masing- masing] hahaha

Kenyang tak ingat makan malam tu. Jadi lepas kenyang makan, kitorang kemas- kemas, borak- borak, stalking- stalking, tidur.... dekat pukul 3 pagi jugak la baru tidur, hebat.. hehe



Esoknya, Masyuni pulak nak balik awal sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu dia. Jadi dia gerak semua orang untuk bergambar ramai- ramai! Dalam mata yang mengantuk, inilah hasilnya...


Dari kiri: Manisah, Shima, Masyuni, Beeb, Kuning dan Aimi
[kuning adalah kucing tuan rumah ye]




Gambar lompat di ambil oleh Masyuni. Okay Beeb buat balet~ 0-0'
hahaha


Lepas Masyuni pergi, sambung tidur...

zzzzzz~

Korang semua tak perlu tahu apa yang si kuning baca sampai tertidur! hahaha


p/s: Semua gambar di atas diambil dari facebook Aimi.



Apa Pulak Lagi: Sebenarnya, sebelum pergi BBQ sempat lagi pergi hari bersejarah untuk Sakinah. Dia ialah junior masa sekolah rendah dulu. hehehe selamat Pengantin Baru Kinah. 16.10.2010.


Lepas amek gambar ni la gelabah gila macam aku je yang nak kawen sampai jatuhkan bunga telur sampai tergolek- golek. Malu siot! =_='

Friday, October 15, 2010

JAMUAN PENGHABISAN RAYA

Jumaat, Syawal yang ke-29 merupakan hari terakhir dan terindah untuk menyambut raya. Jadi, pada hari itu pejabat kami mengadakan jamuan kecil- kecilan. Memang kecil- kecilan sebab office pun kecil- kecilan. Hoh!!

Lupakan pejabat yang kecil. Kalau ada majlis, tak sah kalau takda gambar. Nikmatilah gambar- gambar ni dengan linangan air liur. Slurrrp~ Jom mulakan... Slurrrp~





Sate ni Seremban mari. Sate daging memang power hoh!!



Ni nasik beriani Pak Wan. Kedai dekat Cyber Valley, dengkil.
Eh, siapa dalam gambar tengah senduk nasik tu? Oh well, abaikan~ hahaha




Pencuci mulut yang slurrrp~



Sambil- sambil tu meh tengok sikit panduan makan dengan berhemah.
Eh dah boleh hentikan linangan air liur... euww~





Mula- mula baca doa ye adik- adik. Kendian makan, kalau ada orang nak ambil gambar sila cover diri, jangan ambil gambar tengah nganga! Last sekali, cara bergambar berkumpulan. Nice~
Model: KakNor [pinky], bos [tudung kuning]




Dan ini pula panduan bergambar secara berturutan. Hoh comel model ni!! Nak sain (autograf)!!



Panduan menjadi model telefon bimbit. Abaikan cermin kat belakang tu, heh...
Lagi sekali, comel model ni~


Panduan menyusun sate.......  ??? abaikan~


ini.........

OK, ramai tetamu yang datang sebenarnya.. tapi, nanti panjang pulak.


<^-^>

Wednesday, October 13, 2010

TEMUDUGA: UNTUK KE SEKIAN KALINYA

Ha! untuk ke sekian kalinya ber-temuduga-an. Kali keempat rasanya ni. Pertama kali interview dengan MARA dapat la jadi kerani (bengang gila dengan orang yang buat teka- teki "kera apa yang pandai menaip" KORANG JANGAN JAWAB!!) Alhamdulillah, walaupun ada diploma jangan pilih kerja. Ambil je peluang yang ada.. huhuhu interview kali kedua masa tu untuk gred F29 hahaha masa ni apa yang study dulu ada yang dah lupa, jadi selamat tinggal la. Ketiga masa tu untuk gred E27, haaaa tak dapat pun.. mungkin masa ni pengalaman tu tak cukup lagi, jawab soalan pun macam hape je hahaha!!



DAN! Kali keempat adalah semalam!! Gred E27 lagi. Fuh, okay saya cerita sikit. Roughly je sudah.




Macam biasa, dari Dengkil ke KTM Nilai. Hah, mesti ramai yang kata 'bapak jauh, napa kau tak naik ERL?' ataupun 'gila la kau, pergi KTM Serdang kan boleh?'. Apa- apa je lah, suko ati den la. Hohkay, jadi park kereta kat sana, beli tiket dan.... tunggu la keretapi nya sampai sampai mengantuk~ T__T



 
Turun kat KTM Bank Negara. Kalau kerja kat Bank Negara syok jugak! hmmm... BEEB, FOKUS!! Tahu tak sejam setengah tau baru sampai! Naik koc wanita yang tiba- tiba ada lelaki pulak, perasan cantik la tu. Okay, okay... jalan kaki dari situ ke Medan MARA. Huh, interview punya pasal lenguh kaki pun tak kisah kan..


Sampai dekat Medan MARA pukul 9, lambat setengah jam okay~ tapi..... nasib baik tak ramai orang, selalunya dah berderet. hohoho!! Soalan yang ditanya boleh tahan la, gigil sikit. gulp.. Tapi memang nak hantar jauh- jauh ke encik? serius? maksud encik serius kerut dahi sampai kedut- kedut? huhui~ ahh bolehla! Lepas tu, tanya itu ini dan habis. Agak cepat agaknya habis interview tu. 15 minit. Perjalanan ke sana 1 jam 30 minit. Tunggu turn,1 jam. heh biasa la tu, gila nak interview lama- lama nanti pengsan pulok!




Jadi, untuk kesekian kalinya pergi interview..harapan memang menggunung. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat owh tidak mengapa sob sob T__T cuba lain kali.

GOOD LUCK BEEB!!

Anyway, siapa nak belanja kita tengok konsert PARAMORE? Takda? babai PARAMORE.... T__T
Masih belum terlambat untuk korang belanja saya tengok konsert inih.. Okay saya tunggu ni...
Takda jugak? Serius?

Thursday, October 7, 2010

MENJADI ULAT BUKU MODEN

Membaca memang bagus. Ada orang kata "You are what you read" atau "Anda adalah apa yang anda baca" Betul ke?

Cuba baca ni





SAYA CANTIK


E'eh betul la!! Okay, sebenarnya nak gebang pasal buku. Atau lebih tepat lagi shopping buku. Online. Hah! Sebelum ni kena pergi kedai buku semata-mata nak beli 1- 2 buku je. Duit minyak dengan masa tak kira lagi.


Nasib baik! Lepas ni pergi kedai buku untuk beli alat tulis sahaja sudah, sebab ni >> BooksforCharity
adalah sebab kenapa membeli buku/ novel menjadi senang. Kenapa jadi pilihan? Harga buku- buku dia lagi murah dari yang beli dekat kedai buku. Cuba klik link kat atas tu, baca bio dia kejap


"Books4Charity is an independent charity based e-store that allows you to buy books online in Malaysia at cheaper price than major bookstores while the proceeds from book sale goes to charity. Find various books at irresistable price -from best selling Chiclits, Popular Fiction, Non-fiction, Motivation/ self help, DIY, Malay Novels, Children, Religion books etc "

Murah rezeki buat charity......


Weh! Macam- macam ada, murah pulak tu... kalau beli 5 free delivery hoh! Sebab tu la saya 'terembat' 6 bijik buku! Memang lepas ni tak keluar bilik baca buku je. Siapa nak sewa boleh, sehari RM5 hahaha tak, tak boleh sewa <kedekot> Nak tahu buku apa yang saya beli? Scroll lagi..........




















Wahahaha saya ulat buku. Dan kerana ini adalah buku omputih, setiap kali baca kena ada





ye kamus...  T____T



gambar dari B4C sebelum bertukar owner
beeb: 'hei sayang, bila nak sampai sini?'  <--- gila



hohohohohoho!!! Teruja bershopping. Ni rasa- rasa bila boleh habis baca semua?


Terima kasih kepada orang yang bertanggungjawab mengenalkan BooksforCharity kepada Beeb Beebot ni. Trimas Aimi kerana lepas baca entri dia pasal new babies..hehe terus klik link yang dia bagi dan dan tu juga teruja!! Aimi ni memang ulat buku, nasib baik dia tak pakai cermin mata bulat. (kalau tak aku dah publish muka kau kat sini) hahahaha

Kepada bookworms kat luar sana, cepat- cepat la check-it-out ini BooksforCharity. Mesti tergoda! Harga gila murah! Kalau yang suka novel hardcover, kat luar selalu jual RM79++ kan? Tapi kalau beli kat BooksforCharity, eh korang tengok la sendiri......


Okay, si ulat buku nak start membaca. Buku mana nak mula dulu? hahaha Happy Reading!!